Mar 4, 2012

Nenek Puan Mahu Kahwin


Masih ingatkah lagi anda pada Nenek Puan?? Dalam usia 116 tahun, nenek Puan masih mampu melihat dan mendengar dengan baik. Justeru, nenek ini melahirkan hasratnya untuk berkahwin lagi sekiranya ada lelaki yang sudi.

Nenek Puan pernah berkahwin sebanyak 6 kali dan sudah menjanda sejak 30 tahun lalu. Semua suaminya sudah meninggal dunia.


“Pilihan kali ini biar di kalangan lelaki yang mampu menjaga tok. Tok tidak mahu lelaki yang laih (sudah tidak larat) seperti sebelum ini yang semuanya terlebih dulu meninggalkan tok buat selama-lamanya."

“Bagaimanapun, semuanya ketentuan Allah kerana ia membabitkan jodoh... jika hampa (pemberita) tanya sama ada tok nak kahwin lagi untuk kali ketujuh... memang tok teringin nak kahwin."

“Tok tak malu nak sembunyi hasrat untuk berkahwin yang mungkin kali terakhir jika bertemu jodoh sesuai. Ciri-ciri pilihan suami kali ini biarlah lebih bertenaga daripada tok.”


Nenek Puan mahu menghabiskan saki baki umurnya yang tinggal dengan menikahi lelaki yang lebih muda untuk membantunya menguruskan kerja seharian di rumah.

Pada penulis, perkahwinan itu adalah fitrah manusia. Jadi, tidak kisahlah berapa pun umur seseorang, selagi ada jodoh, kahwin sajalah.

©Azurie : Bapak belum menyuarakan hasratnya untuk menikah lagi meskipun arwah ummi telah pergi hampir 4 tahun.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.