
Dalam kepesatan pertumbuhan pelbagai jenis laman sosial baru, Facebook masih terus gah dalam kelasnya yang tersendiri. Ini terbukti dengan pertambahan penggunanya setiap hari. Malaysia menduduki tempat ke-17 di dalam senarai pengguna Facebook yang paling ramai di dunia.

Menurut statistik demografik yang dikeluarkan oleh Socialbakers, pengguna Facebook Malaysia sudah melepasi angka 12 juta. Peningkatan ini didorong oleh faktor penggunaan Facebook secara meluas oleh syarikat² korporat selain orang awam.

Perangkaan menunjukkan muda-mudi yang berusia 18 - 24 tahun paling ramai mendaftar iaitu sebanyak 34%. Golongan lelaki lebih ramai menggunakan Facebook iaitu 53% berbanding wanita yang hanya seramai 47%.
©Eriyza : Ingatkan perempuan lebih mendominasi Facebook di negara kita, tak sangka pula abang² macho yang mendahului carta pengguna Facebook di Malaysia.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.