Nov 30, 2009

Tema Baru Di Template Baru


Watch out! I'm back! Topik ini auto publish kerana penulis sedang dalam perjalanan ke Puchong. Penulis akan mengedit semula topik ini selepas pulang dari sana. See ya!


Kemaskini

Penulis sudah pulang dari Puchong. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana semua urusan sudah usai. Beberapa hari lalu penulis menutup blog ini kerana mendapat aduan bahawa sebahagian besar tutorial dan template blog diplagiat. Setelah penulis melihat bukti di blog tersebut, penulis memutuskan untuk menukar template blog ini. Selain itu penulis juga menukar taglinenya dari Tanggapan Tentang Topik Tertentu kepada Bloggers Tutorial Centre atas saranan seorang pembaca sebelum ini. Memandangkan blog ini banyak berkisar tentang ilmu, tagline itu sudah tidak relevan.

Kalau ikutkan hati mahu sahaja penulis privasikan blog ini dengan menjemput pembaca setianya sahaja tetapi bak kata pepatah melayu, jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Sebenarnya pembaca setia yang banyak memberi galakan agar blog ini terus bertahan. Terima kasih kerana masih setia membaca setiap bahan yang penulis paparkan.

Kali ini penulis ingin memberi sedikit 'tips' kepada pemelagiat. Anda mungkin menyangka penulis asal blog tersebut tidak tahu tentang kemunculan blog plagiat anda tetapi jangan lupa dunia bloggers ni luas. Boleh jadi orang yang masuk ke blog anda adalah pembaca tegar blog lain. Jika olahan ayat hampir sama dan template pun bagaikan kembar, mana mungkin tiada yang perasan. Jadi, jangan pernah kedekut untuk menyatakan sumber rujukan jika anda merujuk hasil kerja orang lain.

Penulis tidak mahu mengaibkan bloggers tersebut. Penulis tidak akan meletakkan alamat blognya di sini. Penulis cuma berharap kes seperti ini tidak akan berulang lagi. Sekian.

Nov 28, 2009

Through My Window


Lagu ini popular dengan cepat apabila ia menjadi lagu tema bagi iklan TM Streamyx yang bersaing dengan iklan double meaning potong Wimax P1. Pada asalnya penulis menyangka lagu ini didendangkan oleh pemuzik dari barat tetapi sangkaan itu meleset sama sekali.


Rupa²nya lagu yang diberi judul Through My Window ini dinyanyikan oleh kumpulan Bunkface. Selamat mendengar.

Nov 25, 2009

Jam Berserta Tarikh


Sudah agak lama juga penulis tidak memberikan widget jam sebagai aksesori tambahan kepada para pengunjung blog ini. Hari ini penulis ingin berkongsi widget jam yang agak biasa tetapi sesuai untuk digunakan oleh bloggers yang sukakan kesederhanaan di dalam menghias blog.


Okey, seperti biasa masukkan kod jam ini ke dalam blog anda.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Page Elements.

3. Pilih Add a Gadjet - HTML / Javascript.

4. Kemudian, tampal kod ini ke dalamnya.

<div style="BORDER-RIGHT: medium none; PADDING-RIGHT: 5px; BORDER-TOP: medium none; PADDING-LEFT: 5px; PADDING-BOTTOM: 5px; BORDER-LEFT: medium none; PADDING-TOP: 5px; BORDER-BOTTOM: medium none" align="center"><form name="clock"><input style="BORDER-RIGHT: 0px; BORDER-TOP: 0px; BORDER-LEFT: 0px; BORDER-BOTTOM: 0px" size="8" value="hh:mm:ss" name="face"> </form><script src="http://kunoichi.info/bloggerbuster_templates/time.js"></script></div>
5. Save.

Siap. Selamat mencuba.

Nov 24, 2009

Semak Indeks Blog Di Google


Anda seorang bloggers?? Pernahkah anda memeriksa status blog kesayangan anda itu sama ada terindeks di enjin carian tersohor iaitu Google?? Jika tidak tersenarai di Google, anda perlu berbuat sesuatu. Anda boleh menyenaraikan blog anda di enjin pencarian Google.


Anda boleh menyemak status blog anda sama ada tersenarai di dalam Google atau tidak di Indexed by Google. Selamat menyemak.

Nov 23, 2009

Teknik Gambar Kolaj Dengan Shape Collage


Anda pernah membuat bentuk kolaj untuk gambar² anda?? Jika belum pernah, anda boleh mencuba teknik kolaj ini. Suka penulis ingatkan teknik kolaj amat sesuai untuk diaplikasikan pada sejumlah gambar yang banyak. Lagi banyak gambar yang anda masukkan, lagi menarik gambar kolaj anda.


Teknik kolaj yang ingin penulis perkenalkan ini mempunyai dua versi iaitu di dalam talian dan juga dimuatturun ke komputer. Untuk membuat kolaj di dalam talian, anda cuma perlu membuka laman sesawang Shape Collage dan letakkan alamat pautan laman sesawang yang mempunyai gambar di Step 1. Anda boleh memasukkan beberapa pautan sekaligus dengan hanya meletakkannya satu persatu. Seterusnya, pilih bentuk kolaj yang anda mahu di Step 2. Akhir sekali, klik Create di Step 3.

Bagi mendapatkan teknik kolaj yang lebih banyak, penulis menggalakkan anda memuatturun Shape Collage ke dalam komputer anda. Anda boleh merujuk video di bawah untuk gambaran jelas cara menggunakannya.



Selamat mencuba. Anda pasti seronok mengolah gambar dengan kolaj. Perisian ini percuma, anda boleh menggunakannya dengan senang hati.

Nov 22, 2009

Google Translate Semakin Menarik


Bagus! Itu reaksi pertama penulis ketika melihat perubahan terkini yang dilakukan terhadap laman sesawang Google Translate. Kalau dahulu, hanya pilihan bahasa Indonesia disediakan untuk orang melayu tetapi kini bahasa kebanggaan kita iaitu Malay telah dimuatkan. Terjemahan dari English ke Malay menjadi lebih mantap dengan kaedah baru ini.


Selain itu, banyak lagi pilihan bahasa yang boleh diterjemahkan malah disertakan sekali dengan ejaan pinyin bagi pilihan bahasa tertentu misalnya dari English ke Chinese. Ia akan memudahkan pengguna untuk menyebut perkataan tersebut dengan betul.


Seperkara lagi yang menarik, kebanyakan perkataan yang diterjemahkan ke English akan disertakan audio bagi memudahkan pengguna mendengar kembali sebutan tersebut. Justeru, perkhidmatan yang mereka sediakan kali ini memang jauh lebih baik dari dahulu.


Penulis secara peribadi sering menggunakan Google Translate. Justeru, anda juga patut mencuba Google Translate.

Via : Googleblog

Nov 20, 2009

Ymail Dan Rocketmail Dari Yahoo


Hampir setiap orang daripada kita mempunyai akaun email Yahoo. Tahukah anda bahawa Yahoo mempunyai dua lagi domain email iaitu ymail dan rocketmail?? Jika nickname idaman anda untuk yahoo telah diambil orang, maka anda tidak harus melepaskan peluang kali ini.


Sama seperti yahoo.com, anda juga ditawarkan perkhidmatan yang sama di domain ymail.com dan rocketmail.com. Anda akan memiliki kapasiti email yang besar, penggunaan nickname sebagai ID di Yahoo Messenger dan lain² lagi. Daftarlah nickname kegemaran anda dengan segera di Yahoo.

Nov 19, 2009

Memasang Badge Facebook


Mutakhir ini, Facebook mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Justeru, ramailah pengguna internet di seluruh dunia yang turut mengambil kesempatan untuk menjadi sebahagian dari warganya. Penulis baru sahaja berjinak² dengan laman sosial tersohor ini pada 11 November lalu. Kebanyakan penggunanya telah memasang badge (lencana) Facebook di blog masing². Jika anda belum tahu cara²nya, mari penulis ajarkan.


1. Masuk ke laman sesawang Facebook Widgets.

2. Klik pada Profile badge. Tandakan maklumat yang anda kehendaki di bahagian Create a badge. Kemudian save.

3. Pilih lokasi blog anda untuk memasukkan badge tersebut. Kalau anda pengguna Blogspot, klik saja butang Blogger tetapi jika anda menggunakan platform blog lain, tekan butang Other untuk menyalin kodnya.

Itu sahaja. Jangan lupa tambah Eriyza sebagai rakan baru di Facebook anda.

Nov 18, 2009

Tukarkan Ikon Recycle Bin


Hari ini penulis teringin berkongsi cara untuk menukar ikon pada Recycle Bin. Kalau sebelum ini ikonnya berupa tong sampah biasa, anda boleh menukarnya dengan ikon tong sampah yang lebih menarik. Okey, jom kita belajar sama².


1. Klik kanan pada Desktop anda, pilih Properties.

2. Pada tab Desktop, klik Customize Desktop.

3. Di tab General, pilih folder yang ingin diubah iconnya. Sebagai contoh, penulis memilih Recycle Bin. Seterusnya klik Change Icon.

4. Browse dan muatnaik ikon pilihan anda. Klik OK. OK dan OK lagi.

Siap. Selamat mencuba.

Nov 17, 2009

Kecilkan Gambar Dengan ResizePic


Kalau anda ingin mengecilkan gambar² yang ada di dalam komputer, anda boleh menggunakan laman sesawang dalam talian. Walau sebesar mana pun saiz gambar tersebut, anda boleh mengecilkannya dengan mudah tanpa merosakkan kualiti sebenar gambar tersebut.


Anda cuma perlu memuatnaik gambar yang ingin dikecilkan. Kemudian masukkan saiz untuk width (lebar) dan height (tinggi). Seterusnya klik butang resize image. Selamat mengecilkan gambar di Resize Pic.

Nov 15, 2009

Cara Menggunakan Tulisan

Impact
Forte
Algerian
Kristen ITC
Monotype Corsiva


Kali ini penulis mahu berkongsi cara untuk menggunakan tulisan tertentu di dalam blog. Caranya mudah saja. Anda cuma perlu mengikuti arahan di bawah untuk melakukannya. Anda boleh melihat contoh² tulisan yang telah penulis sediakan.


Salin kod di bawah dan tampal di tab Edit HTML New Post anda.

<span style=";font-family:Monotype Corsiva; font-size:20px;" >Monotype Corsiva</span>
font-family:Monotype Corsiva = jenis tulisan
font-size:20px = saiz tulisan

Caranya sangat mudah. Penulis berharap anda dapat melakukannya. Selamat mencuba.

Nov 14, 2009

Memasang Mesej Twitter


Atas permintaan Midi di Shoutbox, penulis akan berkongsi cara² untuk memasukkan widget Twitter ke dalam blog. Jika ada pembaca lain yang belum tahu caranya, bolehlah belajar bersama². Jom kita mulakan.


1. Login ke akaun Twitter.

2. Pilih Settings - Account. Klik pada Have a homepage or a blog? Put the address here.(You can also add Twitter to your site here) di bawah perkataan More info URL.

3. Di Select Your Widget pilih My Website - Profile Widget. Ada empat tab di bahagian ini iaitu Settings, Preferences, Appearance dan Dimensions. Anda boleh mengedit kesemuanya mengikut citarasa sendiri. Setiap kali selesai mengedit, tekan Test Settings. Setelah berpuashati dengan hasilnya, klik pula Finish & Grab Code. Salin kod tersebut.

4. Login ke Blogspot.

5. Pilih Layout - Page Elements.

6. Pilih Add a Gadjet - HTML / Javascript.

7. Kemudian, tampal kod tadi ke dalamnya.

Contoh kod :-

<script src="http://widgets.twimg.com/j/2/widget.js"></script>
<script>
new TWTR.Widget({
version: 2,
type: 'profile',
rpp: 4,
interval: 6000,
width: 250,
height: 300,
theme: {
shell: {
background: '#333333',
color: '#ffffff'
},
tweets: {
background: '#000000',
color: '#ffffff',
links: '#4aed05'
}
},
features: {
scrollbar: false,
loop: false,
live: false,
hashtags: true,
timestamp: true,
avatars: false,
behavior: 'all'
}
}).render().setUser('eriyza').start();
</script>

8. Save.

Siap. Selamat mencuba.

Nov 13, 2009

Koleksi Tulisan Dari Urbanfonts



Anda sudah jemu dengan bentuk tulisan biasa yang ada di dalam komputer anda?? Ingin sekali mevariasikannya dengan pelbagai jenis tulisan yang menarik?? Anda boleh memuatturun pelbagai jenis tulisan yang mempunyai pelbagai bentuk sama ada menegak atau condong.


Okey, anda boleh memuatturun tulisan² kegemaran anda di Urbanfonts. Ianya tidak terhad kepada pengguna Windows sahaja kerana ada juga tulisan yang disediakan untuk pengguna MAC. Ketahui cara² untuk memasukkan tulisan ke dalam komputer.

Nov 11, 2009

Human Calendar


Pernahkah anda melihat kalendar seperti di atas di blog rakan² anda?? Anda teringin untuk meletakkan kalendar seumpamanya di dalam blog anda?? Kalendar ini dinamakan Human Calendar kerana ia menggunakan watak² manusia sebagai latar utamanya.


Ia didatangkan di dalam beberapa saiz. Anda boleh memilihnya mengikut kesesuaian saiz sidebar anda. Dapatkan kodnya di Human Calendar.

Nov 9, 2009

Twitter Bertema Pantai


Comelnya! Itu perkataan pertama yang terbit dari bibir mungil penulis apabila melihat koleksi ikon² Twitter ini. Justeru, anda sangat digalakkan untuk menggunakan ikon² Twitter bertemakan pantai ini di blog masing².


Ikon² ini mempunyai dua set Vektor berformat .png dan .eps. Jadi, anda boleh memilih sama ada mahu memilih set pertama atau kedua. Terserah kepada anda. Untuk memuatturunnya, sila ke Elmastudio.

Nov 8, 2009

Masukkan Latarbelakang Pada Email Gmail


Lazimnya latarbelakang email Gmail hanya berwarna putih. Kelihatannya sangat simple tanpa sebarang kombinasi warna lain atau gambar yang menarik. Apa kata kalau anda menceriakan sedikit latarbelakangnya agar tidak terlalu suram.


1. Login ke email Gmail.

2. Pada sudut atas bahagian kanan email, klik pada Settings - Themes.

3. Pilih sahaja tema yang anda suka. Jika anda memilih tema bergambar, anda perlu memasukkan data lokasi untuk penukaran kali pertama sahaja.

Siap. Selamat mendekorasi Gmail anda.

Nov 6, 2009

Lindungi Gambar Dengan Watermarktool


Anda mahu meletakkan watermark pada setiap gambar anda?? Ianya antara lain adalah untuk melindungi gambar² anda daripada diplagiat secara tidak bermoral oleh orang lain.


Anda cuma perlu memuatnaik gambar anda ke Watermarktool, sepuluh gambar bersaiz tidak melebihi 200kb dibenarkan dimuatnaik di dalam satu masa. Selepas itu, isikan maklumat yang berkaitan di bahagian Personalise. Jika anda mahu watermark itu memenuhi segenap ruang gambar, tandakan pada kotak Text Repeat. Kemudian klik sahaja butang Generate. Akhir sekali, klik kanan pada gambar yang telah siap diedit dan simpan ke dalam komputer anda. Siap.

Nov 5, 2009

Koleksi Logo Google



Ramai di antara pengguna internet di seluruh dunia menggunakan Google sebagai enjin pencarian utama. Kita juga sedia maklum bahawa Google sentiasa meraikan pelbagai perayaan di seluruh dunia dengan logo² tertentu. Justeru, mari kita menyelongkar 'almari' Google untuk melihat logo² yang pernah dihasilkan.


Anda cuma perlu masuk ke Google Logos. Anda akan disajikan dengan semua logo² menarik yang dicipta berdasarkan perayaan atau peristiwa tertentu setiap negara termasuk negara kita, Malaysia.

Nov 4, 2009

Pamer Graffiti Di Twitter


Anda gemar melukis?? Apa kata anda bikin lukisan graffiti yang cantik bertemakan bebas dengan memasukkan warna² yang bersesuaian. Kemudian, anda pamerkan graffiti anda tadi di Twitter. Pasti rakan² anda akan teruja melihat hasil kerja anda.


Anda masuk ke laman sesawang TwitDraw. Mulakan melukis apa saja yang anda mahu dengan menggunakan warna yang telah disediakan. Ia turut disertai dengan kemudahan seperti Width, Opacity, Undo dan Start Over. Anda juga boleh memilih graffiti dari galeri sedia ada dan melukis dari graffiti tersebut. Setelah berpuas hati dengan graffiti anda, klik pada butang Post to Twitter agar lukisan itu dapat dikongsi bersama rakan² yang lain. Selamat berseronok.

Info : Graffiti bermaksud sejenis seni seperti lukisan yang lazimnya ditulis di dinding² bangunan menggunakan komposisi warna, garis, bentuk dan volume.

Nov 3, 2009

Buat Butang Dengan Tabs Generator


Anda sedang mencari butang untuk dibuat tab menu untuk blog anda?? Mungkin anda boleh cuba membuat tab tersebut dengan menggunakan generatornya. Anda boleh memilih warna, jenis tab sama ada menegak atau melintang sesuka hati. Selepas itu, anda bolehlah memuatturunnya sebelum diletakkan ke dalam blog.


Untuk maklumat lanjut, sila ke laman sesawang Tabs Generator.

Nov 1, 2009

Fungsi Kekunci ALT Dengan Nombor

© ® ™ § † ‡ – — ¶

¢ £ € ¥ ƒ ¤

÷ ° ¬ ± µ ‰

¼ ½ ¾

¡ ¿ ²

Adakah anda tahu bagaimana hendak menghasilkan simbol² seperti di atas?? Mungkin ramai di antara anda yang sudah mengetahuinya tetapi tak kurang juga makhluk Tuhan yang belum maklum. Cara untuk membuatnya senang sahaja iaitu dengan hanya menggunakan kombinasi butang ALT dan nombor² di sebelah kiri keyboard anda.


Sebelum itu pastikan butang Num Lock menyala agar kaedah ini dapat diaplikasikan. Anda juga perlu menekan butang ALT tanpa lepas bersama² dengan kombinasi nombornya.


© = ALT + 0169
® = ALT + 0174
™ = ALT + 0153
§ = ALT + 0167
† = ALT + 0134
‡ = ALT + 0135
– = ALT + 0150
— = ALT + 0151
¶ = ALT + 0182

¢ = ALT + 0162
£ = ALT + 0163
€ = ALT + 0128
¥ = ALT + 0165
ƒ = ALT + 0131
¤ = ALT + 0164

÷ = ALT + 0247
° = ALT + 0176
¬ = ALT + 0172
± = ALT + 0177
µ = ALT + 0181
‰ = ALT + 0137

¼ = ALT + 0188
½ = ALT + 0189
¾ = ALT + 0190

¡ = ALT + 0161
¿ = ALT + 0191
² = ALT + 0178

Sebenarnya anda boleh mencuba sendiri ALT dengan kombinasi nombor yang lain. Mungkin anda akan menemui simbol yang menarik. Selamat mencuba. ☻♥☻