Jun 15, 2012

Gadis Tidak Pulang Kerana Samsung Corby Hilang


Seorang anak gadis berusia 19 tahun, Wan Amirah Wan Zaki tidak pulang ke rumahnya di Rusila, Marang sejak 1 Jun lalu. Dia yang mendakwa mahu ke rumah kawan di Bukit Gasing pada jam 11 pagi tidak balik ke rumah sehingga lewat petang. Bapanya, Wan Zaki Wan Ngah, 45, menghubungi rakan anaknya tetapi dia diberitahu Wan Amirah tiada di situ. Risau dengan keselamatan anaknya, Wan Zaki membuat aduan di Balai Polis Marang pada malam hari yang sama.

Ibunya, Zaiton Abdullah berpendapat anaknya bertindak sedemikian kerana mereka gagal membelikan telefon bimbit baru buat anaknya setelah Samsung Corby II miliknya hilang ketika mandi di pantai berdekatan rumah mereka pada 30 Mei lalu.


"Selepas dua hari menangis kerana sedih telefon bimbitnya hilang, dia meminta kami membelikan yang baru tetapi kami tidak mampu dalam masa terdekat ini. Dia kemudiannya menghilangkan diri,” kata seorang ibu, Zaiton Abdullah, 42.

Sehubungan itu, Wan Amirah dirayu kembali semula ke pangkuan keluarga kerana dikhuatiri sesuatu yang tidak baik akan menimpanya.

Malah, kembarnya, Wan Nur Asma Dahlia, 19 dan adik bongsunya, Wan Nor Raudah Adni, 3, juga jatuh sakit.

Dalam pada itu, Zaiton berkata, suaminya juga sudah dua minggu mencari anak perempuan mereka itu di merata tempat di daerah ini sehingga ke Kuala Terengganu, dan ketua keluarga itu juga tidak dapat tidur dengan lena pada setiap malam.

Sesiapa yang terlihat Wan Amirah diharap dapat menghubungi keluarganya menerusi talian, 013 9711 692 atau 012 9664 353.

Petikan Sinar Harian


Kepada sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi Wan Amirah sekarang, sila laporkan kepada balai polis berhampiran agar dia dapat dipulangkan semula ke pangkuan keluarganya.

©Eriyza : Buat Wan Nur Amirah, kembalilah ke pangkuan keluarga kamu. Cuba fahami kesukaran mereka sejak kehilangan kamu. Sesungguhnya kamu beruntung kerana masih ada ibu bapa kerana ada sesetengah anak tidak boleh menemui lagi ibu bapa mereka yang sudah tiada lagi.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.