Oct 24, 2012

Cara Mengambil Screenshot Samsung Galaxy S II


Jika anda baru memakai telefon bimbit Android berjenama Samsung Galaxy S II, anda perlu tahu bahawa telefon anda itu boleh digunakan untuk mengambil screen capture. Caranya sangatlah mudah dan tidak perlu menghadiri sebarang kelas tuisyen untuk mempelajarinya.

Apa yang anda perlu buat hanyalah tekan secara serentak butang Home dengan tangan kiri dan butang Power dengan tangan kanan. Harus diingat, anda perlu melakukannya dengan pantas kerana jika Home ditekan lama, maka akan keluar pula Task Manager.

Untuk memastikan bahawa screenshot anda telah pun diambil, ia akan mengeluarkan bunyi shutter camera. Kemudian mesej 'Screen Captured. Saved as image file' akan terpapar.

Seterusnya, satu folder bernama Screen Capture akan muncul di Gallery anda. Kini, anda bolehlah melihat semula screenshot yang telah siap disimpan.

Penulis tidak pasti samada cara ini boleh digunakan untuk telefon pintar Samsung yang lain kerana penulis pengguna Samsung Galaxy S II.

©Eriyza : Suka ambil screenshot nombor telefon Bintang Malam.



5 Comment

FARAH deeb Wed Oct 24, 04:30:00 PM

Suke suke suke... thanks bagitau! Saya pakai Samsung Galaxy Wonder tapi boleh wat gak! Ngeee...
My latest Entry :)
WW: Excited Dah Cuci Umah Baru!

Eriyza Wed Oct 24, 07:53:00 PM

@FARAH deeb:
Bleh amik screenshot
banyak-banyak pasni. =)

aTIqAH hANum BiNTi haRuN Wed Sep 25, 03:35:00 PM

Baru tahu..ngeh2x. Baru tukar ke s2 hehe.. Lambat betul tukar hp

aTIqAH hANum BiNTi haRuN Wed Sep 25, 03:36:00 PM

Baru tahu..ngeh2x. Baru tukar ke s2 hehe.. Lambat betul tukar hp

Eriyza Sun Sep 29, 12:11:00 PM

@aTIqAH hANum BiNTi haRuN:
:)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.