Sep 30, 2009

Carian Lebih Pantas Dengan Everything


Lazimnya anda menggunakan fungsi Search di Start Menu untuk mencari fail atau folder yang anda lupa lokasinya. Tetapi carian seperti ini kadangkala lembap dan anda perlu menunggu seketika sebelum keputusannya dipaparkan. Untuk itu, anda boleh mencari alternatif lain untuk mempercepatkan proses carian tersebut


Dengan menggunakan perisian Everything, tugas anda menjadi lebih mudah. Anda cuma perlu melancarkan programnya sahaja. Kemudian, taip kata kunci berkaitan dengan bahan yang ingin anda cari. Sekelip mata, ia akan memaparkan semua benda yang berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan pencarian anda tadi. Menariknya, ia juga didatangkan di dalam bentuk portable. Cubalah, anda pasti suka.

Via : Sembang Komputer

Sep 29, 2009

Buang Alamat Pautan Dalam Microsoft Word


Kadangkala apabila menulis di Microsoft Word, ada sesetengah ayat kita ambil (copy) dan tampal (paste) terus dari laman sesawang. Akan tetapi jika ayat yang kita mahukan itu mempunyai pautan (link) ke laman sesawang tertentu, tentu ia sedikit sebanyak melambatkan tugas kita untuk membuang alamat pautan tersebut satu persatu.


Kali ini penulis mahu berkongsi cara untuk membuang alamat pada pautan yang tidak dikehendaki dengan cara yang pantas.

1. Buka Microsoft Word. Ambil ayat dari laman sesawang tertentu.

2. Tampal ayat tersebut di Microsoft Word anda.

3. Highlightkan (CTRL + A) ayat yang anda ingin buang alamat pautan. Kemudian, tekan CTRL + Shift + F9.

Seketika kemudian, kesemua pautan tadi akan menjadi ayat biasa. Mudah saja. Selamat mencuba.

Via : Logical Tips

Sep 27, 2009

Semak Multi Email Dengan Webmail Notifier


Kebanyakan pengguna internet mempunyai lebih dari satu email. Antara penyedia email terkenal ialah Yahoo dan Gmail. Penulis yakin anda juga mempunyai akaun email di kedua²nya. Justeru, jika anda menggunakan Firefox, anda boleh menyemak email² anda dengan mudah tanpa perlu login satu persatu akaun² tersebut.


Anda cuma perlu memasukkan addon Webmail Notifier ke dalam Firefox anda. Kemudian, lengkapkan maklumat Username dan Password pada email pilihan anda. Seterusnya Add sahaja email tersebut. Setakat ini, ia menyokong email² seperti berikut :-

- mail.google.com(Gmail & Google Apps)
- mail.yahoo.com (yahoo.com, ymail.com, rocketmail.com)
- mail.live.com(hotmail.com, msn.com, live.com)
- www.daum.net(hanmail)
- www.naver.com
- www.empas.com
- www.nate.com

Jumlah email yang belum di baca akan dipaparkan pada sudut kanan di status bar anda. Anda klik sahaja di situ dan anda akan di bawa ke akaun email anda. Mudah dan cepat.

Sep 26, 2009

Cara Buat Highlight Teks Versi 2

Tutorial highlight teks ini disediakan oleh Eriyza.

Blog ini menggunakan platform Blogspot sepenuhnya.

Akses ke blog ini melalui alamat http://eriyza.via.my


Dahulu penulis pernah berkongsi cara untuk membuat highlight teks. Akan tetapi tutorial tersebut memerlukan anda meletakkan kod ke dalam layout. Tutorial kali ini lebih mudah kerana kodnya dimasukkan terus ke dalam topik. Jadi, anda patut mencuba highlight teks ini.


Masukkan sahaja kod di bawah ke dalam New Post anda.

<span style="background-color: rgb(255, 255, 0);">highlight teks</span>
Contoh :-

Tutorial <span style="background-color: rgb(255, 255, 0);">highlight teks</span> ini disediakan oleh Eriyza.
Tulisan berwarna biru merupakan teks biasa manakala warna ungu pula merujuk kepada teks yang ingin anda highlight. Warna merah pula adalah kod rgb yang akan menentukan warna highlight tersebut. Anda boleh memilih kod rgb di The Other RGB Color Chart.

Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Via : Tricks for New Bloggers

Sep 23, 2009

Cara Membuat Popup Window

Contoh 1
Klik sini untuk melihat teman lelaki Eriyza


Contoh 2
Klik sini untuk melihat laman blog Eriyza

Puasa sudah, beraya pun sudah, kini Eriyza kembali lagi meneruskan perkongsian ilmu di blog ini. Kali ini tutorial khusus untuk Daus yang ingin mengetahui cara² untuk membikin pop-up window. Justeru, penulis telah memberikan dua contoh di atas sebagai panduan asas.


Contoh 1

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjgUSBfgkVUpjItv_oEIlXryM7c0IwKu46QN87pyu83ROnDzm4xPWXRJDPBeXzWdKfOW4G8bCaAZ-Ue9vsRylTN21amSXoaX1sYd6PI6ksuqSH2Hk0tshYv3TYZevpD_L2a7sX/s320/mike-44.jpg" onclick="window.open('https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjgUSBfgkVUpjItv_oEIlXryM7c0IwKu46QN87pyu83ROnDzm4xPWXRJDPBeXzWdKfOW4G8bCaAZ-Ue9vsRylTN21amSXoaX1sYd6PI6ksuqSH2Hk0tshYv3TYZevpD_L2a7sX/s320/mike-44.jpg','popup','width=300,height=280,scrollbars=no,resizable=no,toolbar=no,directories=no,location=no,menubar=no,status=no,left=0,top=0'); return false">Klik sini untuk melihat teman lelaki Eriyza</a>
Penulis menggunakan gambar sebagai contoh 1. Tulisan berwarna biru adalah alamat gambar yang ingin digunakan, warna merah pula adalah saiz lebar (width) dan tinggi (height) gambar tersebut manakala warna ungu pula melambangkan penerangan kepada gambar tersebut.

Contoh 2

<a href="http://eriyza.aeropama.com/" onclick="window.open('http://eriyza.aeropama.com/','popup','width=500,height=500,scrollbars=yes,resizable=no,toolbar=no,directories=no,location=no,menubar=no,status=no,left=0,top=0'); return false">Klik sini untuk melihat laman blog Eriyza</a>
Contoh 2 pula penulis menggunakan laman blog. Setiap warna biru, merah dan ungu, caranya lebih kurang sama dengan contoh 1 tadi. Cuma warna hijau sahaja yang membuatkannya sedikit berbeza. Penulis meletakkan 'yes' pada 'scrollbars' bermaksud penulis mahukan skrolbar pada window tersebut boleh digerakkan. Manakala fungsi² yang lain penulis sembunyikan dengan tanda 'no'. Anda boleh menukarnya sendiri sama ada mahu dihidupkan (yes) atau dimatikan (no).

Mudah sahajakan?? Selepas ini, anda bolehlah mencuba membuat pop-up window ini. Sila komen selepas anda membuatnya.

Sep 17, 2009

Salam Aidilfitri 1430 H


Hari ini sudah 27 Ramadhan. Kurang lebih tiga hari sahaja lagi, kita semua akan meraikan 1 Syawal 1430H. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin wal muslimat yang berkunjung ke blog ini.


Selaku penulis blog ini, penulis memohon kemaafan di atas segala kekhilafan penulis sepanjang mengendalikan blog ini. Terima kasih kepada kalian kerana masih menyokong blog ini meskipun kadangkala ianya tidak dikemaskini. Blog ini masih bertahan kerana kalian. Sesungguhnya penulis menghargai kedatangan kalian ke sini.

Semoga kalian semua ceria di lebaran ini. Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya, semoga kalian selamat pergi dan selamat kembali semula ke destinasi masing². Akhir kata, semoga Allah mengampunkan semua dosa² kita yang lalu.

Kad raya di atas penulis tujukan kepada semua pengunjung blog ini. Sudi²kanlah mengambilnya.

Kredit Untuk Gambar : karikaturrm10

Sep 16, 2009

Kamus Dwibahasa MyKamus


Penulis gemar membaca. Ada waktunya penggunaan bahasa Inggeris yang jarang didengari membuatkan penulis terkebil² untuk memikirkan maksudnya. Justeru, kamus sangat memainkan peranan penting ketika ini. Antara kamus yang penulis gemari ialah kamus di dalam talian.


Ia lebih menjimatkan masa penulis. Paling penting, jika ditaip satu perkataan yang hendak dicari, kamus ini juga turut memaparkan perkataan lain yang ada hubungkait dengan perkataan asal yang dicari. Perkataan asal tersebut akan ditulis dengan warna merah. Secara tidak langsung, ilmu akan bertambah. Buat masa ini, ia menumpukan pada terjemahan dari English ke Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu ke English . Kalau anda memerlukan kamus juga, jangan lupa untuk mencuba MyKamus.

Sep 15, 2009

Kad Raya Dari Daus Dan Cintasegar


Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya. Tidak lama lagi Syawal menjelang tiba. Kad raya dari bloggers tidak banyak seperti tahun sudah. Agaknya penulis blog ini suka menyendiri, jadi tiadalah orang hendak bagi kad raya. Kad raya hijau ini diberi oleh Daus.



Manakala kad raya yang ini pula diberi oleh Cintasegar. Terima kasih kepada kedua²nya. Kepada semua pelawat yang mempunyai blog, penulis memberikan dua kad raya yang comel di atas kepada anda. Buat pelawat yang tiada blog pula, penulis hadiahkan anda sebuah lagu raya.


Semoga Allah mengampunkan semua dosa² kita. Salam Aidilfitri.

Kemaskini 17/09/2009

Ada lagi kiriman kad raya dari rakan² yang lain, jadi penulis tampal sahaja di sini.


Kad Raya Din3187



Kad Raya Alesyahana

Sep 14, 2009

Membuat Tajuk Blog Bergerak


Mungkin anda biasa melihat blog kawan² anda yang mempunyai tajuk yang bergerak di title bar. Bahkan tajuknya turut bergerak di taskbar dan juga tab browser anda. Adakah anda juga ingin menghasilkan tajuk blog bergerak untuk blog anda sendiri??


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <title><data:blog.pageTitle/></title> dan gantikan dengan kod di bawah ini.

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

<script language='JavaScript'>
var txt="<data:blog.pageTitle/>";
var kecepatan=100;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
segarkan=setTimeout("bergerak()",kecepatan);}bergerak();
</script>

5. Preview dan Save template jika berpuashati.

Anda boleh menukar tulisan berwarna merah mengikut kesesuaian kelajuan yang anda ingini. Gunakan nilai yang lebih kecil untuk melajukan pergerakannya manakala gunakan nilai yang besar untuk memperlahankan pergerakannnya.

Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Via : Muhamad Haidirali

Sep 11, 2009

Blogspot Memperkenalkan Baca Selanjutnya


Berita baik buat semua bloggers. Kini Blogspot telah memperkenalkan fungsi baca selanjutnya atau read more seumpama Wordpress. Anda tidak perlu lagi memasukkan kod yang rumit ke dalam template seperti yang pernah penulis lakukan di sini dan sini. Hanya meletakkan sebaris ayat, anda sudah boleh menggunakan baca selanjutnya.


Fungsi ini diperkenalkan di dalam Blogger in Draft. Anda cuma perlu masuk ke tab Compose dan pilih menu Insert jump break. Letakkan menu tersebut di atas ayat yang anda ingin jadikan baca selanjutnya.


Bagi anda yang masih menggunakan Blogger biasa, anda juga boleh berbuat demikian dengan menulis secara manual. Hanya masukkan kod <!-- more --> di dalam tab Edit HTML, semestinya di atas ayat yang anda ingin jadikan baca selanjutnya.


Selain itu, anda juga boleh menukar ayat read more yang asal kepada baca lagi atau mengikut kemahuan anda sendiri. Anda masuk ke Layout, klik Edit pada bahagian Blog Posts dan tukarkan ayatnya di Post page link text.

Terima kasih kepada Blogspot yang semakin peka dengan kehendak pengguna. Selamat hari lahir ke sepuluh buat Blogspot. I Love You. Hehehe!!!

Via : Blogger Buzz

Sep 9, 2009

Teknik Gambar Menarik Di Photofunia


Mari kita bermain dengan gambar melalui teknik² yang hebat. Ada pelbagai teknik fotografi yang boleh anda pilih untuk disesuaikan dengan gambar kegemaran anda. Dalam topik kali ini penulis cuma memilih dua jenis teknik iaitu gambar di dalam album dan gambar sedang dibakar sebagai contoh kepada anda.



Laman sesawang Photofunia menyediakan lebih kurang 119 teknik gambar yang cukup cantik. Anda pasti teruja untuk meletakkan gambar anda di dalam pelbagai teknik yang berlainan. Menariknya, setelah anda siap mengedit gambar, ada beberapa pilihan diberi sama ada anda mahu Save to disk, Save as avatar, Publish, Save to print atau Send as postcard. Tunggu apa lagi?? Cubalah sekarang.

Iklan : 090909 = tarikh yang cukup cantik.

Sep 8, 2009

Buat Animasi Dari Video


Ada sesetengah bahagian di dalam video yang anda tonton menarik dan anda ingin menjadikannya gambar berformat animasi?? Bagaimana caranya?? Anda tidak perlu risau, anda boleh menjadikan babak² menarik di dalam video kegemaran anda itu sebagai gambar animasi tanpa suara atau muzik latar.


Caranya sangat mudah.

1. Masuk ke laman sesawang GifSoUp.

2. Masukkan alamat video dari Youtube dan tekan butang Create.

3. Isikan tajuk video, masa bermula dan masa berakhir untuk babak yang anda mahu. Hanya sepuluh saat dibenarkan untuk setiap satu. Preview dan tekan Finish jika berpuashati.

4. Seterusnya muatnaik animasi anda tadi ke fail hosting dan kongsi di blog anda.

Mudah saja. Anda tentu boleh buat. Selamat menonton animasi Jackie Chan dari filem Drunken Master yang telah penulis sediakan.

Iklan : Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat Izzati Syafikah dan semua pelajar tahun enam di seluruh Malaysia.

Sep 7, 2009

Mengubah Teks Dari Kiri Ke Tengah


Kebiasaannya setiap template yang disediakan memulakan tulisan di sebelah kiri sama ada di bahagian topik atau di sidebar. Mungkin ada sebahagian dari bloggers yang teringin untuk memulakan tulisan di blog mereka di bahagian tengah. Sebenarnya ia cukup mudah untuk dibuat, cuma sebaris kod sahaja perlu ditambah ke dalam template.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari #sidebar-wrapper {, tampal kod berwarna merah sebelum tanda }. Kod ini adalah untuk bahagian sidebar.

Contoh kod :-

#sidebar-wrapper {
text-align:center;
background:#fff;
width:336px;
float:$endSide;
word-wrap:break-word;
overflow:hidden;
padding:10px 10px 0 0;
}

5. Cari #main-wrapper {, tampal kod berwarna merah sebelum tanda }. Kod ini adalah untuk bahagian topik.

Contoh kod :-

#main-wrapper {
text-align:center;
background:#fff;
border-right:$bordercolor 10px solid;
width:515px;
float:$startSide;
word-wrap:break-word;
overflow:hidden;
padding:0 10px;
}

6. Preview dan save template jika berpuashati.

Siap. Cubalah. Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran.

Sep 2, 2009

Memasang LinkWithin


Siang tadi, bloggers bernama Qassam telah meminta penulis mengajarnya cara² untuk memasang widget LinkWithin yang berfungsi sama seperti artikel berkaitan. Bezanya ia turut memaparkan gambar untuk topik tersebut selain tajuk utama. Jom masuk kelas.


1. Masuk laman sesawang LinkWithin. Isi maklumat yang diperlukan.

2. Klik pada Get Widget.

3. Pilih Install Widget - Add Widget.

4. Pilih Edit Content dan salin semua kod. Anda tidak perlu Save LinkWithin di bahagian ini.

5. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

6. Download Full Template sebelum mengedit blog.

7. Cari <data:post.body/> dan masukkan kod tadi di bawahnya. Jika <data:post.body/> ada lebih dari satu, letakkan di bawah kod pertama.

8. Preview dan Save template jika berpuashati.

Itu sahaja. Selamat mencuba.

Via : Marzuki

Sep 1, 2009

Lencana Untuk Twitter


Beberapa hari lalu, Puan Sue ada bertanyakan tentang lencana (badge) untuk Twitter. Maka, hari ini penulis memberikan contoh lencana² Twitter yang menarik.


Tiada kod yang disediakan untuk lencana ini. Anda perlu memuatnaiknya sendiri ke web hosting percuma. Kemudian, anda pautkan sahaja gambar lencana tersebut ke Twitter anda. Lencana² Twitter itu boleh dimuatturun dari Limeshot.