Mar 30, 2012

Denda Penari Tiang Terlalu Ringan


Tidak setimpal langsung. Itu reaksi awal penulis apabila anak mata melekap pada cerita tiga orang perempuan yang merupakan penari aksi miang tarian tiang hanya didenda sebanyak RM25 walhal perbuatan mereka meliuk-lentukkan tubuh di tiang dengan aksi ghairah amat menjijikkan. Adakah akta undang² di Malaysia serapuh ini?? Penulis mengutuk sekeras²nya denda ringan yang dikenakan terhadap mereka. Denda yang ringan hanya akan dijadikan bahan gelak ketawa mereka sambil berkata "Alah, apa nak takut? Dendanya ciput, sekali kena cekup cuma bayar RM25, lepas bayar, kami menari lagi."

Penulis tidak faham mengapa kadar denda untuk penari tiang terlalu murah seolah² tiada nilai langsung. Sepatutnya mereka didenda RM2500 seorang, barulah nampak kesungguhan kerajaan untuk membanteras aktiviti tidak bermoral ini. Tarian tiang bukan sekadar lenggok biasa, ianya ada elemen seksual. Mahukah kalian biarkan begitu sahaja?? Tolonglah wahai pihak yang bertanggungjawab, jatuhkan hukuman setimpal untuk 'jenayah' ini.


SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

Petikan Kosmo!


Penulis tertanya² mengapa jumlah bayaran untuk berpakaian baju lengan pendek kompaunnya RM500 tetapi denda tarian tiang hanya RM25?? Carilah jawapannya dalam diri anda sendiri perlakuan mana yang lebih memalukan di sisi Islam??

©Azurie : Akta undang² perlu dikaji semula. Banyak benar lompongnya.


Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.