Showing posts with label Creative. Show all posts
Showing posts with label Creative. Show all posts

Mar 12, 2012

Aksi Kelakar Berbasikal Satu Tayar


VIDEO LELAKI MENUNGGANG BASIKAL
DENGAN SATU TAYAR SAHAJA

Adakah basikal yang sudah kehilangan sebiji tayar dikira 'cacat'?? Jika ya, mahukah anda menunggangnya di jalan raya sehingga menjadi buah mulut orang lain?? Pada anda, mungkin menunggang basikal satu tayar adalah kelakar tetapi bukan semua orang berpendapat begitu kerana masih ada orang yang sanggup melakukannya.

Mar 2, 2012

Cloud Sofa Diilhamkan Dari Awan Guling


Buat peminat² Son Goku, tidak lama lagi anda boleh mendapatkan awan guling yang sama jenis tetapi berlainan fungsi di pasaran. Anda tidak boleh terbang di langit dengan awan guling ini tetapi boleh tidur sambil bermimpi bertarung dengan Bezita. Inilah dia Cloud Sofa berkonsep terapung yang dihasilkan oleh D.K & Wei Design. Mahu beli?? Nanti dulu sebab ianya hanya sebuah konsep yang belum lagi dijual di mana² kedai perabot.

Feb 26, 2012

Rupa Social Network Zaman Dahulu


Nenek moyang kita dahulu tidak sempat menikmati teknologi maklumat secanggih yang kita semua gunakan sekarang. Pernahkah anda terfikir bagaimanakah agaknya rupa antaramuka Social Network yang akan mereka buat sekiranya sudah wujud Internet di zaman itu??

Feb 22, 2012

Hong Yi Melukis Menggunakan Kopi


Setelah berjaya bereksperimentasi dengan lukisan dari bola keranjang, gadis manis Red Hong kembali menggemparkan dunia dengan lukisan dari kopi pula. Jika sebelum ini dia menggunakan Yao Ming sebagai model, kali ini artis versatile Jay Chou pula menjadi percaturan Hong Yi.

Feb 21, 2012

Natalie Irish Melukis Menggunakan Bibir


Natalie Irish yang datangnya dari Houston, Texas gemar melukis. Uniknya, dia tidak menggunakan berus tetapi bibirnya sendiri. Ceritanya bermula pada suatu hari apabila dia yang memakai gincu warna merah melekapkan sedikit kesan gincunya pada sekeping kertas. Dari situ, timbul ilham untuk menghasilkan lukisan berasaskan bibir. Natalie memilih ikon seksi, Marilyn Monroe sebagai model lukisan bibirnya.

Feb 13, 2012

Hong Yi Melukis Menggunakan Bola Keranjang


Seorang gadis dari Sabah, Hong Yi menjadi terkenal dalam sekelip mata apabila keunikannya melukis wajah pemain bola keranjang professional Houston Rockets, Yao Ming dengan menggunakan sebiji bola keranjang dan cat merah telah tersebar meluas di dada akhbar dan juga Youtube.

Feb 10, 2012

Iklan Kreatif Pada Lori Trak


Adakah anda biasa melihat iklan yang ditampal di lori² trak di negara kita?? Biasanya walaupun ada tulisan dan gambar tentang iklan tersebut tetapi ia kurang menarik. Sebentar lagi, anda akan dibawa melihat iklan² produk tertentu yang dilukis pada lori trak dan kelihatan seumpama produk itu dalam keadaan sebenar, bukannya iklan. Faham tak?? Errr, kalau tak faham, sila tengok gambar² ini.

Dec 11, 2011

Jambatan Gulung Di London


Pernahkah anda terfikir untuk menaiki jambatan yang boleh digulung?? Ya, imaginasi anda kini telah bukan lagi fantasi kerana realitinya jambatan gulung seperti ulat gonggok benar² wujud di dunia ini. Jambatan yang diberi jolokan Curling atau Rolling Bridge ini terletak di Paddington Basin, London. Jambatan unik ini direkabentuk oleh Thomas Heatherwick dan dibuka pada hari Jumaat jam 12.00 tengahari.

Jul 14, 2011

Beli Barang Mengikut Warna Tema


Selalunya kalau penulis pergi membeli-belah barangan dapur, maka penuhlah kereta troli dengan pelbagai barang yang berwarna-warni. Tidak pernah pula penulis membeli semua barangan dengan satu warna saja misalnya warna jingga. Akan tetapi, ada juga pengguna lain yang berjaya memenuhkan bakul mereka dengan barangan yang hanya mempunyai satu warna atau pun mengikut tema warna tertentu. Tak percaya?? Cuba tengok semua gambar² ini.


Jan 25, 2011

Koleksi Logo Kereta Berbentuk Bulat



Adakah anda tahu bahawa kebanyakan kereta mewah mempunyai logo berbentuk bulat?? Tak perasan?? Tidak mengapa, mari kita buktikan kesahihannya. Lihat sahaja kereta tersohor seperti Mercedes dan BMW yang popular di Malaysia, mereka menggunakan logo berbentuk bulat.

Jan 21, 2011

Koleksi Logo Berasaskan Haiwan


Jika anda seorang pereka logo, apakah material yang anda akan gunakan sebagai lambang yang bakal mewakili syarikat tersebut?? Jangan main², logo memainkan peranan penting dalam penjenamaan sesuatu produk. Cuba lihat iklan di atas, ia cuma dihasilkan berasaskan seekor tikus. Agaknya pereka iklan tersebut sudah ketandusan idea untuk mencipta sesuatu yang baru.

Mar 23, 2010

Koleksi Rekabentuk Barcode


Lazimnya kebanyakan produk yang kita beli di pasaran mempunyai label yang dipanggil barcode. Sesetengah pasaraya akan menggunakan barcode itu sebagai tanda harga dan juruwang akan menggunakan sejenis alat untuk dilaserkan (tak pasti ayat yang sesuai) pada barcode tersebut. Akan tetapi barcode tersebut bersifat segi empat dengan garisan dan nombor. Barcode yang penulis paparkan ini pula sangat kreatif dan semestinya digunakan di Jepun.

Feb 16, 2010

Origami Dari Wang

gif maker

Kalau berbakat dan kreatif, memacam benda yang menarik boleh dihasilkan. Kali ini mari kita lihat kekreatifan makhluk Tuhan yang menghasilkan wajah² origami dari matawang tertentu. Lipatan dibuat pada wang dengan menimbulkan wajah yang tertera sebagai motif utama manakala sekelilingnya dilipat bersesuaian dengan budaya negara matawang tersebut.

Jan 28, 2010

Senilukis Di Jari

gif maker

Wah! Itu ayat yang terlintas di benak penulis apabila melihat gambar² jari yang telah 'disolek' sebegini rupa. Jelas sekali pelukisnya adalah seorang yang berbakat besar kerana berjaya mencambahkan pelbagai idea seperti sebatang pen, ahli angkat berat, pemain piano dan lain² di atas jari jemari.

Jan 18, 2010

Senilukis Ikan Di Muka




Makhluk Tuhan di dunia ini mempunyai pelbagai kreativiti. Lelaki dan wanita dari barat ini pula menggunakan bakat yang ada pada mereka dengan meniru aksi ikan. Mereka menyolek muka ala ikan yang hidup di laut. Kemudian, mereka membuat aksi² si Nemo dan rakannya.

Dec 28, 2009

Koleksi Rekabentuk Sandwich

upload pictures

Anda penggemar sandwich?? Bagaimanakah rupa sandwich yang biasa anda makan selain bentuk segiempat dan segitiga?? Mahukah anda makan sandwich tersebut jika ia dibuat dalam bentuk hello kitty, tetikus komputer, zirafah, piano atau spongebob?? Kalau ditanya pada penulis, tentu agak sukar untuk menyuap makanan yang berbentuk haiwan tetapi tidak mengapa jika hanya bersifat benda.