Aug 31, 2007

Selamat Ulang Tahun Ke 50 Malaysia

avatars myspace with Gickr

Hari ini Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 50 tahun. Setelah lebih separuh abad merdeka, adakah Malaysia benar² telah menjadi sebuah negara yang mentadbir mengikut acuannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana² kuasa asing?? Penulis mengharapkan tanahair tercinta ini menjadi sebuah negara yang aman damai untuk didiami. Mudah²an negara ini dilindungi Allah dari musibah malapetaka. Penulis melihat ramai manusia berpusu² ke Padang Astaka. Deretan kenderaan pelbagai jenama membanjiri halaman rumah penulis. Setiap dari mereka sama ada bersama keluarga, teman atau buah hati beriringan ke sana. Mungkin untuk melihat temasya yang diadakan sempena perayaan ini. Penulis cuma melihat dengan perasaan bercampur-baur. nerd


Di kelas tadi, ada beberapa orang pelajar penulis tidak hadir, mungkin sengaja mencari alasan Hari Merdeka untuk "ponteng" kelas. Malahan, sebahagian dari pelajar yang ada kelihatan gelisah apabila penulis melanjutkan sedikit masa untuk menanda buku setelah masa belajar tamat. Mereka mendesak penulis untuk segera menamatkan kelas kerana ibu bapa sudah berjanji untuk membawa mereka melihat pertunjukan bunga api. Sejenak penulis terfikir, inikah erti kemerdekaan yang cuba dipupuk oleh generasi sekarang kepada anak² mereka?? Hiburan menjadi agenda utama untuk mengisi slot yang ada, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Penulis kesal dengan senario yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Sewajarnya, slot untuk mengisi kemerdekaan dilakukan dengan memanjatkan syukur kepada Allah, memeriahkan masjid dan surau dengan alunan merdu Al-Quran. Owhhh Malaysiaku, selamat ulang tahun ke 50. Semoga pentadbir dirimu memperbanyakkan aktiviti keagamaan dan bukan hiburan semata². encem

Aug 30, 2007

Firefox Mengubah Skrin Resolusi Windows


Resolusi penggunaan skrin berbeza pada setiap komputer. Ada pengguna yang gemarkan resolusi 800 x 600, 1024 x 768 atau 1280 x 1024. Adakalanya resolusi skrin yang digunakan menyakitkan mata anda dan anda perlu mengubahnya pada Display Properties Windows anda. Tahukah anda bahawa browser Firefox boleh digunakan untuk mengubah resolusi yang anda kehendaki?? gile

Penulis akan memberitahu anda bagaimana untuk menggunakannya. Anda cuma perlu mengikuti cara² di bawah.
  • Zoom in : Tekan butang CTRL dan + (tanda tambah) serentak.
  • Zoom out : Tekan butang CTRL dan - (tanda tolak) serentak.
  • Normal : Tekan butang CTRL dan 0 (kosong) serentak.
Menarik bukan?? Cubalah. Hehehe!!! hah

Aug 29, 2007

Email Pakai Buang


Kadangkala kita memerlukan email untuk mengakses laman web penting. Tetapi bukan semua web yang perlu pendaftaran itu mustahak buat kita. Kebiasaannya setiap orang cuma mempunyai satu atau dua email khusus untuk sebarang aktiviti di dalam internet. Menggunakan email sebenar sewaktu mengisi data boleh mengakibatkan email anda dispam. Jadi, kita perlu menggunakan email alternatif untuk melindungi email peribadi. topi

Khidmat email yang ditawarkan ini hanya berfungsi selama 15 minit sebelum ianya tamat tempoh. Anda boleh membaca dan membalas email di dalam tempoh yang diberi itu. Sekiranya masa yang diperuntukkan tidak mencukupi, anda cuma perlu menekan butang tambahan masa selama 15 minit lagi. Penulis menasihati anda agar menggunakan email pakai buang ini untuk tujuan baik sahaja dan anda dilarang menggunakannya untuk tujuan tidak baik. Dapatkannya di Guerrilla Mail. tumbuk

Aug 28, 2007

Alternatif Kepada Adobe Photoshop



Seperti yang penulis janjikan kepada AnGeL iN DisGuiSe, kali ini penulis mahu berkongsi satu perisian yang sangat bagus untuk mempelbagaikan teknik mengedit gambar. Kebanyakkan orang menggunakan Adobe Photoshop untuk melakukan pelbagai teknik menarik ke atas gambar tetapi penulis tidak tahu menggunakan perisian tersebut. Justeru, penulis mencari alternatif lain untuk mengedit foto dan hasilnya terpapar di atas setelah penulis melakukan teknik Effect pencil-drawing. kenyit

Perisian yang penulis gunakan ini mempunyai pelbagai teknik menarik yang boleh dipraktikkan ke atas foto kegemaran anda. Tutorialnya juga mudah dan senang untuk difahami. Anda tidak seharusnya berasa sedih lagi kerana tidak pandai menggunakan Adobe Photoshop kerana kini anda juga boleh mengedit foto anda dengan kreativiti anda tersendiri. Paling penting, ianya mendapat sentuhan jari anda dan pamerkan kepada rakan² anda. Lebih mengagumkan lagi, perisian ini adalah percuma. Perisian ini juga mempunyai plug in untuk anda pasang sekiranya anda sudah mahir menggunakannya. Teruja untuk mengedit foto anda sendiri?? Dapatkan perisian Photo Filtre sekarang juga. encem

Aug 27, 2007

Hello Bloggers

Rindunya penulis kat blog ini. Sepanjang cuti sekolah yang lalu, penulis tidak dapat mengupdate blog ini sebab komputer penulis 'kurang sihat'. Terpaksa laa penulis bercuti dari menulis blog. Semalam baru penulis mengambil komputer penulis di kedai. Harapan penulis agar komputer kesayangan penulis ini sudah kembali pulih seperti sedia kala. Penulis dan komputer umpama rakan akrab. Jika komputer penulis bermasalah, walanglah hati penulis. doa

Sewaktu penulis online YM pagi tadi, seseorang menegur penulis dan memberitahu bahawa dia sering membaca blog penulis. Katanya lagi, dia kecewa apabila mendapati blog penulis sudah beberapa hari tidak diupdate. Sungguh tidak penulis sangka, blog picisan ini punya 'peminatnya' tersendiri. Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak buruk penulis ini. InsyaAllah, penulis akan menulis entri yang bermanfaat buat saudari dan pembaca yang lain. senyumkenyit

Aug 20, 2007

Membina Blog Dalam Masa 30 Saat


Anda belum ada blog tetapi teringin untuk membuat blog?? Penulis ingin mengajak anda untuk menjenguk satu laman web yang menawarkan khidmat blog yang ringkas. Ianya sangat sesuai untuk orang yang mula berjinak² dengan dunia blog atau tidak punya cukup masa untuk membuat blog yang rumit. Blog ini dapat disiapkan dalam masa yang singkat, bergantung kepada kepantasan anda mencari idea untuk dimuatkan ke dalam blog. ihikhik

Blog ini menarik tetapi kelemahannya ialah ia tidak mempunyai fungsi komen. Tidak mengapa, setelah anda mahir berblog, anda boleh beralih pula memblog di Blogspot atau Wordpress.

Jika anda berminat, bangunkan weblog anda di Tumblr. Selamat berblog. Jangan lupa addkan link penulis di blog anda. kenyit

Aug 19, 2007

Membuang Garisan Pada Link

Eriyza's Blog
Eriyza's Blog

Letakkan tetikus anda pada link² di atas untuk melihat perbezaan.


Selalunya apabila anda membuat link pada laman web di blog / website anda, link tersebut didatangkan dengan garisan di bawahnya. Anda mungkin tidak gemar link yang bergaris. Jadi bagaimana hendak membuang garisan tersebut?? Penulis akan memberikan tips ini untuk anda. Mari kita lihat bagaimana caranya. senyumkenyit


Anda cuma perlu meletakkan kod seperti dibawah untuk membuang garisan tersebut.

Ini ialah kod link yang bergaris.

<A HREF="http://www.eriyzaqistina.blogspot.com">Eriyza's Blog</A>

Ini pula kod link tanpa garisan.

<A HREF="http://www.eriyzaqistina.blogspot.com" STYLE="TEXT-DECORATION: NONE">Eriyza's Blog</A>

Sila tukar tulisan yang berhuruf tebal dengan tulisan anda sendiri. Tulisan yang berwarna merah menunjukkan kod untuk membuang garisan pada link. sengihnampakgigi

Aug 18, 2007

Membuat Butang Untuk Link





Sila klik butang di atas.


Ada pembaca bertanya kepada penulis, adakah penulis seorang guru komputer. Penulis hanya tersenyum kerana penulis bukan seorang yang pandai bidang komputer. Ilmu yang ada pada penulis cuma sedikit dan yang sedikit inilah ingin penulis kongsikan bersama anda.

Sama seperti anda, penulis mencari ilmu melalui pembacaan dan penulis mencuba ilmu yang penulis rasakan bermanfaat. Penulis rasa ramai di antara anda yang memiliki website peribadi. Mari kita belajar koding HTML. Paparan di atas dinamakan membuat butang untuk link. kenyit


Cara²nya adalah seperti berikut :-

<FORM METHOD="LINK" ACTION="http://eriyzaqistina.blogspot.com">
<INPUT TYPE="submit" VALUE="Eriyza's Blog">
</FORM>

Gantikan ayat yang penulis tebalkan di atas dengan ayat anda sendiri. Selamat mencuba. sengihnampakgigi

Aug 17, 2007

Restart Windows Secara Mudah

Semakin lama semakin seronok pula berkongsi ilmu tentang komputer di blog ini. Penulis amat gembira apabila pelbagai jenis ilmu yang penulis adaptasikan disini, mendapat maklum balas positif daripada pembaca blog ini. Terima kasih kerana mencuba ilmu yang terdapat disini. Kali ini penulis mahu berkongsi pula cara untuk restart Windows secara mudah. Anda teruja nak belajar?? ihikhik

Cara²nya adalah seperti berikut :-
  • Klik kanan pada desktop komputer anda.
  • Pilih New -> Shortcut
  • Taipkan shutdown -r -t 0
  • Klik Next, dan berikan nama pintasan sebagai "Restart"
  • Klik Finish
Anda boleh menggunakan pintasan ini setiap kali anda mahu restart / reboot komputer anda. Mudah bukan?? senyumkenyit

Aug 16, 2007

Salin Fail Cara Mudah


Lazimnya apabila penulis hendak menyalin semula fail atau folder, penulis akan klik kanan pada fail / folder tersebut kemudian menekan butang copy. Selepas itu barulah diletakkan di dalam folder satu lagi. Cara ini sedikit melambatkan. Kini, ada cara yang lebih mudah dan penulis ingin berkongsi dengan pembaca blog ini. rindu

Jika anda mahukan opsyen Copy To pada klik kanan, anda boleh menyunting Registry
  • Klik Start -> Run
  • Taipkan regedit
  • Kembangkan (expand) ke fail² berikut:
  1. HKEY_CLASSES_ROOT
  2. AllFilesystemObjects
  3. shellex
  4. ContextMenuHandlers
  • Cipta Key baru dan namakan dengan Copy To. Klik dua kali pada string '(Default)'. Masukkan nilai berikut ke dalam Value data:

    {C2FBB630-2971-11d1-A18C-00C04FD75D13}
  • Klik OK
Sekarang klik kanan pada mana-mana fail atau folder dan lihat perkataan copy to seperti di dalam gambar tertera di skrin anda .

Cara ini lebih mudah dan cepat. Penulis sudah mencubanya dan ternyata ianya sangat menarik. Anda bila lagi?? nerd

Aug 15, 2007

Selamat Hari Lahir Ayahanda


Selamat Hari Lahir Buat Ayahanda Tersayang. Semoga ayahanda sentiasa sihat sejahtera. Semoga ayahanda dimurahkan rezeki. Semoga ayahanda bahagia dunia wal akhirat. Sesungguhnya ayahanda adalah ayah terbaik di dunia ini. Takkan ada galang gantinya. Anakanda dan seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Buat Ayahanda. cium


Always There For Your Daughter

Every day the whole year through,
I feel grateful you are my father.
Some fathers don't have time for their kids,
But for you I'm never a bother.

You always make the effort to listen and share;
You're always there when you're needed.
It warms me to know how much you care,
And with that knowledge my worries are defeated.

Dad, you are truly admired and adored,
And as your daughter, I hope that you know,
These sentiments fill me each day of the year,
And my love for you continues to grow.

Happy Birthday! love

Aug 14, 2007

Hosting Website


Tentu anda pernah terfikir hendak tahu sesebuah website itu dihostkan oleh siapa. Penulis telah menjumpai sebuah website yang membolehkan penulis untuk mencari siapa di sebalik tabir website kegemaran penulis. Walaubagaimanapun, ketepatan website ini memberikan maklumat tidak dapat dijamin seratus peratus. fikir

Anda cuma perlu menaip alamat website tersebut di dalam kotak yang tersedia dan tekan tell me untuk maklumat seterusnya. Sila ke website Who Is Hosting This untuk memulakan pencarian anda. encem

Aug 13, 2007

Horoscope


Penulis sebenarnya tidak berminat mana dengan Horoscope ni tetapi mungkin ada orang lain yang gemar dengan bahan sebegini. Bagi penulis, kehidupan kita sejak azali telah ditentukan oleh Allah. Cuma, sebagai insan yang punya aqal fikiran, kita perlu mencari sesuatu yang bermanfaat buat diri kita. Usah diturut jalan yang salah, pilih saja laluan yang betul. InsyaAllah, selamat dunia wal akhirat. cium


Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan Horoscope diatas, bolehlah berbuat demikian di We Love Widgets.

Aug 12, 2007

Menamakan Fail Dalam Satu Folder Mengikut Urutan


Apabila anda memuatturun gambar dari camera digital, kebiasaannya gambar itu dilabel secara huruf seperti D786, D787, D789 dan seterusnya. Begitu juga jika anda memuatturun gambar dari camera handphone, labelnya pula adalah mengikut tarikh seperti 20070707, 20070706, 20070705 dan sebaliknya. Jika gambar² tersebut adalah jenis berturutan, tentu lambat jika anda mahu menamakannya semula satu persatu. around
Prosedur untuk menamakan gambar² tersebut ialah seperti berikut.
  • Buka My Pictures atau mana² folder yang anda simpan gambar² tersebut.
  • Pilih semua gambar yang anda mahu namakan semula. Sekiranya gambar² yang ada disusun secara tidak teratur, anda tekan butang Ctrl dan klik gambar yang anda mahu.
  • Pada menu File di atas, klik Rename.
  • Taip nama baru dan kemudian tekan Enter.
Perhatikan folder anda sekarang. Semua gambar² tersebut sudah disusun mengikut nama yang anda taip. Sebagai contoh, jika gambar tersebut anda taip Keluarga dan kesemua gambar² di dalam folder itu akan dinamakan Keluarga 1, Keluarga 2 dan seterusnya.

Untuk makluman anda, teknik ini bukan hanya boleh digunakan untuk menamakan semula gambar, bahkan anda juga boleh menggunakannya untuk menamakan perisian yang lain pada folder anda. Selamat mencuba. encem

Aug 11, 2007

Keyboard Pada Skrin Komputer

Tahukah anda bahawa kita boleh menaip tanpa menggunakan keyboard?? Cuma perlukan mouse dan klik butang² huruf pada on-screen keyboard. Perkhidmatan ini ditawarkan hanya untuk Windows XP. Namun, menaip di on-screen keyboard tidak sebagus menaip di keyboard biasa. Anda mahu cuba?? ketukmeje

Caranya mudah saja.
  • Klik butang start.
  • Pilih run.
  • Taip perkataan osk dalam kotak.
  • Klik ok.
Sekarang paparan on-screen keyboard akan terpampang pada pc anda. Anda boleh laa gunapakai. Siap. ihikhik

Aug 10, 2007

Asal Usul Lagu Negaraku


Lagu Trang Bulan

Lagu Negaraku
Sila dengar kedua² lagu tersebut dan cari persamaannya. cium

Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan, yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. kenyit

Lirik Negaraku

Versi Rumi

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Versi Jawi

نڬاراكو
تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا


Berikut ialah lirik lagu Trang Bulan.

Lirik Trang Bulan

Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali,
Buaya Timbul, Disangkalah Mati
Jangan Percaya Mulutlah lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Jangan Percaya Mulutlah Lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!

Adakah benar lagu kebangsaan negara kita disadur dari lagu Mamula Moon (Trang Bulan)?? Kenapa tidak dicipta sahaja sebuah lagu yang boleh memartabatkan negara kita?? Penulis musykil tentang hal yang satu ini. Penulis banyak sangat berfikir agaknya. fikir

Sumber Rujukan :
Lagu Trang Bulan
Original Mp3 Trang Bulan

Aug 9, 2007

Pencipta Bendera Malaysia


Inilah wajah pencipta bendera Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Beliau ialah allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira² 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman. encem


Salinan lakaran ini dipercayai adalah hasil karya allahyarham yang telah dihantar ke Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan tersebut.


Dokumen ini telah ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed Bin Hamzah dan tandatangan yang terdapat pada dokumen ini dan lakaran bendera di atas adalah sama. senyum

Berdasarkan kepada penemuan ini, besar kemungkinan bahawa pencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah allayarham Mohamed Bin Hamzah. menari

Note : Diedit dan diolah semula oleh penulis dari website asal.

Sumber Rujukan :
Heritage Malaysia
Anniversary Of Malaysia's National Day

Aug 8, 2007

Pertemuan




Syukur alhamdulillah. Hanya itu yang mampu penulis ucapkan ke hadrat Allah Yang Maha Esa. Segala puji-pujian hanya buatNya yang memiliki seluruh isi bumi dan langit. Setelah sekian lama, hari ini penulis diberi kesempatan untuk bertemu seorang sahabat. Beliau bukan saja sahabat penulis, malahan merupakan guru yang banyak mengajar penulis ilmu dunia dunia dan akhirat. peace


Pertemuan sulung kami berlangsung di sebuah gerai Otak² dan Satar. Meskipun pertemuan itu hanya berlaku di dalam masa yang singkat iaitu kira² satu jam, namun penulis sudah cukup berpuas hati. Tak dapat penulis gambarkan perasaan seronok penulis kerana dapat menemui insan bertuah ini. Doa dan harapan penulis agar ukhwah yang terbina ini sentiasa berkekalan selamanya. InsyaAllah. senyum