Feb 25, 2009

Cara Buat Favicon


Ada sesetengah bloggers baru seperti Adanzz dan mungkin juga lama masih belum dapat membuat favicon pada blog mereka. Penulis suka untuk berkongsi dengan cara yang paling mudah untuk membuatnya berbanding cara yang pernah penulis tulis dulu. Tujuannya agar anda lebih senang faham.


Mula² anda perlu mencari ikon yang sesuai untuk dijadikan favicon. Saiz yang disarankan ialah 16x16. Penulis menggunakan ikon dari Iconlook untuk tutorial kali ini. Jom, belajar cara untuk membuatnya.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari </head> dan letakkan kod ini di bawahnya.

<link href='http://www.icon.com/myicon.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
Jika anda menggunakan favicon sendiri, gantikan saja http://www.icon.com/myicon.png di atas dengan ikon anda sendiri. Penulis menyediakan lima favicon untuk anda pilih. Gantikan sahaja kod yang penulis jadikan contoh di atas dengan salah satu kod² ini.


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/apps/access.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/actions/lock.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/actions/agt_home.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/apps/important.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/actions/cnr-pending.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
5. Preview.

6. Save template jika berpuashati dengan favicon tersebut.

Selamat mencuba. Tinggalkan komen kalau berjaya buat. 

Feb 23, 2009

Membuat Mukasurat Dalam Blog


Minggu lepas Sisyahid bertanyakan kepada penulis tentang cara untuk membuat mukasurat atau pages di dalam blog. Setakat ini, Blogspot belum menyediakan servis seperti itu yang ada di Wordpress. Namun begitu, anda masih boleh membuat mukasurat anda sendiri dengan menggunakan perkakas sedia ada.


Lazimnya penulis akan membuat mukasurat dengan cara² yang bakal penulis tunjukkan sebentar lagi.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih New Post.

3. Tulis topik yang anda ingini sama ada Penulis, Hubungi, Email atau apa² saja.

4. Pada bahagian Post Options, ubah tarikhnya agar topik itu tidak muncul di paparan hadapan blog anda. Misalnya tarikh hari ini 23/02/2009, anda tukarkan saja ke 23/01/2009. Seterusnya Publish Post tersebut.

5. Sekiranya blog anda ada menu navigasi seperti contoh di bawah, anda cuma perlu pautkan sahaja topik yang anda buat tadi ke situ.


Kalau menu navigasi tersebut tiada, anda boleh membuat menu navigasi online atau dengan mengikuti langkah² di bawah.

1. Layout - Page Elements.

2. Add A Gadget - Pilih Link List.

3. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam kotak tersebut berdasarkan mukasurat yang telah anda buat tadi.

Contoh :

Title = Pages
New Site URL = http://eriyzaqistina.blogspot.com/2009/01/penulis.html
New Site Name = About Me

4. Kemudian klik Save.


Inilah hasilnya.

Siap. Itu saja caranya. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Feb 21, 2009

Kamus Multi Bahasa


Kamus merupakan antara bahan ilmiah yang penting bagi seseorang terutamanya pelajar. Kamus digunakan apabila anda ingin mencari makna untuk sesuatu perkataan. Kebiasaannya kamus yang disediakan hanya menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu atau sebaliknya. Kali ini penulis ingin memperkenalkan kamus multi bahasa.


Kamus ini menyediakan beberapa bahasa untuk diterjemahkan.
Antaranya ialah :-

German to English English to German
French to English English to French
Italian to English English to Italian
Japanese to English English to Japanese
English to Arabic Kanji (Japanese Fonts)
Oxford Advance Learners Collins Cobuild English
WordNet English Britanica Concise

Selain itu, anda juga boleh meletakkan widget kamus ini di blog anda. Salin dan tampal saja kodnya di blog anda.

<script type="text/javascript" src="http://kamus.or.id/wizdict.php">
</script>

Selamat membuat rujukan tentang makna tertentu di Kamus.Or.Id.

Feb 19, 2009

Cari Ikon Dengan Iconlook


Ikon² yang menarik kadangkala membantu mencantikkan lagi penampilan sesebuah blog. Justeru, jika anda sedang mencari ikon² pelbagai saiz, maka anda patut menghabiskan bacaan pada topik ini.


Ikon² yang terdapat di dalam laman web ini ditawarkan di dalam tujuh saiz. Dari saiz sekecil 12x12 sehinggalah 128x128. Jadi, anda boleh memilih saiz yang sesuai untuk digunakan di dalam blog anda. Layari Iconlook untuk mendapatkan ikon² yang cantik.

Feb 18, 2009

Membuat Butang Cetak Artikel


Blog anda banyak informasi?? Barangkali isi kandungan blog anda juga dijadikan rujukan oleh orang lain. Justeru, anda disarankan agar memasukkan widget yang membolehkan artikel anda dicetak. Ini akan memudahkan pelawat blog anda untuk mencetak topik yang mereka gemari.


Cara² untuk membuatnya ialah :-

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari </head> dan letakkan kod ini diatasnya.

<style media='print' type='text/css'>
#header-wrapper, #header, .header, #sidebar-wrapper, .sidebar, #footer-wrapper, #footer, .date-header, .post-meta-data, .comment-link, .comment-footer, #blog-pager, #backlinks-container, #navbar-section, .subscribe_notice, .noprint {display: none;}
#main-wrapper {width: 95%}
</style>

5. Cari <data:post.body/> atau <p><data:post.body/></p>, tampal kod ini dibawahnya.

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<span style='background: url(http://bloggerbuster.com/images/print.gif) left no-repeat; padding-left: 20px;'><a href='javascript:window.print()'>Cetak Artikel Ini</a></span>
</b:if>

6. Save template.

Butang 'Cetak Artikel Ini' hanya akan kelihatan apabila anda membuka keseluruhan topik tersebut. Pelawat hanya perlu klik pada ayat itu untuk mula mencetak.

Nota : Sekiranya <data:post.body/> atau <p><data:post.body/></p> ada lebih dari satu, anda letakkannya dibawah kod yang pertama. Selamat mencuba.

Via : Amanda

Feb 17, 2009

Putih Kuning Blogku

eriyza's blog - http://eriyzaqistina.blogspot.com
Setelah beberapa purnama menggunakan blog bertemakan Simple Red Template garapan Ien, kini penulis menukar lagi tema blog ini. Kali ini penulis menggunakan tema My Yellow Face sentuhan Marzuki pula. Jika anda pengunjung tegar blog ini, anda pasti sudah lali dengan kegemaran penulis menukar tema blog.


Lazimnya, penulis akan mengedit tema baru blog penulis dengan menambah widget tertentu. Antara lain tujuannya adalah untuk memahirkan diri di dalam pengolahan skrip CSS dan HTML. Bak kata pepatah inggeris 'practice makes perfect'. Ada kalanya tema yang penulis edit sudah jauh berubah dari bentuk 'fizikal'nya yang asal namun kredit kepada tuan asal tidak pernah penulis buang. Bagi penulis, mengedit tidak salah tetapi hak cipta orang lain perlu dihormati.

Justeru, kalau berminat untuk mendapatkan tema blog seumpama ini, anda boleh berkunjung ke blog Dilarang Melarang untuk mendapatkan kod xmlnya. Sekali lagi penulis ingatkan, anda boleh mengedit sesuka hati anda tetapi jangan dibuang penghargaan terhadap tuannya. Bayangkan jika karya anda diakui oleh orang lain sebagai milik mereka, tentu anda sakit hati bukan?? Jadi, hormatilah karya orang lain jika anda seorang bloggers yang bagus.

Nota : Penulis dan Marzuki bukan orang yang sama kerana kami berlainan jantina mahu pun fizikal. Penulis berharap tiada lagi orang yang keliru tentang hal ini hanya kerana layout blog kami serupa. Harap maklum.

Feb 16, 2009

Membuat Pesanan Di Setiap Topik


Kali ini penulis mahu berkongsi cara² untuk membuat pesanan pada setiap topik. Antara tujuan pesanan ini ialah anda boleh menulis kata² hikmah, pengumuman tentang sesuatu isu atau meletakkan iklan yang bersesuaian. Cara membuatnya juga senang. Ayuh, kita belajar bersama kerana tutorial ini juga untuk rujukan penulis sendiri.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3.
Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <data:post.body/> dan letakkan kod ini dibawahnya.

<hr/><center>
<b>Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih. Mahu mengetahui sesuatu tentang penulis?? Kunjungilah blog peribadi penulis di <blink><a href='http://eriyza.aeropama.com/' target='_blank'>Inspirasi Dari Kisah Benar</a></blink></b>
</center><hr/>

Tukarkan ayat yang penulis tebalkan dengan ayat anda sendiri.

5. Save template.

Siap. Mudah sajakan?? Anda tentu boleh buat. Ada sebarang komen??

Feb 15, 2009

Tag Dari Firdaus


Hantu wujudkah?? Sepengetahuan penulis, syaitan dan makhluk halus sahaja yang ada dan tidak boleh dipandang dengan mata kasar. Malangnya mengapa hantu juga yang sering digembar-gemburkan di dalam masyarakat hari ini?? Selain dari bertujuan untuk menakutkan seseorang, apakah motif sebenar ianya disebarkan?? Justeru, usah asyik fikir pasal hantu sedangkan tanggungjawab kita pada agama lebih utama. Penulis ditag oleh Firdaus tentang spesis hantu.


Soalan² tag ialah :-

Hantu apa tidak berjalan tapi meloncat.
- Hantu Cina

Kenapa toyol suka mencuri?
- Sebab miskin

Di kampung korang ada x sape2 bela hantu?
- Entah

Hantu apa paling korang takut?
- Kacang Hantu

Hantu apa pandai bersilat?
-

Kenapa orang suka jerit kalau jumpa hantu?
- Tidak tahu

Korang pernah jumpa hantu x?
- Soalan tidak relevan

Apa yang korang buat kalau jumpa hantu?
- Tiada kaitan

Hantu apa dari keturunan bangsawan dan suka hisap darah?
- Drakula

Dimana biasa orang jumpa hantu?
- Tidak pasti

Passkan/forward ke 10 blogger saje yang dikehendaki...WAJIB..
- Tepulanglah pada mana² bloggers yang membaca tag ini untuk menjawabnya.

Feb 13, 2009

Chat Room Dalam Blog


Chat

Anda mempunyai ramai kenalan dari kalangan bloggers?? Mungkin juga rakan² bloggers anda adalah teman sepejabat atau pun sekolej anda. Justeru, mungkin banyak benda yang boleh anda bualkan bila bersua mereka di alam siber. Apa kata anda letakkan saja widget chat room untuk chatting di blog anda.


Widget ini sangat mudah untuk digunakan. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Selepas itu anda boleh memilih nama chatroom anda, meletakkan kategori dan tags. Malah anda boleh memilih tema yang terdiri daripada tiga kategori umum iaitu Classic, Color dan Custom. Anda juga boleh menentukan saiz tinggi dan lebarnya sebelum disimpan. Selepas itu, masukkan saja kodnya ke dalam blog anda.

Anda boleh chat di laman utama atau memberikan mesej peribadi kepada kenalan anda. Anda juga boleh memilih jenis tulisan serta status yang anda kehendaki. Ayuh, chatting bersama rakan² dengan menggunakan Chat99. Sebagai permulaan, anda boleh chatting di blog penulis ini.

Feb 11, 2009

Cerita Tentang 1001 Impian


Sila tunggu flash siap sebelum menonton.

Flash animasi ini adalah antara flash yang penulis gemari. Peceritaannya yang berturutan disertai dengan animasinya yang menarik membuatkan penulis menontonnya berulangkali. Selain itu, ia juga turut menjadi perhatian pelawat² blog ini. Malah ada yang mengakui bahawa mereka ke blog ini untuk menonton flash ini selain membaca tutorial penulis.


Antara lain, motif flash ini ialah mengajar kita agar berusaha untuk mencapai impian. Jangan mudah berputus asa meskipun perjuangan kita menghadapi kesukaran pada mulanya. Buat anda yang belum melihat flash The Story Of 1001 Wishes ini, ambil sedikit masa untuk menontonnya. Berikan ulasan anda terhadap flash ini. Terima kasih.

Feb 10, 2009

Anugerah Dari Daus


Penulis mendapat Awards For Best Bloggers dari Daus. Terima kasih diucapkan kepadanya kerana sudi menghadiahkan anugerah ini kepada penulis. Namun, beberapa soalan perlu dijawab sebelum anugerah ini boleh ditampal di blog ini.


Antara soalan²nya ialah :-

Kenapa suka datang ke DausCoret Blog?
- Lawatan sesama rakan bloggers.

Adakah korang suka award ni?
- Suka

Apa korang panggil shoutbox "aku"(daus)?
- Kurang faham soalan ini.

Adakah korang baca keseluruhan coretan atau hanya separuh?
- Bergantung pada topik yang ditulis.

Passkan/share dengan 3 atau lebih bloggers kegemaran anda.
- Semua rakan di pautan dan followers penulis berhak mendapat award ini.

Buat satu posting mengenai award ni, boleh x?
- Percubaan yang menarik. Masih boleh diperbaiki untuk menjadikannya lebih bagus.

Itu saja untuk kali ini.

Feb 9, 2009

Halang Klik Kiri Pada Gambar

Cuba klik gambar di atas.

Lazimnya bloggers mahukan kod untuk mematikan fungsi klik kanan atau disable right click tetapi Oshinz yang comel telah bertanyakan tentang kod untuk mematikan klik kiri pada gambar. Justeru, penulis telah mengerah tenaga Pakcik Google dan sekelip mata kod itu telah berjaya penulis perolehi. Penulis andaikan anda telah menggunakan fungsi matikan klik kanan di dalam blog anda sebelum menggunakan kod menghalang klik kiri pada gambar ini.


Anda perlu melakukan cara ini secara manual untuk setiap gambar yang anda ingin matikan klik kiri.

1. Tulis topik seperti biasa.

2. Muatnaik gambar dari komputer atau web lain.

3. Pilih tab Edit HTML untuk mengedit kod gambar.

Contoh kod gambar adalah seperti berikut :-

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNQgokdDFTjQpXbRx3L1xCV50Of9v7p5VRwMIgLziSxGiQjczBy5bd1vVU_prLFTtxhu3eH5ax_hihRZdqOkJf-A_k5ghyQRMG6FDUIkNFGJ6eCSMqykC4EMo7SAwQ54HnkO7JrA/s1600-h/Dont_Steal.gif"><img id="BLOGGER_PHOTO_ID_5300696122767253986" style="DISPLAY: block; MARGIN: 0px auto 10px; WIDTH: 400px; CURSOR: hand; HEIGHT: 285px; TEXT-ALIGN: center" alt="" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNQgokdDFTjQpXbRx3L1xCV50Of9v7p5VRwMIgLziSxGiQjczBy5bd1vVU_prLFTtxhu3eH5ax_hihRZdqOkJf-A_k5ghyQRMG6FDUIkNFGJ6eCSMqykC4EMo7SAwQ54HnkO7JrA/s400/Dont_Steal.gif" border="0" /></a>
4. Anda perlu membuang kod yang berwarna merah kerana kod tersebutlah yang memberikan pautan kepada gambar anda.

Contoh kod gambar yang telah diedit :-


<img id="BLOGGER_PHOTO_ID_5300696122767253986" style="DISPLAY: block; MARGIN: 0px auto 10px; WIDTH: 400px; CURSOR: hand; HEIGHT: 285px; TEXT-ALIGN: center" alt="" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNQgokdDFTjQpXbRx3L1xCV50Of9v7p5VRwMIgLziSxGiQjczBy5bd1vVU_prLFTtxhu3eH5ax_hihRZdqOkJf-A_k5ghyQRMG6FDUIkNFGJ6eCSMqykC4EMo7SAwQ54HnkO7JrA/s400/Dont_Steal.gif" border="0" />
5. Preview dan cuba klik pada gambar tersebut. Jika ia tidak dibuka pada halaman lain, bermakna anda telah berjaya melakukan tutorial ini.

6. Publish.

Namun, penulis ingin mengingatkan bahawa cara ini tidak semestinya berkesan untuk melindungi gambar anda. Jika orang yang tidak bertanggungjawab masih mahu mencuri hasil kerja anda, mereka masih boleh menggunakan menu pada browser Firefox untuk tujuan tersebut.

Via : Designsbyrs

Feb 8, 2009

Flash Belajar Solat


Seawal usia tujuh tahun, ibu bapa sudah disuruh untuk menjagar anak²nya solat. Malah, anak² yang sudah berusia sepuluh tahun boleh dipukul jika tidak mahu solat. Justeru, penulis amat mengalu²kan anda agar memperkenalkan laman web belajar solat ini kepada anak² anda. Web ini menyediakan cara² solat dengan penyediaan animasi flash yang menarik. Anda boleh mengajar anak² anda solat dengan paparan visual agar mereka lebih faham.


Selain itu, ia juga dilengkapi dengan audio yang membolehkan pengunjung untuk mendengar bacaan setiap rakaat. Web IslamicFinder ini bukan sahaja sesuai untuk kanak² tetapi boleh juga dirujuk oleh orang dewasa. Namun begitu, untuk solat yang lebih sempurna rujuklah guru agama.

Feb 6, 2009

Buat Flash Dari Dokumen


Anda mahu memasukkan dokumen, imej atau teks sebagai bahan yang boleh dijadikan flash?? Kemudian, anda boleh memasukkannya ke dalam blog atau web untuk tontonan pelawat² anda. Flash tadi boleh dilihat dengan mudah malah skala kecil sehingga besar disediakan untuk memudahkan sesiapa juga untuk mendapatkan gambaran jelas. kenyit


Antara format yang disokong oleh web ini ialah :-

* Documents : doc, docx, xls, xlsx, ppt, pptx, pdf, wpd, odt, ods, odp
* Images : png, jpg, gif, tiff, bmp, eps, ai
* Text : txt, rtf, csv

Anda cuma perlu masuk ke web tersebut. Pilih fail dari komputer atau dari web lain. Kemudian, anda klik Embed It. Selepas itu, Sign In ke email anda samada Yahoo, Gmail atau lain². Seterusnya, tunggu fail yang anda embed tadi diproses. Setelah itu, anda akan diberi kod untuk ditampal di dalam blog. Jika anda mahu mencuba perkhidmatan ini, layarilah Embedit. celebrate




Feb 4, 2009

Potong Video Dari Youtube


Hampir semua pengguna internet di seantero dunia pernah menggunakan laman web Youtube. Penulis beranggapan anda yang sedang membaca topik ini juga mempunyai akaun di Youtube. Tahukah anda bahawa anda boleh memilih sebahagian dari babak di dalam video yang anda tonton?? Katakan adegan yang paling anda minati berada pada minit 7:55, tentu jenuh juga mahu menunggu. tension


Cara lain mungkin saja anda menggunakan cursor untuk ke minit 7:55 tersebut. Bagaimana pula jika ada sesuatu yang menarik di dalam video itu untuk anda persembahkan kepada rakan² anda?? Kini, ada cara yang lebih mudah untuk memotong bahagian video yang tidak diingini. Anda cuma perlu ke laman web Splicd. Masukkan alamat video tersebut, kemudian masukkan saja minit yang anda mahu. peace

Penulis sertakan sekali video yang telah penulis potong khas untuk tatapan anda. Semoga terhibur. menari

Feb 1, 2009

Membuat Baca Selanjutnya Versi 2


Ada bloggers baru yang merungut pada penulis bahawa tutorial membuat baca selanjutnya yang penulis ajar sebelum ini terlalu rumit. Untuk itu, kali ini penulis akan mengajar tutorial membuat baca selanjutnya yang ringkas. Anda boleh memasukkannya ke dalam blog dengan mudah. Tidak perlu pening kepala memikirkan kod yang payah. tension


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.


4. Cari <data:post.body/> atau <p><data:post.body/></p> dan gantikan dengan kod dibawah.

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<style>.fullpost{display:inline;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>.fullpost{display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<a expr:href='data:post.url'>Baca Selanjutnya..</a>
</b:if>

5. Save template.

6. Sekarang pergi pula ke Settings - Formatting.

7. Masukkan kod di bawah ini ke dalam Post Template.

Taip di sini untuk bahagian paparan ringkas.
<div class="fullpost">
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.
</div>

8. Save settings.

Untuk mencubanya, anda mulakan topik baru dengan menggunakan mod Edit HTML sewaktu menulis. Jika kod yang sama seperti di atas berada di dalam kotak, maknanya anda sudah berjaya membuat baca selanjutnya. Selamat mencuba. Semoga sukses. peace

Via : Jovie