Vokalis utama band Peterpan dari Indonesia, Nazriel Irham atau nama pentas Ariel telah dibebaskan dengan bersyarat dari Penjara Kebon Waru, Bandung pada pukul 9 pagi. Pembebasannya pada hari Isnin, 3 Ramadhan 1433 (23/7/2012) diharapkan bakal membawa perubahan positif di dalam kehidupan bintang terkenal ini.
Ariel dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun oleh mahkamah pada 2010 ekoran pengedaran dua video lucah yang dipercayai membabitkan dirinya sendiri dan dua artis wanita iaitu Cut Tari dan kekasihnya ketika itu, Luna Maya. Ariel dan Luna Maya tidak memberi sebarang pengakuan, hanya Cut Tari tampil memohon maaf secara terbuka setelah mengakui pelaku video tersebut adalah Ariel dan dirinya sendiri.
Walaupun Ariel berada di sebalik jeriji besi, peminat tegarnya yang digelar Sahabat Peterpan langsung tidak berpaling tadah. Buktinya, terlalu ramai peminat setia penyanyi yang melonjak naik dengan lagu Mungkin Nanti ini menunggu di luar penjara. Mereka berteriak memanggil nama Ariel sambil menayangkan sepanduk dan kain rentang yang disediakan.
©Eriyza : Pernah minat lagu-lagu hits Peterpan di awal kemunculan mereka.
3 Comment
i am about to cry :')
hope the best for him...
eriyza, did u make it to meet him exclusively yesterday after he released?!
- anis-
@bite bytes:
No. :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.