Setelah penduduk dunia menyaksikan gerhana separa bulan pada 4 Jun 2012 lalu, kini sekali lagi kita disajikan dengan fenomena alam yang unik iaitu Transit Planet Zuhrah (Venus) melintasi matahari.
Fenomena yang dikenali sebagai Transit Zuhrah merupakan fenomena yang hanya boleh dilihat 100 tahun akan datang.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyediakan perkhidmatan melihat Transit Venus tersebut secara online di laman web mereka sehingga pukul 12.50 tengah hari Rabu.
Transit Zuhrah kali ini bermula jam 6.09 pagi tadi, ia berada di fasa maksimum pada jam 9.29 pagi dan berakhir jam 12.49 tengah hari.
Fenomena ini juga disaksikan di seluruh dunia.
Angkasa turut bekerjasama dengan Unit Falak Pahang dan Falak Online dengan mengambil imej fasa-fasa Transit Zuhrah dari tempat masing-masing dan memuat naik secara langsung ke laman Facebook Malaysia Lunar Eclipse.
Bersempena dengan itu, Planetarium Negara menyediakan sembilan teleskop dan sebuah solarskop bagi kegunaan orang ramai melihat keajaiban alam ini.
Kali terakhir transfit Venus ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004, dan ia dijangka akan berlaku lagi pada 10 Disember 2117.
Petikan mStar
©Eriyza : Tentu seronok kalau dapat melihat fenomena transit zuhrah dengan teleskop. Selamat ulangtahun kelahiran buat adinda tengah. Love You!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.