Sep 11, 2009

Blogspot Memperkenalkan Baca Selanjutnya


Berita baik buat semua bloggers. Kini Blogspot telah memperkenalkan fungsi baca selanjutnya atau read more seumpama Wordpress. Anda tidak perlu lagi memasukkan kod yang rumit ke dalam template seperti yang pernah penulis lakukan di sini dan sini. Hanya meletakkan sebaris ayat, anda sudah boleh menggunakan baca selanjutnya.


Fungsi ini diperkenalkan di dalam Blogger in Draft. Anda cuma perlu masuk ke tab Compose dan pilih menu Insert jump break. Letakkan menu tersebut di atas ayat yang anda ingin jadikan baca selanjutnya.


Bagi anda yang masih menggunakan Blogger biasa, anda juga boleh berbuat demikian dengan menulis secara manual. Hanya masukkan kod <!-- more --> di dalam tab Edit HTML, semestinya di atas ayat yang anda ingin jadikan baca selanjutnya.


Selain itu, anda juga boleh menukar ayat read more yang asal kepada baca lagi atau mengikut kemahuan anda sendiri. Anda masuk ke Layout, klik Edit pada bahagian Blog Posts dan tukarkan ayatnya di Post page link text.

Terima kasih kepada Blogspot yang semakin peka dengan kehendak pengguna. Selamat hari lahir ke sepuluh buat Blogspot. I Love You. Hehehe!!!

Via : Blogger Buzz

16 Comment

cHeRyNa PiReS Sat Sep 12, 06:36:00 AM

aku perasan mmg blogspot makin lama makin buat survey nak improve service. respect sama blogspot. dah lebih 5 tahun aku guna and aku puas ati:) (selagi belum ada bayaran la!)

- m!ss_yaNa - Sat Sep 12, 10:06:00 AM

wah~
makin bnyk kemajuan yg blogspot buat.
bagus2.. :)

Eriyza Sat Sep 12, 11:07:00 AM

cHeRyNa PiReS : Ye betul. Daku pun cukup puas hati dgn layanan yg blogger bagi. :-*

Eriyza Sat Sep 12, 11:10:00 AM

- m!ss_yaNa - : Yeah, blogspot mungkin menambah lebeh banyak kemudahan baru pd masa akan dtg. ;)

sueella Sun Sep 13, 02:11:00 AM

best ni.. sebelum ni punye la ssh nk jadi wat baca selanjutnya.. blogspot mcm peham2 jek ek..tak payah ssh lagi nak masukkan kod, adjust kod lagi :)

Eriyza Sun Sep 13, 11:39:00 AM

sueella : Aha, blogspot semakin memudahkan kerja para penggunanya. Bloggers baru pun leh cuba.

- m!ss_yaNa - Sat Sep 26, 01:24:00 PM

salam sis eriyza.yana da buat read more nie. tp bila preview, perkataan "read more" tuh x keluar. kenapa ek..??

Eriyza Sat Sep 26, 01:45:00 PM

- m!ss_yaNa - : Kalo publish, jd tak??

- m!ss_yaNa - Sat Sep 26, 03:13:00 PM

kalo publish pun x jadi..xkeluar pun perkataan read more tuh.

Eriyza Sat Sep 26, 06:24:00 PM

- m!ss_yaNa - : Ah sudah. Cuba lagi, kalo lum guna blogger in draft, guna yg tuh plak. Kalo tak jadi gak, akak pun tatau.

Ummi Nani Thu Oct 08, 04:28:00 PM

salam... ummi hadapi masalah yang sama cam Yana.. sebelum ni ok jer.. bila blogspot tambah 'read more' tu terus read more ummi dah tak function lg. Try buat kat blog baru pun sama gak.. mmg tak kuar... camner agaknyer yer..

Eriyza Fri Oct 09, 10:31:00 PM

Ummi Nani : Wsalam. Sy pun tak pasti apa masalahnya.

hz wan Thu Oct 15, 01:12:00 PM

helo...cmne nak wat genres.....mcm yang kak wat kat blog akak...

Eriyza Sat Oct 17, 02:18:00 PM

hz wan : Sila rujuk topik label berawan. :)

@LiYaNNuaR Fri Oct 30, 07:13:00 PM

thanks... lama x xplore... taktau pulak blogspot dah ade serbis READ MORE... huhuhu

Eriyza Fri Oct 30, 08:39:00 PM

@LiYaNNuaR : Sesama. Hehehe!!!

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.