Oct 20, 2012

Anak Gajah Selamat Kerana Ahli Trust


Seekor anak gajah berusia lapan bulan telah terjatuh ke dalam sebuah telaga sedalam 5 kaki di Taman Negara, Amboseli, Kenya. Ibunya, Zombe hanya mampu memerhati kesulitan anaknya untuk naik semula ke darat tanpa mampu berbuat apa-apa.


Mujurlah ada pihak melaporkan peristiwa di Lembah Rift kepada anggota Trust yang sedang melakukan projek penyelidikan dan pemuliharaan Amboseli Trust for Elephants. Justeru, mereka ke tempat kejadian menaiki dua buah jip untuk memberi bantuan.


Mereka menghalau Zombe ke tempat lain agar tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini ketika pertolongan dihulurkan. Seakan mengerti niat anggota penyelamat, Zombe segera beredar dari situ.


Dua orang lelaki menggunakan seutas tali untuk melingkari badan anak gajah tersebut manakala hujung tali diikat pada jip. Setelah beberapa kali percubaan untuk menarik anak gajah tersebut ke atas, akhirnya anggota Trust berjaya dalam misi mereka.


Setelah sampai ke darat, anak gajah terus berlari laju mencari ibunya. Dari arah bertentangan, kedengaran suara ibunya yang datang mendapatkan anaknya. Setelah bersatu, mereka saling memeluk belalai masing-masing. Seketika kemudian, mereka memandang ke arah para anggota Trust seolah-olah mengucapkan terima kasih.

©Eriyza : Apabila anak gajah bersatu dengan ibunya seumpama lakonan filem Disney, air mata bergenang kerana haiwan turut memiliki sifat penyayang.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.