Dec 31, 2011

Sorotan 2011


Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum kalendar Masihi 2011 melangkah pergi. Masa yang telah berlalu samada kita manfaatkan sebaiknya atau bazirkan begitu sahaja tidak akan berulang kembali. Penulis ingin menyingkap semula sejarah kehidupan sepanjang 2011 ini.

Rasanya tidak perlu penulis ungkitkan semula pemergian insan² terkenal di seluruh seperti Osama Bin Laden, bencana tsunami yang melumpuhkan sebahagian Jepun, krisis politik di Mesir dan negara Arab lainnya, kehebatan Harimau Muda membaham Sang Garuda atau hakisan tanah di Pantai Teluk Lipat, Dungun. Cukuplah kalau penulis nukilkan sirah diri sendiri di sini sebagai bacaan anak² nanti.

Tahun ini hidup penulis penuh dengan pelbagai dugaan. Peristiwa sedih lebih banyak berlaku dari kisah bahagia. Sudah menjadi kelaziman, penulis agak payah hendak berkongsi hal peribadi dengan umum tetapi untuk ingatan di masa hadapan, ia perlu dititipkan.

Tahun ini, adinda lelaki penulis patah jari akibat terkena lantai. Hampir sebulan doktor memberikan cuti padanya dan dia pulang berehat di rumah. Tahun ini benar² menduganya kerana dilanda gangguan misteri. Manakan tidak, dia dapat melihat 'benda² pelik' atau dalam bahasa lainnya dibuka hijab oleh Allah untuk melihat makhluk halus. Sudah banyak berikhtiar di pusat rawatan Islam tetapi belum sembuh sepenuhnya. Semoga Allah memulihkannya supaya kembali kepada kehidupan asal.

Tokwan (nenek sebelah arwah ummi), telah kembali ke rahmatullah pada 21/10/2011 bersamaan dengan hari Jumaat setelah beberapa tahun tidak mampu berjalan, hanya boleh duduk dan mengengsot. Al-fatihah untuk arwah tokwan. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta dihimpunkan bersama orang² yang soleh.

Penulis tetap seperti biasa, status masih berada di takuk lama. Akan tetapi setiap kisah hidup yang penulis lalui, penulis bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang dan ruang kepada penulis untuk membaiki kelemahan diri sendiri. Penulis percaya, setiap perkara yang berlaku adalah ujian yang Allah berikan agar manusia alpa seperti penulis menggunakan akal untuk berfikir.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.