
Sempena 1 Januari 2012, penulis ingin berkongsi sebuah drama bersiri yang sedang penulis tonton dan menduduki carta teratas dalam senarai drama yang paling penulis minati. Opsss! Bukan drama Melayu, drama Cina salah, drama Filipina pun tidak. Kita merantau jauh sikit tetapi masih berada di dalam kelompok Asia. Ya, tepat tekaan anda, tentulah drama Korea. Drama yang sentiasa penulis tunggu setiap minggu bertajuk Gwanggaeto, The Great Conqueror | 광개토태왕 (GTGC), sebuah drama sejarah.




