Pelakon dan hos terkenal, Awal Ashaari membuat kejutan di set penggambaran program Propaganza tengah hari tadi apabila melamar kekasihnya, Scha Al-Yahya dalam siaran secara langsung yang disiarkan di Astro Ria. Scha yang tergamam dengan tindakan spontan Awal yang melutut dengan membuka kotak cincin sambil berkata "Sharifah Nor Azean Binti Syed Mahadzir... sudikah awak menjadi yang halal buat saya??" kelihatan sebak lalu menjawab "Ya, saya terima."
VIDEO AWAL ASHAARI MELAMAR SCHA AL-YAHYA DALAM PROGRAM
PROPAGANZA SECARA LANGSUNG DI ASTRO RIA TENGAH HARI TADI
Selain cincin, Awal turut menghadiahkan sejambak bunga dan patung beruang sebesar manusia untuk Scha. Menurut Awal, dia memilih 25 Mac 2012 untuk melamar kekasih hatinya sempena ulangtahun percintaan mereka yang sudah bertahan selama 2 tahun 6 bulan.
Hubungan cinta pasangan ini bukan lagi rahsia kerana mereka sering dilihat bersama. Sebelum ini, Scha yang mulai popular sejak muncul dalam drama bersiri Awan Dania pernah dikaitkan dengan pelakon kacak, Fahrin Ahmad.
Pasangan Awal ♥ Scha akan mengumumkan tarikh pertunangan dan perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan diadakan di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.
©Azurie : Selalu tengok aksi lamaran secara langsung sepasang kekasih dalam drama Korea, tidak sangka pula Awal Ashaari turut melakukan perkara yang sama untuk Scha Al-Yahya.
2 Comment
hukhukhukkk..terharu...menyentuh hati...hukhukhukkk :')
semoge bahagia Awal n Scha..:)
@Cik Niza:
Aha, sweet gitoo.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.