Dec 31, 2011

Saman Tali Pinggang Keledar Bermula 1 Januari 2012


Berkuatkuasa 01/01/2012, pemandu waima penumpang kenderaan bahagian hadapan atau belakang yang tidak mengenakan tali pinggang keledar akan dikenakan kompaun RM300. Justeru, para pemandu dan penumpang kenderaan sekalian, pastikan anda terus memakai tali pinggang keledar sebaik sahaja duduk di kerusi. Jangan buat² lupa, ye!

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad, tempoh pengecualian tiga tahun yang diberi telah tamat pada penghujung Disember 2011.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)akan mula menyaman pemilik kenderaan yang gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

©Eriyza : Pakai tali pinggang keledar untuk keselamatan, bukan kerana termaktub dalam peraturan.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.