Jun 23, 2012

Suri Rumah Mati Dibom Musuh Suami


Nasib malang menimpa seorang suri rumah dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun selepas mereka terlibat dalam letupan bom buatan sendiri yang dipercayai dihantar oleh musuh perniagaan suaminya. Ledakan bom itu menyebabkan perut wanita itu terburai, kedua-dua belah mata buta dan tangannya hampir putus.

Bom yang dibungkus seumpama hadiah itu bersaiz sebesar kotak pensel dengan ukuran 11 x 24 sentimeter ditemui oleh mangsa di dalam kawasan rumahnya di Jalan Angsana Sari 5, Taman Angsana Sari, Sungai Petani, kelmarin.

Tan Cheng Fang, 48, dipercayai baru pulang dari pasar bersama anaknya pada jam 8.20 pagi ketika menemui bungkusan itu lalu mengangkatnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah sebelum ia meletup. Mangsa merupakan isteri kepada seorang pengusaha kilang mi.

Buletin 1.30 sebentar tadi mengesahkan bahawa Tan Cheng Fang telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Bulan Mac lalu, seorang gadis turut menjadi mangsa bom buatan sendiri ketika mengangkat kotak di hadapan rumah yang disangkanya hadiah.

©Eriyza : Tengok letupan dalam filem pun sudah cukup menakutkan.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.