Mar 9, 2008

Dinasti Barisan Alternatif



Pilihanraya Umum 12 selesai sudah. Semua janji manis yang ditaburi sewaktu berkempen sejak 24 Februari sehingga 8 Mac bakal dituntut rakyat setelah calon pilihan memenangi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen masing². Penulis agak teruja dengan keputusan Pilihanraya Umum kali ini. kenyit

Kebangkitan rakyat mula berlaku apabila mereka dengan beraninya memilih Barisan Alternatif sebagai peneraju baru pimpinan. Antara negeri² yang berjaya dikuasai oleh pembangkang ialah Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang selain Kelantan yang sememangnya sudah lama menjadi kubu kuat Pas. Penulis sudah mengagak keputusan pilihanraya kali ini penuh dengan kejutan. hah


8 Mac 2008 menjadi sejarah baru buat Malaysia kerana buat pertama kalinya banyak negeri terlucut dari genggaman kerajaan Barisan Nasional. Paling teruk, beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri juga gagal mempertahankan kerusi yang mereka tandingi. Justeru, pertandingan antara parti kali ini adalah yang paling sengit sepanjang penulis menjadi petugas politik. tension

Penulis keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi yang baik. Penulis mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai. Sewaktu penulis mendaftar masuk, saluran 4 masih lagi lengang, mungkin para pengundi masih lena diulit mimpi. Justeru, penulis tidak perlu beratur panjang untuk membuang undi. Selepas itu, penulis bergegas pula ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok II untuk bertugas. Pelbagai ragam anggota masyarakat mencuit hati dapat penulis lihat sepanjang menjalankan kerja. setan

Setelah bertugas di sana hampir sepagi, penulis perlu pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai semula untuk meneruskan tugasan terakhir. Di sini, penulis memulakan tugasan di saluran 3 sebagai ejen mengundi (polling agent). Berlaku satu bantahan di dalam bilik mengundi. Kad pengenalan seorang pengundi telah didapati tersilap satu nombor dan dia dihalang selama 20 minit daripada mengundi. Setelah wakil dari Suruhanjaya Pilihanraya dan wakil calon berunding, akhirnya wanita terbabit dibenarkan mengundi dengan menggunakan kad pengenalan lama. Setelah tempat mengundi ditutup, penulis sepatutnya menjadi ejen kiraan undi pula tetapi penulis yang sudah keletihan meminta seorang rakan yang lain menggantikan posisi penulis. marisini

Sejurus pulang ke rumah, penulis terus merebahkan diri ke atas katil dan akhirnya terlena. Kira² jam 9.15 malam, penulis bersama² ayahanda dan bonda menuju ke Majlis Perbandaran Kemaman untuk mendengar keputusan pilihanraya. Kami berada di perkarangan Majlis Perbandaran Kemaman bersama² ribuan penyokong parti kerajaan dan juga pembangkang. Penyokong kedua² belah pihak menanti dengan sabar keputusan undian. Jalan air putih ditutup, kelihatan pasukan khas FRU lengkap dengan pelbagai peralatan berkawal rapi. Mungkin mereka tidak mahu insiden buruk di Marang berulang. takbole

Kami dipisahkan oleh FRU yang menjadi benteng penghalang dengan kawat berduri. Jam 11.15 malam, keputusan pertama diumumkan iaitu untuk DUN Kijal, diikuti pula oleh DUN Chukai, DUN Air Putih dan Parlimen Kemaman. Selepas itu, penulis terus pulang ke rumah tanpa menunggu keputusan seterusnya. Penulis yang sudah penat tidak mampu menunggu lebih lama. Pengalaman bekerja di dalam Pilihanraya Umum 12 benar² menyeronokkan. Pelbagai ilmu bermanfaat yang dapat penulis kutip. Pada calon dan parti yang berjaya, tahniah dan syabas penulis ucapkan. Tunaikan janji anda pada rakyat dengan melaksanakan manifesto yang dijanjikan. Tadbirlah negeri dengan adil dan telus. Tingkatkan prestasi, kurangkan provokasi. menari

Mar 6, 2008

Paparkan Dua Windows Serentak


Ada masanya ketika membuat sesuatu tugasan, anda perlu menyalin dan menampal maklumat yang anda kehendaki. Justeru, berkemungkinan browser Firefox dan Microsoft Word saling diperlukan sepanjang proses itu dilakukan. Anda terpaksa bertukar-tukar antara kedua² tetingkap tersebut. sigh


Sebenarnya anda boleh memaparkan kedua² tingkap tersebut serentak dengan mengecilkan saiznya. Caranya mudah sahaja.
  • Klik kanan pada ruang kosong di task bar.
  • Kemudian anda pilih Tile Windows Vertically.
  • Siap. Tetingkap anda sudah dipaparkan kesemuanya.
Tetingkap anda sekarang berbentuk menegak. Jika anda mahu tetingkap dipaparkan secara melintang, pilih saja Tile Windows Horizontally. Selamat mencuba. kenyit

Mar 4, 2008

Permainan Online : PhotoSoup


Satu lagi permainan di dalam talian ingin penulis perkenalkan kepada anda yang punya banyak masa lapang. Permainan ini diasaskan daripada gambar² yang ada di Flickr. Penulis pernah juga memainkan permainan ini sewaktu penulis bosan, tiada rakan untuk berbual² kosong. Ia merangsang mata dan minda untuk mencari setiap perkataan dengan teliti kerana ada had masa diberikan. kenyit


Sebelum anda mulakan permainan, anda perlu menaip topik atau kata nama yang dikehendaki. Kemudian, anda akan dibawa ke permainan teka silangkata tersebut. Anda cuma perlu mencari jawapannya di dalam teka silangkata yang ada. Jika anda mahukan petunjuk, anda cuma perlu klik pada kotak Show Hints. Awas, anda perlu mencari jawapannya dengan pantas kerana masa yang diberikan cuma 88 saat. Penulis sendiri kadangkala tidak sempat menjawab semua teka silangkata PhotoSoup yang ada kerana kesuntukan masa. gelakguling