Dec 22, 2011

Meme Proposal Dari Timothy Untuk Audrey


Sebelum ini penulis ada menulis cerita Dena dan Ariff yang bertunang atas pilihan keluarga. Hari ini penulis ingin membawa anda menerokai pula cara romantis seorang lelaki melamar teman wanitanya.

Si lelaki yang ingin melamar kekasihnya di hadapan rakan² mereka yang lain telah merancang detik bersejarah itu dengan teliti sehinggakan si gadis langsung tidak dapat menghidu ada acara istimewa untuknya. Saksikan video di bawah dan anda akan faham maksud penulis.


Macam mana?? Romantik tak meme proposal dari Timothy Tiah kepada Audrey Ooi?? Inilah hebatnya kuasa cinta, sanggup melakukan apa sahaja untuk insan yang dikasihi.


Anda kenal Timothy Tiah?? Huh?? Tak kenal?? Anda ada memasang iklan Nuffnang di dalam blog?? Lelaki inilah tuan punya Nuffnang, tempat anda menjana wang hasil blogging. Tak percaya, pergi intai bahagian About Us di blog Nuffnang.

Penulis suka benar dengan panggilan Fatty (Timothy) dan Shorty (Audrey) yang digunapakai oleh pasangan ini. Kedengaran comel je. Semoga pasangan ini bahagia selalu.

©Eriyza : Eh, Timothy, duit nuffnang Cik Eriyza tak bertambah ke dengan topik khas ini?? Kalau boleh bagi hadiah pun, kira bagus juga. Hehehe!

Photos | Via : Timothy Tiah | Audrey

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.