Oct 25, 2012

Si Mati Hadiri Pengebumian Diri Sendiri


Tetamu bertempiaran lari malah ada yang pengsan ketika lelaki yang sudah mati berjalan ke arah mereka sambil mengucapkan 'Hello' sewaktu pengebumiannya berlangsung pada Selasa lalu di bandar Alagoinhas, negeri Bahia, Brazil. Sebenarnya, 'si mati' berkenaan, Gilberto Araujo, 41, masih lagi hidup manakala pengebumian yang diuruskan oleh keluarganya adalah orang lain.


Kesilapan itu berpunca daripada abang Araujo, Jose Marcos Araujo yang keliru ketika mengecam mayat seorang lelaki yang mempunyai wajah seiras adiknya. Si mati tersebut ialah Genivaldo Silva Gama dan turut bekerja sama seperti Araujo iaitu pencuci kereta.

Araujo hanya mengetahui mengenai 'kematiannya' apabila diberitahu oleh seorang rakan. Justeru, dia segera menghubungi seorang lagi kenalannya untuk memaklumkan bahawa dia masih hidup. Malangnya, dia dianggap cuba menipu. Lalu, Araujo pulang ke kampungnya setelah 4 bulan keluar bekerja untuk membuktikan bahawa dia masih lagi bernyawa. Insan yang paling gembira dengan kemunculan semula Araujo ialah ibunya, Maria Menezes.

©Eriyza : Sesiapa pun tidak akan menafikan bahawa Gama adalah Araujo kerana wajah mereka serupa seumpama pasangan kembar seiras.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.