Jan 31, 2005

Pengalaman Syafarini Ketika Tsunami Melanda Acheh

Hayati dan insafilah diri dengan kesah benar yg aku paparkan dibawah ini. Sesungguhnya Allah Maha Besar! Allahu Akbar!!!

Aceh 26 Dis 2004,kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajar Malaysia yg terselamat.


Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu alaLah yang menjadikan sebahagian peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku.

Pagi itu tenang,sunyi,ye lah pagi hari minggu.Tak ada aktiviti kuliah pada pagi-pagi cuti.Selalu nya lepas solat subuh pelajar² biasa nya membaca Alquran, berwirid, mentelaah kitab², menyiapkan tesis sambil duduk depan pc laptop, mencuci pakaian dan mengemas rumah.

Pagi itu sibuk mengemas pakaian,membersihkan bilik rumah pelajar di Kompleks Ruzi, Jln Tengku Diblang,Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3 hingga 4 km daripada persisiran pantai.

Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu drp laptop kawan,lagu nya pulak lagu “Balik Kampung” dendangan Allahyarham Sudirman,cukup menyentuh hati hai lama tak balik kampung, terasa la rindu nak balik.Hari raya baru ni pun memang tak balik kampung. Rindu benar nak main dengan anak-anak saudara, Syairah, Syafiqah, Zikr, Hareez, Syahmi, Zufayri,terhibur dan terkenang satu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu. Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demi memenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati.

Lebih kurang jam 7 am lebih atau dekat²jam 8 pagi keadaan sekeliling terasa berayun-ayun, terbuai-buai.Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripada rak.,dibetulkan kembali..lalu jatuh balik.

"Eh kenapa ni,apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau….?"

Haa ye lah gempa bumi ni.,memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasa dilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.tapi kini aku merasakannya sendiri la. Kedengaran kat luar rumah org hiruk pikuk bunyi suara kawan kawan bertempik,gempa bumi,..gempa bumi..keluarr..keluar dari rumah...!!

Masa tu hanya terlintas nak capai passport, hp dan tudung kepala.lari keluar dan duduk di luar rumah. Tanah terus bergoyang-goyang,bukan setakat bergegar kecik anak tapi betul-betul bergoyang goyang kiri dan kanan sama macam naik buaian besi ditolak orang waktu tu. Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la. Tak dapat nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya duduk mencangkung. Nampak jelas ada tanah yang terbukak, merekah luas, ternganga macam nak telan si anak derhaka je gaya nya. Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni. Bekalan letrik terputus, talian handphone tidak berfungsi sama sekali.

Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit, fikiran tak menentu waktu tu., rasa macam mimpi pun ada. Perasaan terkejut menyelubungi hati,betul ke gempa bumi ni?

Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,aku masuk balik rumah,kemaskan balik almari dan peralatan rumah yang dah jatuh jatuh.Dalam pada masa dok asyik kemas balik buku buku dan almari tu,dengar lagi sekali jeritan orang ramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! lari cepat..keluar..keluar dari rumahhh!! Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu,terus je capai 1 beg kecil yang dalamnya passport,sedikit duit rupiah dengan tangan yang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu.

Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku yang terakhir sekali keluar dari rumah tu.,langsung tak nampak kawan-kawan se-kampus,se negara.hilang lesap entah ke mana mereka tu.sampai hati tinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu.

Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari, nampak mereka menuju ke masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid seribu tiang tu. Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekas berlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di gegendang telinga ni.Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang pegawai polisi tu..

”Goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! tak nampak air bah besar tu??!"

Dia juga dalam keadaan termengah mengah mencukupkan langkah seribu nya.

Sesampai je kat masjid tu,memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangan nya,keadaan cukup sesak berhimpit-himpit.Semua muka-muka tak kenal,rasa terasing sangat.Air mata ku dah mula mengalir,hiba sesangat.Mana la kawan kawan dan orang yang aku kenal. Nampak satu kawasan ruang bawah tangga,terus je duduk kat situ ambil tempat berlindung.,gempa terus datang balik.lagi sekali kepala pening dan macam nak kena migrain pun ada. Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi. Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangat drp hari hari biasa.Tak ada apa lagi ayat2 bacaan doa,hanya semacam Allah bersaksi di depan ku.,aku bersaksi kepada Nya. Datang kekuatan berdoa..

”Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba dengan orang yang ku kenali kat sini..”

Terpancang satu sumber kekuatan yang entah dari mana sumber nya dalam doa itu. Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid,rupa2 nya kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan ku serumah dan pelajar pelajar satu negara. Semua wajah wajah muram, sedih, terkujat, terkejut, terlopong.yang gelak tawar2 pun ada datang menerjah pada ku., sambil berpeluk menenangkan antara satu sama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa apa.Tapi yang pasti hampir semua kawan2 ku menangis.

Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya berdiri je sambil menangis senyap-senyap. Bunyi tangisan,teriakan,ratapan kat dalam masjidi dah macam pesta sapa yang paling kuat je lakunya. Satu persatu suara terdengar... “Ratus dah tewas, ratus2 dah mati.dah jadi korban air naik pak".

Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh.,seiring dengan bunyi suara sayup2 mintak tolong,bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka.,suara wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah.Orang lain waktu tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya nafsi nafsi.

Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni?? Takut bukan kepalang.kecut bukan main.
Nampak ada yang terkincit bincit dalam masjid,bauan hancing pun ada,rupa nya ada yang terkecing dalam seluar sebab ketakutan tahap maksimum menerpa.

Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu,ada seorang ustaz atau pak imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang bekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator, mententeramkan orang ramai,minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala.sejurus lepas tu pak imam mula mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah… Lailah haillaLah… Lailah haillaLah… Lailah haillaLah…..Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. AstaghafirulLahala’zim… AstaghafirulLahala’zim… AstaghafirulLahala’zim…..SubhanalLah… SubhanalLah… SubhanalLah…

Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar drp para penduduk yang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu tak henti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan..diselangi dengan suara sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada di situ.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni. "Ya Allah hamba ni banyak lalai dan dosa, ampunilah diri ini Ya Allah,sesungguh nya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun.Ampuni lah hamba yang lemah dan tak terdaya ini.Siapa lah hamba di sisi Mu.”

Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drp murshid kat surau Jerlun yg abg Lie bawakkan aku dulu. Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaah di samping ibadah rutin yang lain. Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000 tu,terlintas semacam nak hantar mesej kat abg Lie kat Malaysia.ni kalau abg Lie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia ni,elok juga ni.tak lah deme risau kat sana.Kurang-kurang pun dapat keluarga kat sana mendoakan keselamatanku kat sini Ingat masa tu pukul 10 pagi lebih.

Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa,mata orang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye..kat kubah masjid tu.Kalau la jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nya menhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah di bawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampung tadi.serba salah dibuat nya aku..nak keluar masjid air bah laut laju melanggar,nak duduk dalam masjid,kubah nya pulak macam nak goyang dan runtuh je.aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda air bah bagi menenangkan perasaan.

Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu arah lagi menuju ke arah kami di masjid,melompat pagar masjid mencari tempat perlindungan.masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid balik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid berkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu.sempat aku capai tangan seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu,nasib baik dia tak jadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu. Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduk tempatan,masa tu betul2 kena keraskan semangat,memang kena ada sikit perasaan nafsi-nafsi,kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik dan patah hati pada waktu tu.

Tengahari-mula lapar,kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk kami minum,keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat,sebab terkejut dan tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi. Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut.Pekedai dan peniaga dah tidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka,semua nya dah bersedekah membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu. Dapatlah kami beberapa botol air mineral,sedikit biskut kering dan beberapa bungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik. Datang seorang perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata nya nak dibagikan kepada anak nya yang kelaparan,dengan titisan air mata ku hulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar…tak sampai hati kecilku…

Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan,darah-darah sana sini,ada yang putus tangan,ada yang bebola mata nya tersembul,ku terpandang juga mayat seorang kakak usia nya,di mana rambut panjang nya tersangkut pada pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah tsunami,tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink.Jasad² manusia leper bawah runtuhan² batu bangunan. Terhidu bauan darah yang hanyir,tak pernah ku hidu pun sebelum ini. Pada mulanya memang seram dan ngeri nak toleh pun,tapi lama kelamaan ku gagahkan tengok juga.

Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan plastik,memang tak dapat nak lelap sepicing pun,kawan-kawan sebelah ada yang dah mengigau,tak dapat nak tidur,perasaan libang libu sebab gegaran masih selang seli datang menggempa.

Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas,dah boleh balik rumah. Keadaan rumah memang mengejutkan.palitan tanda air bah terlihat nampak melepasi kayu gelegar bumbung rumah.almari tonggang terbalik,cermin meja tercampak keluar. Cuma satu keadaan yang agak aneh.Al-quran yang biasa aku baca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.! Maha suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.!

Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian bencana tu yang baru melanda semalam.,bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yang berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makam seorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya),kumpulan itu ditegur oleh seorang pakkiyai di situ,tetapi dibalasi dengan ugutan muncung pistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di situ. Lalu pak kiyai itu memberi amaran,hati hatilah kalian semua,tunggulah tidak lama lagi.Entahlah.tak berani saya nak buat apa-apa persepsi.

Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalam kejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga oleh sebahagian penduduk di negara-negara lain.,kami tak menjangka kan sebegitu.sangka kami di Aceh sahaja.

Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-drp Kedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati langsung.serba serbi tak kena.malam tu buat tahajud tak kena,bertadarus tak kena,telaah kitab rasa tak selesa.memang luar biasa sungguh malam tadi, "Dah nak mati aku ni kut”…kata nya seorang diri pada masa tu. Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapan dengan peristiwa bencana yang tak di duga itu.

Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari Rabu.,menaiki pesawat TUDM C130-Hercules. Daripada masjid Al-Unshiah,berdekatan Institut Agama Islam Negeri(IAIN)-Banda Aceh,kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama untuk membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda Aceh.Terasa duduk di bandar zombie.Habis baju jubah ku melekat bauan mayat.

Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan Banda Aceh. Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 di situ.Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel,se comel anak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,..kini kaku dengan keadaan tubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah nya,terbayang imbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala.
Tampak wajah-wajah memohon simpati drp kami.Apa daya kami… Antara mereka ada yang tahu kami rakyat Malaysia,tentu saja akan pulang bersama sama keluarga tercinta,bebas drp belenggu derita yang sedang mereka tanggung itu,bertapa bertuah nya kami. Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka.
Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia.

Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku kenali,menjadi jiran-jiran ku setahun yang lalu.
Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu Allah ini,ustaz ustaz ku,pensyarah2 ku,kawan-kawan warga Aceh yang pernah ku kenal,mungkin ada yang dah kembali menemui Ilahi dalam bencana ini.Di sinilah tempat aku memahami cabaran jalan fi sabililah,erti jihad yang sebenar.Aceh,memberi aku seribu pelajaran,sejuta makna guru kepada ku.
Mungkin daku akan kembali ke sini,entah kan bila…
Salam rindu tanah Aceh…

IkLan : Airmaterku gugur laju sewaktu membaca kesah ini, betapa Agungnya Allah Yang Esa. Ya Allah, peliharalah diriku daripada kemungkaran, matikanlah aku dalam keadaan beriman. Amin.


Source : Bicarasufi.com


Jan 28, 2005

Monitor Wal Keyboard Baru

Ahehe! Arinih aku pegi beli monitor ngan keyboard baru. Puas aku survey dr satu kedai ke satu kedai yg len. Lastly baru laa dpt aper yg diidamkan. Adehai, melayang lagik laa fulus aku bulan nih. Baru je aku brangan nak simpan duit tuk kawen ato kecemasan. Kui kui kui. Surut lagik laa wang simpanan aku.

Herm, maybe ade antarer korang yg prasan aku asek tuko bg music je. Sebnarnya aku mmg malas nak tuko byk kali tp lagu yg aku letak dolu tuh, tuan dier dah delete laa plaks. So, aku carik laa lagu baru, then tejumper laa lagu nih. Nih lagu peberet aku all the time. Lelebeh lagik lagu nih dendangan Richie Ren, artis yg paling aku minati. Layan laa yerk. Kalo x paham pun, pepura paham dah laa. Ehehe. Thats all for now.

Jan 26, 2005

Aku Kewenduan

Tengahari nih aku bawak bapak aku pi beli brg. Seblum tuh aku nak pi bank, tp bank offline laa plaks arinih. Adehai, takleh laa aku nak amik duit, cemaner aku nak beli monitor baru nih? Herm, dah hampir seminggu aku borrow monitor kazen aku nih, tentu dier pun nak guner gakkan? Kener laa aku kasik balik. Huhuhu!

Herm, buhsan tul aku dok lam keta sambil tunggu bapak aku shopping. Then, aku call buah ati aku. Lorh, mamat nih dok layan mimpi agi. Aku suh dier bangun, dier tanak laa plaks. Katernya, ngantuk sal semlm tido lambat layan games. Hampeh tul laa, ade ke patut tido lelamer camtuh?? Tak patut kan?? Kan kan kan?? Tpkan seksi betoi sora darling aku time dier tido. Bukannya slalu dpt dengo sora seksi camnih. Hampir² aku x pasan soranya yg seksi tuh. Ehehe! Aper punye awexz daa!

Semlm jejaka idaman aku nih kasik byk gambo dier kat email aku. Wendunya aku kat mamat nih. Lelagi biler dah layan gambo dier, makin laaa betambah wendu aku nih. Wendu sewendu wendunya. Huhuhu!



Karna Ku Sayang Kamu by Dygta

Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Tak kan pernah ada yang lain
Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkan ku terus terlena tanpamu di sisiku
Ku kan slalu menantimu....



Lagu nih didedikasikan khas tuk my love.


Jan 21, 2005

Sehari Di Aidil Adha

Semlm aku sembang ngan Ark! Minah nih tgh dok lepak kat blog aku. Tetiber jerk dier cakap dier suker ngan postings aku yg tedahulu. Ark kater dier teharu sungguh bacer postings aku yg bejudul Jangan Berhenti Mencintaiku. Aduhai my pren Ark, taukah dikau, aku bukan takat teharu jerk time memblog posting nih, malahan siap nangeh lagik. Cenggitu laa nak habaq mai kat hang. Ko dah jadik pembaca blog aku yg setia erkkk Ark?? Mekaseh yerk! Teruskan setia besamer daku. Kekeke!

Esoknya ari raye haji, dua orang anak dara nih maseh lagik dok sembang kat ym, tanak layan mimpi ke Ark? Aku dah ngantuk giler nih, sampai ati ko buli aku, tak kasik aku tido yerk. Lagu Titi Dj tuh aku uploadkan tuk ko Ark, spesel version nih. Tuk Ark sowang jerk, owg len takleh dl. Just kidding. Ko jgn x layan plaks lagu nih Ark, penat aku dl tau. Jangan Berhenti Mencintaiku by Titi Dj

Arinih ari rayer, rutin aku cam besa jerk kalo ari rayer nih, pi umah sedara-mara. Kami x sempat pi kubur td sal kuar dr umah lewat sgt, esok kot baru pegi. Ahehe, aku pegi umah Cikgu Rakirah, dier nih boss aku tau. Aku pi mengajo kat umah dier. Sorang guru yg baik bangat. Best betoi dpt boss cam dier nih. Parents aku banyak betoi topik yg disembangkan ngan Cikgu Rakirah dan husbandnya Ustaz Wan Mansur. Aku jadik pendengo setia jerk laa, tak dapek eden nak menyampuk. Kekeke!

Nak inform kat korang nih, bg music berubah lagik, kali nih aku buh lagu Diatas Normal plaks tp still by Peterpan. Layan yerk! Kiter tuko mood rancak plaks laa yerk! Ehehe!

IkLan : Aku wendukan my sweetheart. I miss u like crazy! Muahhhh!


Jan 20, 2005

Salam Aidil Adha



Salam aidiladha tuk seme pembaca blog nih. Semoga kiter seme berada lam lindungan dan rahmat Allah. Mudah²an sedara seislam kiter yg sedang mengerjakan haji mendapat haji yang mabrur. Selamat menjalani ibadah korban tuk anda seme. Terima kaseh kraner sudi membaca blog nih. Terima kaseh kawan, terima kaseh wahai makhluk Tuhan.

Jan 19, 2005

Katakan Taknak Kepada Rokok


Arinih aku tepanggil nak memblog sal perokok dan rokok. Herm, aku peratikan bilangan lelaki yg tidak merokok telalu sedikit jumlahnya. Ini bemakna jumlah perokok lam Mesia nih telalu ramai jumlahnya, tidak kirer lelaki ato pompuan. Herm, yg aku herannya, kalo rega rokok naik, perokok nih x plaks ckp mahal ato pun bising tp biler rega brg makanan naik, dorang laa yg paling teruk dok protes. Sehingat aku, rega rokok seblum nih tuk sekotak Dunhill 20, reganya RM5.00 tetapi dinaikkan sehingga mencecah RM6.50 sekotak. Mahal giler tuh tuk sesuatu yg langsung takdak pekdah, lebeh bek laa duit tuh digunakan tuk beli sayur ato sekilo ikan selayang, bleh gak laa dijadikan lauk makan tengahari. Cuber laa bayangkan kalo korang merokok sekotak sehari, kalo sebulan dah baper RM melayang? Baik laa wang RM195.00 tuh korang gunerkan tuk menabung, bleh gak wat belanjer kawen nanti. heHeh!!!

So, bg heavy smoker kat luaq saner, pelan² laa berenti merokok yerk. Jagalah kesehatan diri anda. Amalkan gaya hidup sehat. Bagi adeq² kat luaq saner plaks, jgn sesekali ade keinginan nak jadik perokok yerk. Merokok cool? Tak cool beb! So, tetapkan azam dan mintaklah petunjuk drp Allah agar anda mampu menjadik sorang insan yg bebas dr rokok. Ikutilah beberapa tips dibawah.:-

Jika Anda bercita-cita untuk tidak merokok, mulailah membiasakan diri untuk tidak merokok, maka Anda akan berhenti merokok. Percayalah, Anda bisa, kebanyakan orang tidak mau membiasakan bukan tidak bisa. Bagaimana caranya?

Menciptakan kebiasaan. Kita semua menciptakan kebiasaan. Selalu ada yang pertama. Banyak hal yang Anda kerjakan hari ini telah Anda lakukan sebelumnya dan akan dilakukan pada masa mendatang. Karena impaknya, adalah sangat penting untuk bisa mengontrol kebiasaan Anda, jangan sampai kebiasaan yang mengontrol Anda. Anda pun bisa menciptakan kebiasaan positif. Caranya disebut dengan pembiasaan. Langkah pertama ialah dimulai dengan keputusan. Anda harus memutuskan bahwa Anda akan membiasakan suatu kebiasaan baru. Kebiasaan baru bisa berupa benar-benar baru, karena masih banyak waktu luang maka Anda menciptakan kebiasaan baru, maupun kebiasaan baru menggantikan kebiasaan lama yang negatif, misalnya merokok (setidak menurut saya dan para dokter, bahwa merokok adalah kebiasaan negatif, maaf jika menurut Anda sebaliknya).

Langkah kedua bersabar. Memang tidak mudah menciptakan kebiasaan baru. Tapi ingat prinsip mendapatkan kemudahan yang telah saya jelaskan pada beberapa edisi yang lalu? Dua cara mendapatkan kemudahan ialah dengan bersabar memaluinya dan bertakwa. Sedikit dipaksakan tidak masalah sambil menjaga motivasi Anda. Selalu ingat mengapa Anda memerlukan kebiasan baru tersebut.

Hukuman, kadang bisa membantu. Buatlah komitment untuk menghukum diri sendiri jika Anda melanggar keputusan yang telah Anda buat. Ada beberapa para ahli motivasi yang mengajarkan hukuman tersebut. Begitu juga dengan para sahabat Rasulullah SAW, banyak yang melakukan menghukum diri sendiri jika melanggar komitmennya. Tentu saja tidak boleh menggunakan hukuman yang diharamkan, menurut Dr Nashihah Ulwan, hukuman yang diterapkan hendaklah yang mubah. Sedangkan jika melihat para sahabat, selain melakukan yang mudah ada juga yang dengan yang sunah.

Cara lain untuk membantu kesabaran Anda ialah dengan mencari alternatif yang bisa mengganti "kenikmatan" dari kebiasaan lama Anda. Apa yang inginkan dari merokok? Jika Anda berkata bahwa merokok adalah mehilangkan stress, maka carilah cara lain yang lebih positif untuk menghindari stress. Masih banyak cara untuk menghilangkan stress. Cara terbaik adalah dengan dzikir. Bisa juga dengan rekreasi, menikmati pemandangan alam. Bisa juga dengan becanda ria dengan anak Anda, atau bermesraan dengan pasangan Anda (istri/suami Anda). Anda pasti boleh!

Amaran oleh kerajaan Malaysia : Merokok membahayakan kesihatan


Jan 16, 2005

Selamat Bertunang Sepupuku

Alhamdulillah, semlm kazen lelaki aku slamat betunang. Tahniah wat Azuan dan Nur Haryani. Semoga korang beduer bekekalan laa hendaknya. Sampai akhir hayat gitu. Semalam, aku sekeluarga serta 8 buah lagik kenderaan yg len bekonvoi ke Marang, Terengganu. Nawaitu kami aderlah tuk menyunting bunga idaman sepupuku yg dah gatal nak menikah. Ahehe! Tp mamat nih mmg dah layak pun kalo nak jadik suami owg sal dier dah brusia 25 tawun. Jadik bapak budak pun tesangatlah layak. heHeh! Kami betolak kekirer kul 10.20 pagi, then sampai kat sane lam kul 12.30 tengahari. Kami berenti kat mesjid tuk solat dolu seblum meneruskan hajat kami.

Herm, cam biasa laaa, slagi begelar anak dara, maka aku antarer owg yg akan bawak hantaran betunang tuh. Lazimnya aku akan tekena biasnya skali, makcik aku ngan sinisnya menyindir aku biler nak kawen. Reaksi aku?? Pekakkan telinga, wat tatau. Hakikatnya, ati aku amat terluka, aku dah malas nak layan karenah dorang nih. Biokan aje laaa. Asalkan aku x wat pape yg menyalahi hukum Allah, cukup ler. Ngantuk laa plaks, esok aku sambung lagik. Chow!

Hokeh, aku nak sambung lagik citer aku. Herm, kengkadang aku rimas biler dorang asek perli aku jerk. Patutnya dorang doakan laa aku cecepat kawen, bukannya ngan sindir sinis kat aku. Aku tau laa sape diri aku nih, aku bukannya lawo ato pun slim cam bentuk badan anak² dorang tuh. Dah jadik resam dunia nih, yg lawo dan menarik tuh laris dolu. Aku malas nak betekak ngan dorang, bio jerk laa dorang nak pk aper pun, aku tau aper yg aku wat. Aku x selesa tul laa ngan situasi cenggini, wat aku rimas jerk. Huh!

Aku sebnarnya agak teperanjat ngan tingkah laku kazen² aku kebelakangan nih, hampir sepertiga drp kazen pompuan aku x pakai tudung. Biler sampai kat umah owg betunang tuh je, baru laa dorang muler pakai tudung, tuh pun still nampak lagik jambul. Herm, aku tapaham aper yg tejadik kat dorang nih, kalo dolu elok jer menutup aurat, tp skarang nih betudung tuh dah muler merimaskan dorang. Dosa pahala dorang tolak tepi jerk. Tetiber aku traser terasing berada lam kelompok kaum kuarga aku yg lain. Aku meraserkan semakin lamer mengenali dorang, semakin jauh plaks dorang drp aku. Sempat jugak laa aku kasik khutbah pree tanper tol kat kazen aku yg agak rapat ngan aku tp dier cumer tesengih jer. Iskhhh geram tul laaa aku. Watper laa aku nak menyebuk lelebeh, mak bapak dorang pun x bising. So, aku pun malas laa nak peduli. Lantak laa dorang nak wat aper pun. Aku pun bukannya bagus sangat tp aku beharap agar Allah pelihara diri aku agar tidak tepengaruh ngan fesyen yg tak cukup duit nak beli kain seperti dipakai dek dorang. Mudah²an Allah pelihara seme ahli kuarga aku yg maseh lagik alpa lam keindahan dunia supaya kembali mentaati perintah Allah. Amin.


Jan 13, 2005

Blog Berwajah Baru Lagik

Herlow eberibodi. Dah beberaper ari aku x update blog nih erkkk! Actually, aku sebuk carik skin baru sal skin sunflower aku tuh ilang ler plaks gambonya. Carik punyer carik, lastly aku tejumper laa blog sorang mamat nippon [dier dok Mesia tp study kat Jepun], aku bekenan sungguh ngan layout blog dier tuh. Pastuh, aku carik dier kat ym, aku mintak ijin dier tuk kopi pes blog dier! Yieahoo! Dier kasik aku cilok source blog dier. Mekaseh erkkk Incik Kekuresakti.

Aku pun memulakan proses editing blog nih mlm semlm. Koding blog dier cukup teratur, tak penah aku jupe koding yg best camnih. So, walopun aku x baper reti nak geledah koding nih tp aku wat gak ngan penuh semangat proton waja. Banyak kali gak laa error tejadik maser aku dok test blog nih tetapi akhirnya..... alhamdulillah, maser aku preview, blog nih sukses diedit. Sukernya ati aku. Kekeke! Maker bermulalah layout baru blog aku nih. Heharap korang gumbira laa ngan wajah baru blog aku nih yerk. Erkkk, ade ke owg yg dok membazirkan maser bacer blog aku nih?? Kui kui kui.

Aku nak ucapkan tengkiu kepada Kurekure Sakti yg memberi keizinan kepada aku tuk kopipes blog dier. Jasamu dikenang. heHeh!!! Hokeh laa yerk, nanti aku tulih lagik. Nak wat keja laa plaks.


Jan 9, 2005

Insaflah Wahai Mahkluk Tuhan

Betemu kembali. Arinih aku tanak citer sal diri aku tp aku nak bawak korang tuk menyelami satu topik. Td aku tengok majalah 3, seram sejuk badan aku tengok kekuasaan Allah kat bumi Acheh. Betapa agungnya Allah Yang Maha Esa. Aku nampak mayat² begelimpangan kat lam tv tuh. Mangsa yg maseh idup plaks berada lam keadaan trauma. Kalo ler aku kaya, nak je aku hulurkan bantuan sebyk mungkin kat dorang tp aku dah cukup pueh ati dpt menyumbang tuk dorang seikhlas ati. Tak perlulah aku citerkan kat sini aper yg aku dah sumbangkan, bio ler ia jadik rasia pribadi aku.

Aper yg aku kesalkan, walopun Tuhan dah tunjukkan kekuasaanNya, maseh ade ramai lagik umat manusia yg alpa dan lalai lam mentaati suruhanNya. So, aku nak mengingatkan korang seme dan diri aku seniri, meh ler kiter sesamer menginsafi diri atas seme kekhilafan kiter selamer nih. Aku dok tengok ramai pompuan kat luar saner yg maseh x betudung walhal sudah jelas hukumnya adalah berdosa. Aku raser tuh benda paling enteng nak wat tp kalo maseh engkar gak, seniri mau hingat laaa. Muda-mudi maseh lagik bebas bepelesaran disane-sini tanpa menghiraukan batas² pegaulan yang ditetapkan Islam. Insaflah wahai makhluk Tuhan, sesungguhnya indahnya dunia hanyalah skadar satu penipuan.

Mari kiter menyorot kembali tragedi yg belaku pade tarikh 26 Disember! Suratan ato kebetulan??

[-] 26 Dis 1932 - Gempa bumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.
[-] 26 Dis 1939 - Gempa bumi 7.9 Richter belaku di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.
[-] 26 Dis 1996 - Ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pd awal pagi yg meragut beratus nyawa.
[-] 26 Dis 2003 - Gempa bumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.
[-] 26 Dis 2004 - Gempa bumi blaku di Sumatera membunuh 59,000 nyawa & jumlahnya terus meningkat..

Al-fatihah tuk seme mangsa tsunami. Marilah kiter besama muhasabah diri, pebetulkan maner yg silap, mudah²an Allah sentiasa memberkati hidup kiter semua. Amin.

Tuhan Sudah Uji Namun Ada Manusia Ingkar.....


Jan 6, 2005

Meniti Usia Dewasa

Aku mulakan postings aku arinih ngan mood malas aku kebelakangan nih. Aku tau ade antarer kengkawan yg dah muler prasan bahawa aku laa nih dah jarang kelihatan kat ym, msn dan skype. Herm, lately nih aku malas betoi nak bercit-cat. Aku banyak invisible je kat ym ngan skype. Kat msn, aku x online langsung, malahan aku dah delete trus icq aku. Maybe aku dah dewasa tuk memain cam dolu ngan korang. Aku lebeh suker menyendiri skarang nih. Aku chat pun ngan owang tetentu jerk. Sorrylah yerk kalo ade antarer korang yg kecik ati ngan sikap aku skarang nih. Kengkawan, aku masih samer seperti dolu. Pecayalah!!!

Semlm aku pegi amik mykad aku, blur betoi laa pic aku lam mykad tuh. Hader ke patut muker aku yg x braper nak putih nih jadik putih melepak lam mykad aku. Nak tegelak aku tengok pic tuh, traser cam aku hambik mykad owg len je. Alahai, tembamnya wajah aku lam mykad tuh. Baru laa aku prasan yg aku nih debab. Kekeke! Aku heran tul laa nape owg tanak caye maser aku cakap aku gemuk biler sembang kat irc nih. Salah ke owg cam aku men internet? Huh! Aku takde maser laa nak menipu kat alam siber nih, kalo owg len nak auta kat internet, sukati dorang laa. Seniri mau hingat laa beb. Chow dolu!


Jan 1, 2005

Heppi Burfday To Me

Heppi Burfday To Me...
Heppi Burfday To Me...
Heppi Burfday To Wan Nur Azurie
Heppi Burfday To Me

Arinih ari tua aku. Aku dah semakin dewasa tp tahap pemikiran aku maseh lagik dok takuk lamer. Aku harap pasnih aku bleh bepk ngan matang seswai ngan usia aku skarang nih. Aku raser janggal je sambut ari lahir tawun nih sal takder countdown ngan percikan bunga api lam tv. Kekeke! Slalunya time tuh aku excited dok depan tv nak tengok sambutan heppi niu yer. Aku cam x sedo je tawun baru dah tiba malam nih sal ghalit dok depan pc sampai laa sms dr Yati mengingatkan aku sal burfday aku. Yati dah wish burfday aku since 30 Dis 04 lagik. Malam nih dier wish lagik. Teharu tul aku ngan minah nih. Then, Shah aka budak_jahat wish. Pastuh Chipsmunk ngan Toya wish kat ym. Then, Na aka Bubble wish. Tengkiu erkkk kengkawan. Wish me luck in my life!