Dec 24, 2011

Karaoke Untuk Si Pekak


David Armand (David Whitehead), pelawak dari rancangan Fat and Loose siaran BBC ini membuatkan penulis tidak kering gusi. Dengan gaya yang bersahaja, dia membuat aksi meme dalam segmen Interpretative Dance dalam program tersebut. Tahu maksud meme?? Kalau tak tahu, sila Google sendiri. Usahalah sikit.

Dalam segmen kendaliannya, David Armand akan membuat gerakan badan mengikut lirik lagu pilihan manakala penonton pula akan dipakaikan fon kepala sambil meneka tajuk lagu berpandukan aksi yang dibuat oleh David.



WET WET WET - LOVE IS ALL AROUND


THE KILLERS - HUMAN


Aksi David dalam rancangan ini lebih dikenali sebagai Karaoke for the Deaf. Pelawak ini mula dikenali ramai sejak dia membuat aksi dari lirik lagu Torn bergandingan dengan Natalie Imbruglia secara langsung pada tahun 2005. Video memenya itu tersebar dengan meluas di internet.


NATALIE IMBRUGLIA & DAVID ARMAND - TORN

©Eriyza : Nak suruh David buat meme lagu Kangen dendangan Dewa. Mesti lawak punya.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.