Apr 28, 2009

Anugerah Dari Amoi Dan Daus


Sudah lama anugerah² ini diberikan, hari ini baru penulis berkesempatan untuk menayangkannya di sini. Tiga anugerah sekaligus penulis pamerkan kerana ia diberi lebih kurang serentak. Anugerah pertama diberi oleh Cik Amoi manakala dua lagi datangnya dari Daus. Terima kasih kepada kedua² bloggers ini.




1. Anda seorang bintang?
-> Bukan, saya ialah pelangi.

2. Berapa bintang penulis harus bagi untuk blog anda?
-> Kalau nak bagi juga, carikan saya seorang bintang hati.

3. Adakah penulis seorang yang sombong?
-> Saya berpendapat kamu seorang peramah.

4. Dari mana anda mengenali blog penulis?
-> Pautan yang kamu tinggalkan di blog ini.

5. Anugerah ini ada berapa warna?
-> Sebanyak warna yang ada di dalamnya.

Seterusnya anugerah² ini disebarkan kepada semua followers. Sila pilih salah satu anugerah yang anda gemari. Terima kasih.

Apr 27, 2009

Template Blog Rekaan Muncet


Template blog yang menarik memungkinkan blog anda dikunjungi oleh ramai orang. Untuk itu, anda disarankan untuk memilih template blog yang bersesuaian agar ia dapat menonjolkan lagi keserasian antara isi kandungan blog dan tatariasnya. Kali ini penulis ingin mengupas topik tentang template blog.


Template buatan Muncet atau lebih terkenal dengan gelaran Ien merupakan antara template yang paling penulis minati. Jika anda seorang pengikut tegar blog ini, anda pasti maklum bahawa blog ini pernah menggunakan template hasil garapannya. Secara peribadi, penulis berpendapat kebanyakan template yang dibuat menarik selain mudah digunakan. Muncet juga pandai memilih warna latar belakang dan tulisan.

Ada juga aksessori yang telah disediakan khusus untuk anda yang gemarkan blog penuh variasi. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, silalah berkunjung ke blog Muncet. Jangan membuang kredit untuk pemilik asalnya jika anda mahu mengubah template tersebut.

Apr 25, 2009

Fungsi Butang Windows


Anda tahu fungsi² butang Windows di keyboard anda selain ianya digunakan untuk memaparkan menu Start?? Penulis sendiri kurang maklum dengan fungsi² lain yang boleh digunakan hanya dengan menggunakan sentuhan butang Windows dan kombinasi beberapa butang lain. Ayuh, kita semak.


Windows Logo
- Display or hide the Start menu

Windows Logo + BREAK
- Display the System Properties dialog box

Windows Logo + D
- Display the desktop

Windows Logo + M
- Minimize all of the windows

Windows Logo + SHIFT + M
- Restore the minimized windows

Windows Logo + E
- Open My Computer

Windows Logo + F
- Search for a file or a folder

Windows Logo + F + CTRL
- Search for computers

Windows Logo + F1
- Display Windows Help

Windows Logo + L
- Lock the keyboard

Windows Logo + R
- Open the Run dialog box

Windows Logo + U
- Open Utility Manager

Via : Microsoft

Apr 23, 2009

Permainan Online : Plus Plus


Kepantasan berfikir dan membuat keputusan dengan cepat penting di dalam topik berkategorikan permainan ini. Walaupun soalan yang dikemukakan agak mudah tetapi kanak² perlu menekan tetikus dengan pantas sambil memilih nombor dari kumpulan warna yang sama.


Bagi bloggers yang mempunyai anak, sarankan anak anda agar bermain permainan seperti ini kerana ia boleh melatih minda mereka agar lebih segar. Anda juga boleh mendorong anak anda mencongak soalan matematik dengan pantas dalam masa 10 saat sahaja di Plus Plus.

Apr 21, 2009

Padam Rakan Dari Twitter


Jika penulis tanyakan kepada anda adakah anda tahu siapa yang tidak mengikut anda kembali setelah anda mengikuti mereka di Twitter, apa agaknya jawapan anda?? Besar kemungkinan ramai di antara kita tidak pasti siapa yang belum mengikuti kita setelah mereka kita ikuti. Jadi, bagi anda yang sangat mementingkan hubungan diplomatik sebegini, boleh membuang rakan Twitter yang tidak sudi mengikuti anda kembali.


Okey, anda masuk ke laman Huitter. Masukkan kata nama dan kata laluan anda. Selepas itu, ia akan memadamkan semua rakan Twitter yang tidak mengikut anda kembali. Sebenarnya penulis tidak kisah sangat tentang orang yang penulis ikuti jika dia tidak mengikut penulis kembali kerana ia bukan masalah besar pun. Apatah lagi jika orang itu adalah ahli politik atau bloggers tersohor.

Apr 20, 2009

Tukarkan Baca Selanjutnya Dengan Gambar


Beberapa hari lalu penulis telah berkongsi cara untuk memasang topik blog pada baca selanjutnya. Kali ini pula penulis ingin mengajar anda menukar ayat baca selanjutnya kepada gambar.


Memandangkan baca selanjutnya mempunyai beberapa versi, penulis memilih untuk menunjukkan contoh² pada tutorial baca selanjutnya yang telah penulis buat sahaja.

A. Membuat Baca Selanjutnya

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <span id='showlink'>, buang ayat Selanjutnya dan gantikan kod berwarna merah.

<span id='showlink'>
<p><a href='javascript:void(0);' expr:onclick='"javascript:showFull(\"post-" + data:post.id + "\");"'>Selanjutnya <img src="http://eriyzas.googlepages.com/readmore01.jpg"/></a></p>
</span>

5. Preview dan Save template jika puas hati.

B. Membuat Baca Selanjutnya Versi 2

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <style>.fullpost{display:none;}</style>, buang ayat Baca Selanjutnya dan gantikan kod berwarna merah.

<style>.fullpost{display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<a expr:href='data:post.url'>Baca Selanjutnya <img src="http://eriyzas.googlepages.com/readmore01.jpg"/></a>
</b:if>

5. Preview dan Save template jika puas hati.

Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Apr 18, 2009

Tukarkan Tulisan Rumi Kepada Tulisan Jawi


Topik ini untuk Sara. Penulis tidak pasti sejauh mana keseragaman huruf jawi di dalam talian dengan huruf jawi yang asli tetapi sekurang²nya anda boleh menjadikan perkhidmatan ini sebagai alternatif untuk menulis sesuatu di dalam bahasa jawi.


Anda cuma masukkan teks bahasa melayu ke dalam kotak yang disediakan kemudian tekan butang convert untuk mendapatkan tulisan jawi. Semoga laman Ejawi Online bermanfaat buat anda.

Apr 17, 2009

Enjin Pencarian Untuk Dokumen


Tadi penulis melihat jumlah pelawat ke blog ini dan agak terkujat sebab jumlah pelawat telah meningkat dari kebiasaannya. Terima kasih kepada semua pengunjung yang memberikan sokongan kepada blog picisan ini. Kali ini penulis ingin memperkenalkan enjin pencarian untuk dokumen dalam bentuk .doc, .pdf, .ppt dan .xls.


Anda juga boleh membuat prebiu untuk dokumen tersebut. Selain itu, ia juga boleh dimuatturun. Alamilah sendiri perkhidmatan ini di DocJax.

Apr 16, 2009

Topik Blog Pada Baca Selanjutnya


Topik ini khusus untuk bloggers yang telah memasang baca selanjutnya di dalam blog mereka. Hari ini penulis ingin memberikan sedikit tips untuk mengedit ayat baca selanjutnya pada blog anda disusuli dengan tajuk topik tersebut.


Memandangkan baca selanjutnya mempunyai beberapa versi, penulis memilih untuk menunjukkan contoh² pada tutorial baca selanjutnya yang telah penulis buat sahaja.

A. Membuat Baca Selanjutnya

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <span id='showlink'> dan tambahkan kod berwarna merah.

<span id='showlink'>
<p><a href='javascript:void(0);' expr:onclick='"javascript:showFull(\"post-" + data:post.id + "\");"'>Selanjutnya <data:post.title/></a></p>
</span>

5. Preview dan Save template jika puas hati.

B. Membuat Baca Selanjutnya Versi 2

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <style>.fullpost{display:none;}</style> dan tambahkan kod berwarna merah.

<style>.fullpost{display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<a expr:href='data:post.url'>Baca Selanjutnya <data:post.title/></a>
</b:if>

5. Preview dan Save template jika puas hati.

Kini, baca selanjutnya blog anda akan menjadi semakin menarik. Mungkin juga ia mampu menggalakkan pelawat anda untuk meneruskan bacaan mereka.

Apr 14, 2009

Multi ID Untuk Yahoo Messenger


Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan id lain selain id email ketika bersembang di Yahoo Messenger anda?? Mungkin sudah ramai orang yang tahu tentang ini tetapi bagi yang tidak tahu, anda wajar menghabiskan pembacaan topik ini.


Katakan anda mendaftar email Yahoo! anda dengan id matretro@yahoo.com, kemudian anda rasakan id tersebut tidak begitu menarik untuk diberi kepada teman² sebagai id Yahoo Messenger anda. Justeru, anda boleh menambah id baru untuk menggantikan id utama anda. Dari matretro anda boleh bertukar kepada dakshuffle. Caranya cukup mudah.

1. Login ke akaun Yahoo! anda.

2. Pada paparan hadapannya, anda klik pada nick anda.

3. Di Yahoo! Account Info, anda lihat tab Public Information. Pilih Edit/Create Aliases.

4. Seterusnya klik Add an alias. Masukkan id baru anda. Contohnya dakshuffle.

5. Save setelah anda berpuashati.

Nah, kini anda mempunyai dua id yang boleh digunapakai di Yahoo Messenger. Sama ada anda memberikan id utama iaitu matretro atau id baru dakshuffle, kedua²nya membolehkan anda bersembang dengan sahabat anda di Yahoo Messenger. Malah, anda juga boleh disenaraikan ke dalam Yahoo Messenger mereka sebagai matretro atau dakshuffle.

Walaubagaimanapun, id baru anda tadi tidak boleh dijadikan alamat email kerana ia berfungsi sebagai id tambahan kepada id utama sahaja.

Apr 13, 2009

Menambah Tulisan Di Dalam Komputer


Penulis gemarkan tulisan atau font yang menarik tetapi malangnya tulisan asas yang disediakan di dalam komputer tidak begitu banyak. Justeru, penulis memuatturunnya dari laman web lain untuk digunakan di dalam komputer penulis. Kini, penulis mahu berkongsi cara untuk menambah tulisan baru ke dalam komputer.



1. Pertama sekali, anda perlu mendapatkan tulisan untuk digunakan. Penulis sarankan anda memuatturun tulisan tersebut dari 1001 Free Fonts.

2. Setelah itu, ekstrakkan tulisan tadi ke dalam folder.

3. Seterusnya klik butang Start - Control Panel. Pilih menu Fonts.


4. Di dalam folder Fonts tadi, anda klik pada File lalu pilih Install New Font. Satu tetingkap Add Fonts akan muncul dan anda dikendaki mencari tulisan yang ingin anda gunakan. Tekan OK setelah selesai memilih.

5. Siap. Tulisan baru telah ditambah ke dalam folder Font anda. Anda cuma perlu membuka Microsoft Word untuk mencuba tulisan baru anda.

Caranya amat senang. Tentu anda boleh buat. Cubalah.

Apr 12, 2009

Semak Kata Nama Di Multi Laman Web


Pernahkah kata nama atau username yang anda gunakan di internet dipakai oleh orang lain?? Tentu saja anda akan berasa geram apatah lagi jika anda sudah lama berkecimpung di alam maya ini. Apa kata anda semak username anda untuk multi laman web sosial sama ada ia sudah dipakai atau masih boleh didaftar.


Anda masuk saja ke laman web Check Username untuk membuat semakan. Warna hijau merujuk kepada nickname yang belum digunakan manakala warna merah pula adalah username yang telah dipakai. Daftarlah segera sebelum username anda diambil orang.

Eriyza : Sekian lama penulis menggunakan username Eriyza, ada juga orang lain yang memakai username yang sama. Alamak, terlepaslah penulis untuk mendaftar di laman web tersebut.



Apr 11, 2009

Memasukkan Latar Belakang Pada Blog


Soalan Are-pa di shoutbox beberapa hari lalu dirujuk. Dia mahu tahu cara untuk meletakkan gambar di bahagian belakang blog. Ianya bertujuan untuk mencantikkan lagi blog anda jika anda pandai memilih padanan gambar dan warna yang menarik.


Caranya adalah seperti berikut.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari body { dan tambahkan kod gambar pada background:$bgcolor; seperti di bawah.

body {
background:$bgcolor url(http://lamanweb.com/gambar.jpg);
color:$textcolor;
font:x-small "Trebuchet MS", Trebuchet, Verdana, Sans-serif;
font-size:small;
text-align:center;
margin:0;
}

5. Preview dan Save template jika anda puashati.

Anda perlu menukar http://lamanweb.com/gambar.jpg dengan gambar anda sendiri. Anda boleh mendapatkan banyak gambar latar belakang yang menarik di Bigoo. Itu saja caranya. Mudah dan ringkas.

Apr 8, 2009

Bina Carta Dengan Gambar


Bagi anda yang suka meletakkan carta undian atau poll di dalam blog, tentu anda teringin meletakkan carta undian yang boleh menggunakan gambar. Ini akan mencantikkan lagi carta undian anda malah boleh menarik minat pelawat blog anda untuk mengundinya.


Apa tunggu lagi, buatlah carta undian bergambar anda dengan segera tetapi pastikan anda mendaftar dahulu. Untuk mencubanya, anda bolehlah melayari Fotoll.

Apr 7, 2009

Ujian Menaip Malaysia

55 perkataan


Anda rasa anda sudah menaip dengan pantas?? Agaknya di dalam masa seminit berapa perkataan yang dapat anda taip dan berapa banyak pula kesalahan yang anda lakukan?? Tidak pasti bukan?? Ayuh, cuba saja tahap kepantasan anda menaip di laman web ini.


Namun, ia tidak dapat mengukur dengan tepat tahap kepantasan jari jemari mungil anda menaip, tetapi sekurang²nya dapatlah dijadikan sedikit panduan. Anda boleh mencubanya di Malaysian Typing Speedtest.

Apr 6, 2009

Memasang Pautan Warna Pelangi


Beberapa hari tidak menulis apa² di sini, penulis dihujani dengan desakan supaya mengemaskinikan blog ini. Justeru, penulis cuma ingin berkongsi tutorial ringkas saja pada kali ini. Bloggers lama mungkin pernah mencuba pautan yang berwarna pelangi, jadi topik ini untuk bloggers baru.


Apabila anda memasang skrip ini, setiap pautan atau link di blog anda akan berkelip seperti warna pelangi. Ini akan menceriakan lagi blog anda.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari </head>, letakkan kod ini di atasnya.

<script src='http://ladyqistina.googlepages.com/rainbow2.js'/> 

5. Save template.

Siap. Kini, setiap pautan di blog anda akan berkelip lip lap lip lap seperti pelangi.

Via : Mohd Rias