Banyak kemalangan direkodkan berpunca daripada menghantar teks atau sms ketika sedang memandu. Justeru, sebuah sekolah memandu di Belgium telah menetapkan syarat setiap pelajar perlu lulus ujian menghantar sms sambil memandu untuk mendapatkan lesen kenderaan.
Seperti yang anda saksikan, kebanyakan daripada peserta mengakui agak sukar untuk menulis teks ketika memandu. Terbukti bahawa bermain sms sambil memandu adalah perbuatan yang perlu dielakkan. Sebaiknya, berhenti dahulu, barulah membalas sms.
Penulis tidak pasti peraturan ini benar-benar wujud atau sekadar khidmat pesanan masyarakat. Namun, video sebegini memberi impak positif kepada pemandu yang mementingkan keselamatan di jalan raya.
©Eriyza : Pernah melihat kenderaan dilanggar dari belakang gara-gara pemandunya bermain sms sehingga tidak sedar semua kenderaan di hadapan sedang memperlahankan kereta masing-masing.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.