Mar 31, 2011

Blogspot Membawa 5 Perspektif Baru Paparan Blog


Paparan Snapshot

Belum pun interface dashboard baru blogspot berubah sepenuhnya, warga kerja blogger memperkenalkan pula 5 perspektif baru untuk melihat paparan blog. Mereka memasukkan elemen AJAX, HTML5 dan CSS3 untuk memberikan kepuasan yang lebih kepada penulis blog sendiri dan juga para pembacanya. Antara jenis² paparan yang boleh anda lihat ialah Flipcard, Mosaic, Sidebar, Snapshot dan Timeslide.

Mar 27, 2011

Panduan Mendaftar CIMB Online Banking


Siang tadi penulis telah ke Maybank untuk membatalkan kad kredit. Pegawai bank tersenyum sinis apabila melihat kad kredit penulis masih terlekat cantik pada surat yang mereka hantar dulu. Tergambar jelas di benak mereka bahawa penulis langsung tidak pernah mengambil peduli tentang kad kredit tersebut apatah lagi menggunakannya secara berpermaisuri bermaharajalela.

Setelah menyaksikan sendiri kad kredit penulis digunting dengan kejam, penulis beredar ke CIMB. Antara lain, tujuannya adalah untuk membuka akaun baru. Usai semua prosesnya, penulis terus mengaktifkan CIMB online banking. Akan tetapi, penulis kira ramai di antara pengguna di luar sana belum mahir cara² untuk mendaftar online banking. Mari penulis bawa anda menonton video yang akan menjelaskan secara terperinci proses pendaftaran yang cukup mudah.

Mar 25, 2011

Facebook Membenarkan Tag Nama Pada Komen


Kalau dulu, nama rakan di Facebook hanya boleh ditag pada status yang kita buat sahaja. Jika kita menyebut namanya di komen pula, tiada apa² tag akan berlaku. Akan tetapi, kali ini ianya juga sudah boleh ditag di bahagian komen. Penulis kira ianya satu pembaharuan yang bagus kerana kita dapat menyebut satu persatu nama rakan yang memberikan respon pada pos kita sekaligus rakan² yang lain dapat melihat profail mereka dengan lebih mudah melalui pautan yang tersedia.