Mar 2, 2012

Cloud Sofa Diilhamkan Dari Awan Guling


Buat peminat² Son Goku, tidak lama lagi anda boleh mendapatkan awan guling yang sama jenis tetapi berlainan fungsi di pasaran. Anda tidak boleh terbang di langit dengan awan guling ini tetapi boleh tidur sambil bermimpi bertarung dengan Bezita. Inilah dia Cloud Sofa berkonsep terapung yang dihasilkan oleh D.K & Wei Design. Mahu beli?? Nanti dulu sebab ianya hanya sebuah konsep yang belum lagi dijual di mana² kedai perabot.


Cloud Sofa ini kelihatan seperti terapung kerana kuasa magnetik yang disokong oleh magnet di bahagian bawahnya. Menurut perekanya, ia dicipta untuk memberi keselesaan dan berehat bagi penggunanya. Kalaulah Cloud Sofa ini dijual kepada umum kelak, tentu ramai yang berminat untuk mendapatkannya.

©Azurie : Nak berehat atas awan guling sambil menikmati lagu FT Island. Woohaa!

Via : Furnicraft

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.