Oct 30, 2012

Siti Fatonah Si Tukang Sembelih


Lazimnya, kerja peyembelihan haiwan dimonopoli oleh kaum lelaki tetapi lain pula ceritanya bagi Siti Fatonah Arbain apabila diberi tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyembelih haiwan pada tahun 2005 setelah menyertai kursus selama 4 hari anjuran jabatan agama itu. Dia merupakan peserta wanita tunggal daripada 45 orang yang menyertainya.


Wanita berusia 43 tahun ini merupakan pengusaha ternakan MJ Fatonah Sdn. Bhd. bersama suaminya Mohamad Jamil Mahidin. Mereka menternak lembu, kambing, ayam belanda, ayam mutiara, ayam kampung, itik, puyuh dan arnab di ladang seluas 8,093 meter persegi yang dikelilingi ladang kelapa sawit di Kuala Selangor.


Menganggap tugasan tersebut sebagai tuntutan fardu kifayah, Fatonah bagaimanapun enggan mengambil alih tugas lelaki sebagai tukang sembelih. Dia sebaliknya mempersiapkan ilmu tersebut untuk kegunaan waktu darurat.

"Saya belajar cara menyembelih disebabkan tanggungjawab yang harus dipikul. Apatah lagi saya dan suami merupakan pengusaha ladang ternakan haiwan. Jadi ilmu berkaitan seharusnya saya tahu.

"Selalunya tugas menyembelih ini saya berikan kepada suami. Tetapi saya sentiasa bersedia untuk menyembelih terutamanya semasa ketiadaan suami atau berdepan dengan haiwan yang sedang nazak akibat masalah kesihatan.

"Saya sebenarnya sudah jarang menyembelih kerana melakukan tugasan lain di ladang ini," katanya.

Jelas Fatonah, seorang wanita seharusnya memiliki ilmu tersebut sekurang-kurangnya sebagai persediaan untuk kegunaan ketika memerlukannya.

Petikan Kosmo!


Tahniah kepada Puan Siti Fatonah kerana berjaya membuktikan bahawa wanita juga boleh melakukan pekerjaan yang sinonim dengan lelaki.

©Eriyza : Hanya berani menyiang ikan.

Via : Kosmo!



2 Comment

Mr. Mon Jan 07, 11:59:00 PM

Salam..
Tumpang lalu yerr..sesiapa yang ada info mengenai pihak yang akan menganjurkan kursus penyembelihan ayam halal 2013 minta jasa baik kalian untuk inform dekat saya okey..
email : greenflava89@yahoo.com

Terima Kasih :P

Eriyza Mon Jan 21, 02:25:00 PM

@Ahmad Adib Awang:
Kalau ada infonya, penulis akan uar-uarkan.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.