Aug 9, 2012

Budak 5 Tahun Putus Tangan Kanan


Aksi kanak-kanak berusia 5 tahun yang beria-ria mahu menikmati air tebu bertukar malang apabila pergelangan tangan kanannya putus tersepit mesin tebu. Kejadian yang menimpa Mohd Hafiz Haikal Shaharuddin pada 31 Julai 2012 berlaku di gerai air tebu di Sungai Limau, Kedah.


Menurut ibu mangsa, Siti Aishah, anak bongsu dari 4 beradik itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan. Namun, tangannya yang hancur tidak dapat diselamatkan.


“Pada hari itu, Mohd Hafiz begitu beria-ria untuk minum air tebu kerana memang gemarkannya. Malah dia nampak seakan tidak sabar untuk minum. Perangainya amat menghairankan, seolah-olah saya tidak pernah membelikannya air tebu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ketika singgah di gerai untuk membeli air tebu, hanya dia yang keluar dari kenderaan, manakala Mohd Hafiz dan kakaknya, Nurul Intan Safira, 9, berada di dalam kereta.

"Secara tiba-tiba, Hafiz keluar dari kenderaan dan terus meluru serta mencapai mesin tebu yang sedang berfungsi.

“Saya tergamam melihat mesin tebu itu terus menyepit tangannya. Saya lihat depan mata cebisan daging jatuh ke atas tanah.

“Saya hanya mampu mengucap panjang sementara menunggu pemilik mesin itu mengeluarkan tangan anak saya,” katanya.

Siti Aishah berkata, anaknya itu langsung tidak menangis mahupun mengerang kesakitan walaupun mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan tangannya dari mesin berkenaan.

“Hafiz masih lagi dapat melihat tangannya dimamah mesin sedangkan kakaknya pengsan akibat kejadian itu,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Kasihan adik Mohd. Hafiz Haikal kerana kudung tangan kanan. Semoga Allah memberikan kebaikan ke atasnya.

©Eriyza : Sudah lama tidak minum air tebu.

Via : Sinar Harian | Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.