Masih ingat dengan topik bangunan menghalang jalan?? Setelah kisahnya menjadi bualan masyarakat dunia, akhirnya Luo Baogen, 67, bersetuju untuk berpindah dari kediamannya.
Sebelum ini, penternak itik ini enggan berpindah ekoran pampasan yang ditawarkan sebanyak 220,000 yuan oleh kerajaan tidak setimpal dengan kos rumahnya iaitu sebanyak 600,000 yuan. Namun, setelah melalui perbincangan sekali lagi, dia akhirnya bersetuju dengan jumlah baru iaitu 260,000 yuan yang diberikan oleh kerajaan.
Antara lain sebab persetujuannya ialah dia rimas dengan tumpuan media terhadapnya sejak berita tentang kedegilannya tersebar. Justeru, pada 1 Disember 2012 lalu, bangunan kediaman setinggi 4 tingkat itu akhirnya dirobohkan sepenuhnya.
©Eriyza : Elok juga pindah, tidaklah terdedah dengan bahaya dan bunyi bising.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.