Selepas kes Puan Binti Ahmad, nenek tua bermykad remaja muda, kini ada pula kes terbaru iaitu nenek yang masih bernyawa tetapi dilaporkan sudah meninggal dunia sejak 4 tahun lalu. Kematian palsu nenek Nik Binti Ariffin dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Nik yang tinggal di Kampung Pengalat Kecil, Papar, Sabah tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum 2008 kerana namanya dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih. Malah, dia juga gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun layak kerana status palsu itu.
Bagaimanapun, nasib Nik terbela apabila Armizan Mohd. Ali, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Papar dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengunjungi rumah warga emas itu yang tinggal berseorangan lalu memproses MyKad baru untuknya.
©Azurie : Simpati pada nenek Nik yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya selama 4 tahun 'meninggal dunia' sebelum 'hidup semula'.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.