Sambutan Tahun Baru sinonim dengan letupan bunga api selepas pengiraan 10 saat terakhir yang didahului dengan konsert maksiatyang lazimnya dilakukan di tempat² terpilih seperti dataran atau padang. Satu pembaharuan dibawa oleh kerajaan Selangor apabila menganjurkan Program Jom Santai Bersama GeMS dengan pengisian seperti Solat Maghrib berjemaah, Forum Maghrib serta Ceramah Perdana. Kira² 100 00 ribu orang terutamanya anak² muda memeriahkan program ini. Syabas!
Program anjuran Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor ini turut dihadiri Khalid Samad, Dr Halimah Ali, Imam Muda Asyraf, Sham Kamikaze, Akil Hayy, Ustaz Syed Norhisham, Dakmie, dan Shahir. Turut muncul menggamatkan suasana adalah gandingan Zizan Raja Lawak dan ustaz selebriti, Ustaz Azhar Idrus.
COUNTDOWN BERSAMA USTAZ AZHAR
USTAZ AZHAR MENUNJUKKAN SKILL BERMAIN GITAR
Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini. Seharusnya Sambutan Malam Tahun Baru seperti ini disebarkan di negeri lain juga. Sekurang²nya dapat juga membendung penyakit masyarakat dari terus berleluasa. Sambut tahun baru di Januari, bulan September pula sambut anak haram!
©Azurie : Berharap program seperti ini turut mendapat tempat di Darul Iman. Jangan hanya diberi iman pada nama negeri tapi akhlak rakyatnya punah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.