Mar 29, 2012

Liyana Jasmay Bertunang


Minah kecil molek, si Liyana Jasmay telah melangsungkan pertunangan dengan lelaki pilihannya, Fathuddin Mazlan, 28 pada jam 9 malam tadi di kediaman keluarganya di Kemensah Height. Liyana Jasmay sengaja memilih 28 Mac 2012 sebagai hari pertunangannya bersempena dengan hari lahirnya yang ke-24.


Liyana memilih Fathuddin yang juga seorang ahli perniagaan sebagai teman hidupnya nanti. Difahamkan usia perkenalan mereka baru menjangkau 3 bulan tetapi mereka serius untuk mendirikan rumahtangga pada 24 Januari 2013 nanti.


Kelihatan manis memakai busana rekaan Rizman Ruzaini, Liyana disarungkan cincin berlian oleh bakal ibu mentuanya, Puan Hajjah Jamilah. Majlis pertunangannya turut dihadiri oleh rakan artis yang baru berkahwin, Yusry ♥ Lisa Surihani dan pasangan yang bakal berkahwin Mei ini, Awal Ashaari ♥ Scha Al-Yahya.


"Tiada apa lagi yang saya harapkan. Semoga keindahan ini akan terus berpanjangan sehinggalah kami menjadi suami isteri dan bahagia hingga ke akhir hayat.

"InsyaAllah, rasanya saya sudah bersedia untuk melalui fasa baru dalam kehidupan ini,"katanya.

Diperkenalkan oleh seorang kawan, Liyana Jasmay berkata dia tidak boleh lupa detik perkenalan manisnya bersama tunang.

"Kami mula berkomunikasi melalui telefon setelah diperkenalkan oleh kawan sebelum sambutan Tahun Baru 2012. Setelah kerap berhubung barulah kami bersetuju untuk bertemu pada awal Januari ini.

"Selepas bertemu beberapa kali, saya dapat rasakan kami serasi dan saya benar-benar jatuh cinta.

"Dia sangat istimewa di mata saya. Selain menerima saya seadanya yang penting dia ada sisi humor yang memikat hati saya," luahnya.

Petikan Murai




Pihak perempuan memberi 7 dulang hantaran merangkumi wangian, al-Quran, sampin, butang baju melayu, kek, kek cawan dan manisan dan dibalas 5 dulang oleh rombongan lelaki iaitu cincin, telekung, kek cawan, wangian dan sireh junjung.

Tahniah kepada pasangan Liyana Jasmay ♥ Fathuddin Mazlan. Semoga pertunangan kalian membawa ke gerbang pernikahan.

©Eriyza : Cemburu pada pasangan yang 'ringan' jodohnya.

Via : Gua | Murai

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.