
Jika anda adalah bloggers yang menggunakan Samsung Galaxy S II, anda akan dapati bahawa folder Gallery turut dipenuhi dengan folder yang diambil dari akaun Picasa Web Albums anda. Penulis pernah membuang gambar-gambar tersebut yang dimuatnaik ke blog satu persatu tetapi ianya muncul kembali selepas itu.

Justeru, buat anda yang menghadapi masalah yang sama, penulis perturunkan ilmu untuk membuang gambar dalam folder yang tidak diperlukan. Berikut adalah cara untuk membuang folder-folder gambar blog anda dari menyemak dalam Gallery.
1. Pergi ke Applications > Settings > Accounts and sync
2. Pilih Google pada bahagian Manage Accounts.
3. Buang tanda ☑ pada Sync Picasa Web Albums.
Sekarang, pergi semula pada folder Gallery anda. Tadaaa, semua folder Picasa Web Albums sudah pun berjaya dihilangkan.
©Eriyza : Ada beratus-ratus gambar yang digunakan untuk menulis blog dalam Picasa Web Albums.
2 Comment
@Sophia Hany:
Sama-sama.
tq...amat membantu
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.