Feb 27, 2008

Lagu Tema Windows



Pernahkah anda mendengar lagu tema rasmi Windows?? Jika pernah, anda mungkin sudah mengetahui cara mencarinya. Sekiranya belum, anda perlu membaca topik ini sehingga habis. Penulis akan berkongsi dengan anda cara untuk mencari muzik yang tersembunyi itu. marisini


Lagu rasmi ini tersembunyi di dalam fail di dalam sistem komputer anda. Sila ikuti langkah² dibawah ini untuk mencari fail muzik tersebut.
  • Buka My Computer
  • Pilih Local Disk (C:)
  • Cari fail Windows
  • Pilih fail System32
  • Pilih fail Oobe
  • Pilih fail Images
  • Cari mp3 yang berjudul Title
Siap. Anda sudah menemui lagu Windows yang diberi nama Microsoft - Windows Welcome Music. Muzik ini panjangnya 5 minit 24 saat. Selamat mendengar. Semoga terhibur. cium

Feb 26, 2008

Bermain Sambil Menderma


Di Malaysia, makanan melimpah ruah sehingga kadangkala ianya dibazirkan begitu saja. Tidakkah anda terfikir betapa berharganya nilai sesuap nasi di negara miskin?? Lebih teruk lagi, masalah kebuluran membawa kepada kematian yang menyayat hati. Justeru itu, mari kita menderma beras kepada mereka yang miskin dengan hanya bermain permainan meneka perkataan di dalam talian. tepuktangan


Permainan ini sangat mudah dimainkan. Anda cuma perlu meneka maksud perkataan yang diberi. Setiap kali jawapan yang anda teka betul, 20 biji beras akan didermakan. Selain daripada dapat belajar perkataan baru, anda juga telah melakukan kebajikan. Penulis akan bermain permainan Freerice ini jika berkesempatan dan selalunya jawapan penulis tepat.

Anda mahu tahu rahsia kejayaan penulis menjawab dengan tepat?? Penulis menggunakan kamus di dalam talian untuk mencari jawapannya. Anda boleh mencari makna setiap jawapan di Dictionary. Ayuh kawan², mari kita bermain sambil menderma. Bantulah insan yang memerlukan. marisini

Feb 25, 2008

Bersihkan Sistem Komputer


Setiap kali anda menggunakan pelbagai aplikasi program di dalam Windows, maka fail sementara (temporary file) akan wujud. Setelah anda menutup program tersebut, fail sementara tadi masih kekal di situ. Ianya tidak akan padam selagi anda tidak membersihkannya. Sekiranya dibiarkan, ia akan menjadi semakin banyak dan membazirkan ruang hard disk anda. garupale


Penulis suka untuk menyarakan anda agar menggunakan perisian CCleaner bagi tujuan membersihkan fail sementara tersebut. Ia sangat bagus untuk memadamkan sejarah (history) Firefox, Opera serta pelbagai aplikasi lain seperti MS Office, Nero, Adobe Acrobat dan lain². Selain itu, ia juga boleh membaiki data Registry.

Komputer anda akan menjadi lebih pantas dan ruang di dalam hard disk bertambah setelah ia digunakan. Jika anda belum pernah mencubanya, bolehlah menggunakannya sekarang. Seperkara lagi, perisian ini adalah antara program kegemaran penulis. senyumkenyit

Feb 24, 2008

Teks Berdasarkan Jenama Terkenal


Jenama memainkan peranan penting untuk melariskan sesuatu produk. Oleh sebab itu, pemilihan nama yang menarik untuk barangan yang ingin dipasarkan amatlah perlu dititikberatkan. Jika produk itu telah popular, jenamanya juga akan menjadi ikutan ramai. star


Penulis ingin memaklumkan sebuah laman web yang membolehkan anda meniru tulisan teks dari jenama terkenal. Ia didatangkan di dalam lima kategori iaitu Movie, TV, Game, Brand dan Music. Anda boleh memilih warna latar belakang, warna tulisan dan juga saiz tulisan yang digemari. Walaubagaimanapun, laman web Font Parody ini menggunakan bahasa Korea tetapi masih boleh difahami. kenyit

Feb 23, 2008

Kalendar 2008


Windows Live Messenger telah menerbitkan kalendar yang sangat menarik untuk diletakkan di desktop. Anda juga boleh menjadikan kalendar tersebut sebagai penghias skrin. Rekaan grafiknya yang meliputi musim tertentu sangat menarik. Ia didatangkan di dalam resolusi skrin bersaiz 1024x768. kenyit


Anda boleh memuatturun kalendar ini secara percuma di Calendar Windows Live Messenger. Tunggu apa lagi?? Muatturunlah sekarang. ihikhik

Feb 21, 2008

Tingkatkan Kepantasan Memuatturun


Setiap kali anda memuatturun apa saja bahan dari internet samada gambar, lagu atau video, perisian apakah yang anda gunakan?? Adakah anda cuma menggunakan khidmat browser sedia ada seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox?? Kadangkala memuatturun bahan menggunakan browser biasa agak lambat. tension


Oleh yang demikian, penulis lazimnya menggunakan perisian tertentu untuk melajukan proses memuatturun bahan² kegemaran penulis dari laman web tertentu. Penulis sudah memuatturun hampir kesemua episod anime Slam Dunk dari Veoh dengan menggunakan perisian tersebut. Di dalam satu masa, penulis memuatturun tiga episod sekaligus dan hasilnya sangat mengagumkan.

Penulis tidak perlu menunggu lama untuk menonton beberapa episod yang diingini. Apatah lagi, kini ia menawarkan perkhidmatan untuk memuatturun fail berformat .flv. Kerja memuatturun penulis menjadi semakin mudah. Perisian yang menarik ini ialah Internet Download Manager. Anda pasti seronok menggunakannya. menari

Feb 19, 2008

Tingkatkan Kemahiran Menaip


Berapa lajukah anda dapat menaip sesuatu artkel dalam masa seminit?? Berapa banyak pula kesalahan yang anda lakukan sepanjang menaip artikel tersebut?? Adakah anda menggunakan kesemua jari kanan dan kiri sepanjang proses menaip?? Masihkah anda melihat papan kekunci sewaktu menaip?? Jika ya, anda perlu terus berlatih untuk memantapkan kepantasan menaip tanpa kesalahan mahu pun melihat papan kekunci. ihikhik


Penulis tidak menggunakan semua jari, cuma jari manis kanan dan jari hantu kiri digunakan sepenuhnya sewaktu menaip. Tahap menaip penulis pula ialah sederhana. Oleh yang demikian, penulis gemar menguji tahap kepantasan menaip penulis di satu laman web.

Ia memaparkan tahap kepantasan menaip dan juga kesalahan yang dilakukan sepanjang proses itu. Setiap kesalahan ejaan ditanda dengan warna merah manakala ejaan yang betul pula berwarna hitam. Setiap kali anda ingin mula menaip ia akan berwarna hijau. Penulis fikir cara ini bagus untuk melatih jari kita agar lebih pantas. Anda boleh menguji tahap kecekapan anda menaip di Keybr. rindu

Feb 18, 2008

Bikin Penghias Skrin


Adakah anda teringin membuat penghias skrin (wallpaper) sendiri?? Jika anda berpeluang membuatnya, anda boleh menghiasnya mengikut kreativiti sendiri. Anda boleh memilih latar belakang, gambar dan aksesori yang bersesuaian dengan citarasa anda. Peralatan untuk mengubahsuainya juga disediakan. sengihnampakgigi


Penulis memilih gambar Hillary Duff sebagai penghias skrin dengan corak abstrak sebagai latar belakangnya. Penulis tidak menambah sebarang aksesori kerana merasakan ia sudah cantik dipandang. Anda juga boleh membuat penghias skrin di Wallpaper Maker. kenyit

Feb 16, 2008

Permainan Online : Disney Coloring Book


Pelawat yang mengunjungi blog ini bukan hanya orang² dewasa, malah kanak² di bangku sekolah juga ada yang mengikuti perkembangannya. Justeru, untuk menghargai anak² kecil yang sering ke sini, penulis ingin memberikan hadiah berupa permainan di dalam talian untuk mereka. love


Karektor watak kartun Disney sangat digemari oleh kanak², penulis merasakan permainan ini sangat sesuai untuk dimainkan oleh mereka. Cara permainan ini dimainkan sangat mudah, anda cuma perlu mewarna watak kartun yang ada. Pelbagai pilihan warna disediakan dan anda cuma perlu memilih warna yang bersesuaian. Setelah lukisan maya itu siap, anda boleh mencetaknya untuk dijadikan hiasan di bilik tidur. Cubalah mewarna Disney Coloring Book, ia pasti menyeronokkan. cium

Feb 14, 2008

Pilih Teks Secara Menegak


Selalunya penulis menggunakan Microsoft Word untuk menulis surat samada rasmi atau tidak rasmi. Ada waktunya penulis juga menggunakan kaedah salin dan tampal daripada sumber yang lain. Kadangkala penulis perlu mengedit beberapa bahagian yang dirasakan tidak perlu. Bagaimana hendak mengedit bahagian yang menegak ke bawah?? Jika kita cuba mewarnakan (highlight) bahagian itu, ia akan termasuk sekali bahagian yang kita ingini. gigil


Justeru, penulis mempunyai penyelesaian untuk menghadapi masalah ini. Anda cuma perlu menekan butang ALT tanpa dilepaskan dan halakan tetikus anda pada ayat yang ingin anda salin, pindah atau padam.


Inilah contoh ayat yang telah penulis padam dari ayat asal. Penulis membuang 2 baris ayat yang pertama dengan keedah yang penulis ajar tadi. Anda juga harus mencubanya. encem

Feb 13, 2008

Semakan Daftar Pemilih


Parlimen dibubarkan pada hari ini. Bahang pilihanraya ke 12 semakin dirasakan. Di sepanjang jalan, bendera pelbagai parti politik dari kerajaan sehingga barisan alternatif mewarnai suasana. Penulis percaya sehari dua lagi, poster dan banner akan mula dinaikkan untuk menghangatkan lagi demam pilihanraya. Perang poster akan bermula sebagai satu wadah memperjuangkan parti politik masing². menari


Di dalam keghairahan kita menantikan detik membuang undi, adakah anda sudah menjalankan tanggungjawab anda dengan menyemak nama anda di daftar pemilih?? Kalau mahu mendaftar sekarang, sudah terlewat kerana anda tidak boleh mengundi untuk tahun ini. Justeru, adalah penting untuk anda mendaftar sebagai pemilih jika sudah genap usia 21 tahun. Jangan menunggu sehingga detik akhir, baru hendak mendaftar. Penulis telah menyemak nama penulis dan maklumatnya terpapar dengan teratur. Nampaknya penulis akan bersama² memeriahkan warga masyarakat yang lain untuk menunaikan tanggungjawab pada negara.

Dulu, laman web Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia cuma berlatar belakang putih dan cukup ringkas. Kini, ia diubahsuai dengan banner yang cantik dan latar belakang berwarna kelabu. Bagi anda yang telah mendaftar, bolehlah menyemak maklumat diri anda sekarang. Jangan lupa pergi mengundi. Pilihlah pemimpin yang betul. cium

Feb 12, 2008

Email Peringatan


Adakah anda seorang yang sibuk dengan pelbagai tugasan seharian?? Pernahkah anda terlupa tarikh berserta agenda penting gara² tidak mencatatkannya di dalam diari?? Justeru, anda mungkin memerlukan perkhidmatan email peringatan untuk memastikan tarikh dan agenda penting yang perlu anda lakukan tidak terlepas lagi.


Anda boleh memilih tarikh dan juga masa untuk email tersebut dihantar. Email peringatan ini boleh dihantar di Forlater. Selamat mencuba.

Feb 10, 2008

Alunan Irama Lai Sheng Yuan


Lagu ini antara lagu kegemaran penulis. Pertama kali penulis mendengar lagu ini di dalam drama bersiri Hong Kong berjudul The Edge Of Righteousness. Drama hebat ini dibintangi oleh Alex Man, Dicky Cheung, Athena Chu, Monica Chan dan Jessica Hester Shuan. Lagu ini berjudul Lai Sheng Yuan / Li De Hua dan dinyanyikan oleh penyanyi tersohor Hong Kong iaitu Andy Lau. Alunan gemalai erhu menyedapkan lagi melodi lagu ini.

Jom layan lagu ini yang dinyanyikan oleh beberapa orang penyanyi.


Versi Drama The Edge Of Righteousness



Versi Andy Lau


Versi Aaron Kwok

Selamat mendengar. Semoga terhibur.

Feb 8, 2008

Enjin Pencarian Untuk Video Klip


Video klip adalah antara bahan yang sering menjadi kegemaran pengguna di internet untuk dimuatturun. Ada banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan video klip. Walaubagaimanapun, mencari video klip kegemaran anda dari satu web ke web yang lain kadangkala membosankan. Sebenarnya anda boleh mencari video klip dari pelbagai laman web dengan menggunakan enjin pencarian yang betul. kenyit


Enjin pencarian ini membolehkan anda mencari video klip dari pelbagai laman web seperti Veoh, Youtube, Myspace, Sivoo, Web Video dan lain² lagi. Anda cuma perlu masukkan kata kunci video klip yang ingin dicari. Selepas itu, paparan video yang ada akan terpampang berserta paparan prasiarnya. Anda boleh memulakan pencarian video klip anda di Blinkx. encem

Feb 7, 2008

Dari Teks Ke Link


Kadangkala apabila kita menulis alamat blog / laman web, ianya tidak ditukarkan terus ke format yang membolehkan pautan (link) itu diklik terus ke lamannya. Justeru, anda perlu memastikan setiap alamat web itu diformatkan ke kod HTML untuk membolehkan ianya diklik. Apa kata kalau anda biarkan generator saja yang menguruskannya penukaran formatnya?? setan


Anda cuma perlu menulis setiap alamat web yang dikehendaki, kemudian klik butang Make Clickable!. Selepas itu, kesemua teks tadi telah bertukar ke format pautan yang sepatutnya. Seterusnya, anda cuma perlu memilih untuk membuka semua pautan sekaligus dengan menekan butang Open checked links!!. Jika tidak mahu kesemua pautan dibuka serentak, hilangkan saja tanda dalam kotak yang ada. Cara ini sangat berkesan jika anda ingin memuatturun fail yang berturutan. Tukarkan teks kepada pautan di Linkrr. kenyit

Feb 6, 2008

Permainan Online : Crossword


Anda gemar bermain teka silangkata?? Anda mampu menyelesaikan semua silangkata dengan sukses?? Permainan ini mampu menguji minda dan membuatkan seseorang itu berfikir lebih kreatif. Penulis ingin mengajak anda yang gemarkan permainan ini untuk mencubanya di dalam talian. topi


Permainan ini boleh diselesaikan di dalam bentuk menegak dan melintang. Menariknya ia tidak disertakan sebarang klu dan anda perlu berfikir beberapa perkataan yang difikirkan sesuai untuk mengisi kotak yang ada. Anda akan diberi beberapa abjad di sebelah kanan dan abjad pilihan anda cuma perlu diklik untuk diisi di dalam kotak. Beberapa abjad telah diberi di dalam kotak untuk memberi anda sedikit panduan.

Walaubagaimanapun, semakin susah permainannya, semakin sedikit pula abjad yang diberi di dalam kotak. Permainan ini bermula dengan peringkat Beginner, Easy, Normal, Hard dan Expert. Sekiranya anda buntu untuk menyelesaikannya, tekan saja butang Give Up dan jawapan akan diberi. Penulis sarankan anda mencuba permainan ini kerana ia menyeronokkan. Anda boleh bermain silangkata di Crossword. nerd

Feb 5, 2008

Cetak Skrin


Tahukah anda bahawa kebanyakkan paparan gambar yang penulis letakkan di blog ini diambil dengan menggunakan perisian cetak skrin (screenshot)?? Bagi penulis, perisian ini mudah untuk digunakan dan paparannya juga menarik. Perisian ini adalah antara bahan penting yang menjadi kegemaran penulis ketika membuat blog. Jadi, anda mungkin berminat dengan perisian ini. kenyit


Perisian ini membolehkan anda mencetak skrin pada desktop / blog / laman web. Ianya boleh dilaras dan anda boleh memilih kawasan yang anda ingin cetak saja. Selain itu, anda juga boleh menambah anak panah, teks, bingkai dan mewarnakan gambar tersebut. Kemudian, anda boleh memilih untuk menyimpannya di screencast, flickr, ftp dan fail. Justeru, kerja anda menjadi semakin mudah dengan perisian ini. Selain boleh dicetak sebagai imej, ia juga boleh dijadikan video. Muatturun dan nikmati kemudahan ini di Jing Project. Anda pasti berpuashati. menari

Feb 4, 2008

Bandaraya Warisan Pesisir Air


Petang semalam, penulis membawa ahli keluarga penulis yang lain ke Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air. Tujuan kami ke sana hanyalah sekadar untuk bersiar² sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan antara kami. Alhamdulillah, ayahanda sudah sihat dan dia kelihatan gembira dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak²nya. Penulis bertolak agak lewat dan tiba di sana ketika senja sudah menampakkan diri. Kami sempat pergi ke Mydin Mall. Susah sungguh hendak mendapatkan lot parking disini, setelah puas berpusing², akhirnya ada juga parking kosong. gigitjari


Setelah membeli serba sedikit di Mydin, kami tinggalkan gedung membeli-belah yang tersohor itu. Sewaktu menaiki Jambatan Sultan Mahmud, penulis melihat keindahan Masjid Kristal di seberang laut Pulau Duyung. Kami tidak berkesempatan untuk ke sana kerana perlu pulang. Penulis kemudiannya menghala ke pusat bandar sewaktu rembulan sudah menjengah. Suasana di Kuala Terengganu lengang, tidak seperti di bandar penulis. Lantas penulis terfikir sejenak, Bandaraya ini bagaikan kota mati, tidak sesak seperti yang penulis gambarkan. Lalu lintasnya lancar, tiada sebarang masalah. Nampaknya kehidupan di bandar kecil kami lebih sibuk dari Bandaraya ini.

Setelah puas meronda di Bandaraya, kami pun pulang semula ke Kemaman. Kami singgah di kedai Lempeng untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong. Lempeng di sini boleh tahan sedapnya tetapi nasi minyaknya kurang sedap. Walau apa pun, syukur dengan rezeki yang ada.

Penulis membayangkan Bandaraya Terengganu sesibuk Kuantan namun sangkaan itu meleset sama sekali. Masih banyak kemudahan infrastruktur perlu dibangunkan dan projek pembangunan perlu giat dilaksanakan. Penulis berharap pada kunjungan kali kedua nanti setelah Terengganu menjadi Bandaraya, senarionya akan berubah. Pengalaman kali pertama ke Terengganu setelah dinobatkan sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air hanya boleh dikatakan sebagai boleh tahan saja, belum boleh dikatakan bagus. Namun, tempoh masa sebulan bergelar Bandaraya belum cukup untuk dinilai sejauhmana kehebatannya. Semoga Terenganu terus maju dan makmur. ihikhik