Jun 15, 2012

Sultan Johor Murka Terhadap Mohammad Nizar


Ekoran isu bidaan plat WWW 1 oleh Sultan Ibrahim yang disensasikan oleh Mohammad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu akhirnya bersedia menghadap Sultan Johor untuk memohon ampun. Namun, Sultan Johor yang murka dengan Nizar menyuruhnya meminta maaf dengan seluruh rakyat Johor selain baginda sendiri.


Tanpa menamakan Mohammad Nizar, Sultan Ibrahim bertitah, tindakan itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Perak itu sedar mengenai kesilapannya.

“Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.

“Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda.

Petikan Kosmo


Plat WWW 1 bernilai RM520K didaftarkan ke atas sebuah kereta buatan Nasional dan kenderaan tersebut sudah meluncur gagah di jalan raya.

©Eriyza : Pernah berangan mahu membeli plat WNA tetapi plat itu sudah lama terbit sebelum layak memiliki lesen memandu.

Via : Kosmo

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.