Nov 30, 2008

Teks Flip


Tahun lepas, penulis pernah menulis tentang tulisan terbalik atau lebih dikenali sebagai teks flip. Kali ini penulis juga membuat topik yang sama tetapi laman web yang diperkenalkan ini lebih menarik berbanding yang terdahulu. Rasanya penulis tidak perlu mengulas panjang tentang topik ini. jelir


Jom buat teks terbalik di Flip Title. pokpok

Nov 29, 2008

Prebiu Lagu


Penulis cukup suka mendengar lagu. Lazimnya sebelum penulis memuatturun lagu² yang penulis suka, penulis akan mendengar dahulu prebiunya. Jika lagu itu sesuai dengan halwa telinga penulis, maka penulis akan mencarinya kemudian dan jika penulis rasakan lagu itu tidak bagus, maka pencarian penulis akan berhenti di situ. setan


Laman web yang bakal penulis perkenalkan ini adalah khusus untuk anda mencari lagu² untuk didengari sahaja. Anda tidak boleh memuatturun atau memasukkannya ke dalam blog. Seperti biasa, lagu Inggeris menjadi keutamaan carian. Anda boleh mencubanya di Songerize. diam

Nov 26, 2008

Paparan Komen Di Bawah Topik


Sebelum penulis bertolak ke Shah Alam baru² ini, penulis telah ditanya oleh seorang bloggers iaitu Cendawan Kukor tentang cara² untuk meletakkan komen di bawah topik yang dipaparkan. Ini bererti kotak komen tersebut tidak perlu dibuka di tetingkap yang berasingan. peace


Berikut ialah cara²nya :-
  • Login ke Draft Blogger.
  • Plih Settings - Comments.
  • Tandakan kotak Embedded below post di ruangan Comment Form Placement.
  • Save changes.
Jika cara di atas tidak berjaya anda lakukan, berkemungkinan template anda mempunyai masalah. Anda boleh mencuba cara kedua ini pula.
  • Cari kod di bawah ini.
<p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.allowComments'> <a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a> </b:if> </p>
  • Gantikan kod tadi dengan kod ini pula.
<p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.embedCommentForm'> <b:include data='post' name='comment-form'/> <b:else/> <b:if cond='data:post.allowComments'> <a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a> </b:if> </b:if> </p>
  • Save changes.
Selamat mencuba. Semoga berhasil. kenyit

Sumber : Blogmenjerit

Nov 17, 2008

Buang Tulisan Pada Feedjit Dan MyBlogLog


Kebanyakan bloggers gemar meletakkan Feedjit dan MyBlogLog di dalam blog mereka. Sesetengah daripada mereka tidak gemar dengan tulisan yang terpampang di bahagian atas dan bawah kedua² perkhidmatan tersebut. Justeru, mari penulis ajarkan cara untuk membuangnya. Seminit sahaja masa yang anda perlukan untuk melakukannya.


Berikut ialah cara²nya :-
  • Login.
  • Pilih Layout - Edit HTML.
  • Cari </head>
  • Letak kod ini diatasnya.
<style>
.FJ_Heading {display: none;}
.FJ_TrafFoot {display: none;}
.mbl_fo_hidden {display: none;}
.mbl_h {display: none;}
</style>
  • Save.
Selamat mencuba. Semoga berhasil.

Nov 16, 2008

Gambar Pada Latarbelakang Blog


Merujuk pada soalan Encik Faiz di kotak jerit bertarikh 15 November 2008, dia mahu tahu cara untuk menambah latarbelakang pada template Elegant seperti yang penulis buat pada blog ini. Justeru, topik kali ini penulis khususkan untuk mengajar cara menambah latarbelakang pada blog dengan menggunakan gambar. topi


Berikut ialah cara² untuk membuatnya.
  • Login.
  • Pilih Layout - Edit HTML.
  • Cari kod di bawah ini menggunakan CTRL + F.
/* -- Main -- */
body{background:#eeeddf ; margin:0; padding:0; font:12px arial,Sans-erif; text-align:center; color:#333}

  • Tukarkan kod tersebut seperti kod ini.
/* -- Main -- */
body {background:#eeeddf url('http://www.lamanweb.com/gambar.gif'); margin:0; padding:0; font:12px arial,Sans-erif; text-align:center; color:#333}

  • Preview.
  • Save template jika anda berpuashati dengan hasilnya.
Selamat mencuba. Semoga berhasil. senyum

Nov 15, 2008

Anugerah Dari Ida


Ganas betul anugerah kat atas. Ianya adalah pemberian dari rakan bloggers yang menggelarkan dirinya Ida. Menurut Ida, anugerah ini diberikan kepada penulis atas faktor ilmu memblog yang dipelajarinya dari penulis. Sebenarnya ilmu untuk memblog banyak diajar di laman web lain, cuma perlu rajin mencarinya sahaja. Penulis sendiri banyak mempelajari ilmu² tersebut dari blog rakan² yang lain. kenyit


Terima kasih kepada Ida kerana sudi menghadiahi penulis anugerah ini. Sejujurnya, penulis belum layak untuk dipanggil sifu. senyumkenyit

Nov 14, 2008

Tahniah


Bulan September lalu, penulis ada menulis tentang peperiksaan UPSR. Topik kali ini adalah rentetan daripada topik tersebut. Ketika itu, penulis menulis tentang tiga orang anak buah penulis yang kesemuanya perempuan, rupa²nya penulis tertinggal seorang anak buah lelaki yang turut menduduki peperiksaan yang sama. Justeru, topik kali ini khusus untuk mereka berempat. star

Dua orang dari mereka iaitu Nurul Najwa dan Nur Asmaq mendapat 5A manakala seorang lagi iaitu Nur Syuhada Afeena agak sederhana keputusannya. Si lelaki tunggal pula iaitu Muhammad Najib mendapat 4A1B. Tahniah dan syabas penulis ucapkan kepada mereka. Semoga kecemerlangan mereka di dalam bidang akademik akan berterusan sampai bila². cium

Nota : Penulis ada mengambil gambar slip peperiksaan UPSR Nurul Najwa tetapi kualiti gambarnyanya terlalu teruk untuk dipaparkan. tumbuk

Nov 13, 2008

Tag Dari Queen

:t::a::g::g::i::e:

Tag ini pula datangnya dari Cik Queen. Seperti juga tag sebelum ini, penulis agak lewat menyiapkannya. Diharapkan tuan punya soalan tidak marah pada penulis. Penulis akan cuba menjawab sebaik mungkin semua soalan yang diajukan meskipun ada sesetengahnya terpaksa dirahsiakan atas sebab² keselamatan tuan empunya diri. ihikhik



THE SELF
[01] Real Name: W_N N_R A_U_I_
[02] Nickname: Eriyza
[03] Status: Bujang
[04] Zodiac Sign: Capricorn
[05] Gender: Wanita
[06] Age: 30
[07] High School: SMKSI II
[08] College: Tiada
[09] Height: Tak ukur
[10] Weight: Tak timbang
[11] Do you like yourself: Suka sangat
[12] Piercings: Ya
[13] Right or left: Kedua²nya
[14] Are you a freak : Tidak
[15] Hair: Hitam
[16] Skin: Sawo matang
[17] Allergic: Tak pasti
[18] What are you doing now: Menjawab tag
[19] What will you doing 1 hour later: Makan tengahari
[20] What will you doing 10 years later: Ahli perniagaan yang berjaya


THE FAMILY
[21] Live with mother/father/parents: Keluarga
[22] Siblings(included you): 3
[23] Eldest: Tuan punya blog ini
[24] Youngest: Adik lelaki
[25] Love/hate your family: Terlalu sayang


THE LOVE
[26] You found your another half: Belum
[27] If yes, who is he/she: Tiada
[28] Who you want he/she to be: Entah
[29] Time(s) you in relationship: Entah
[30] Ever woo boy/girl: Entah
[31] Anyone woo you before: Entah
[32] Did anything wrong to your other half: Entah
[33] What was/were the wrong you had done: Entah
[34] Ever argue with your other half: Entah
[35] You with your other half since: Entah
[36] Are you straight/Lesbo: Normal
[37] Reasons you love your other half: Entah
[38] You and your other half in which stage: Entah
[39] You woo he/she or he/she woo you: Entah
[40] Ever think of marry he/she: Entah


THE FRIENDS
[41] Your first best friend: Norni Binti Hamzah
[42] Your first enemy: Tiada
[43] The friends you love the most: Semua
[44] The enemy you hate the most(1only): Tiada
[45] Your most beautiful girl friend: Semua
[46] Your most handsome boy friend: Semua
[47] The kind of girl you hate the most: Entah
[48] The kind of boy you hate the most: Entah
[49] You fall in love with your close friend before: Entah
[50] Your best friend is your ex-lover: Entah
[51] If your friend backstabbing you: Kecewa
[52] If your friend betray you: Terkilan
[53] If your friend woo your lover: Terkujat
[54] If your friends fall in love with you: Senyum
[55] If you fall in love with your best friend: Luahkan


THE STUDIES
[56] Are you a good student: Agaknya
[57] You always done your homeworks/assignments: Ya
[58] The teacher/tutor you love the most: Semua
[59] Always late to school/college: Kadang²
[60] Your class: Sastera
[61] You love your seniors: Entah
[62] Senior who you love the most: Entah
[63] Your classmates good/bad: Okey
[64] Excellent result classmate: Chan Yoke Moi
[65] Laziest classmate: Ramai

THE PEOPLE
[66] Smart people: Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari
[67] Stupid people: Pengamal ajaran sesat
[68] Good looking people: Keluargaku
[69] Ugly people: Pembuat tatu fanatik
[70] Funny people: Nabil
[71] Cute people: Jung Da Bin
[72] Bad people: Ariel Sharon
[73] Honest people: Para Nabi dan Rasul
[74] Acting people: Jackie Chan
[75] You are what kind of people: Tak pasti


THE PREFER
[76] Lip or eyes: Kedua²nya
[77] Hugs or kisses: Kedua²nya
[78] Shorter or taller: Kedua²nya
[79] Hesitant or spontaneous: Entah
[80] Nice stomach or nice arms: Kedua²nya
[81] Listener or talker: Kedua²nya
[82] Romantic or rich: Kedua²nya
[83] Good husband or Good Father: Kedua²nya


THE FUTURE
[84] Age to get marry: Sekarang
[85] Numbers of kid(s): 4
[86] Career: Perniagaan
[87] Salary: Setaraf dengan kelulusan
[88] Retirement age: Entah
[89] Properties value: Entah
[90] Wishes: Murah rezeki, sihat sejahtera, bahagia dunia akhirat


THE VICTIM
Tiada

Siap. Penat juga jari-jemari menjawab semua soalan. gile

Nov 12, 2008

Tag Dari AliyaAnnuar

:t::a::g::g::i::e:

Puan AliyaAnnuar mengetag penulis di topik ini tetapi penlis ingkar untuk berbuat demikian. Justeru, penulis menggantikannya dengan tag ini. Penulis berharap dia tidak berkecil hati. Penulis tidak menjawab tag yang sebenar kerana penulis kurang gemar untuk mempopularkan wajah penulis di blog ini meskipun ini adalah blog milik penulis sendiri. Namun, penulis tidak menafikan yang gambar penulis pernah terlepas penapisan lalu terpampang di blog ini. senyumkenyit


Tag yang penulis pilih ialah seperti berikut :-

1. Sudah pukul berapa sekarang?
-> 11.11 minit pagi.

2. Apa mood sekarang?
-> Biasa.

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
-> Menulis blog.

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
-> Hadirkan FR depan mata.

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
-> The Legend Of Condor Lovers.

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
-> Bekerja.

7. Apakah waktu makan sekarang?
-> Antara sarapan dan makan tengahari.

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
-> Suami, anak² dan keluarga.

9. Dan Dia/ Mereka sedang buat apa sekarang?
-> Mencari rezeki dan belajar.

10. Macam mana cuaca sekarang?
-> Tidak panas, tidak juga hujan.

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
-> Langsaikan seme hutang, menunaikan fardhu haji, beli tanah, beli rumah, beli mpv, bantu mereka yang dhaif dan menabung.

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
Kamu.

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
Blur.

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
11.21 minit pagi.

15.Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
Tiada

Siap. topi

Nov 11, 2008

Transformasi Teks


C1Nt4 4dalAh 535Uatu yang T1d4K Boleh dip4k5a, 4t4u d1bU4t-bu4T. cint4 itu l4HIr d4r1P4d4 lubuk j4ntUN6 1n54N1 DisEb4bK4n F4kt0r-f4Ktor t3rt3ntu. c1ntA LEBIh m3ndaLAm D4R1p4D4 5EK4d4r Per4s4An 5uka 4T4u 63Mbira. CIntal4h y4n6 t3lAH m3mb1n4 53lURuh r4n6k414n h1DuP d1 m4y4 P4da 1n1. T1d4kk4h k1T4 l1h4t, T4npa c1nt4 t14D4 464m4, t1ada k3lu4r64, t1aD4 n364ra, t14da k3H1DuP4n dALam 3Rt1k4t4 Y4n6 53b3nAR.

Anda tentu pernah melihat tulisan seperti di atas di blog rakan² anda. Mungkin anda juga seorang penggemar tulisan sedemikian tetapi penulis berkecuali. Sewaktu penulis mencari ilmu tadi, penulis terjumpa sebuah laman web yang berfungsi sebagai generator untuk menukar tulisan normal kepada tulisan seperti di atas. senyumkenyit


Contoh Teks Besar Kecil

tAnggaPan tEntang topIk tertentu


Contoh Nombor Dijadikan Abjad

T4n664pan T3nt4ng Top1k T3rt3ntu


Contoh Teks Diringkaskan

Tnggpn Tntng Topk Trtent


Justeru, penulis suka berkongsi dengan anda yang gemarkan tulisan berbentuk besar kecil dan juga nombor tertentu yang digantikan sebagai abjad. Anda cuma perlu menulis perkataan biasa pda kotak Teks Normal. Seterusnya, tandakan pada kotak pilihan samada anda mahu tulisan tersebut berbentuk besar kecil, nombor yang dijadikan abjad atau tulisan yang diringkaskan penggunaannya.

Anda juga boleh menggunakan ketiga² pilihan serentak. Seterusnya klik saja butang Go ABG Go (ABG bukan merujuk pada abang) untuk menukarnya. Hasilnya dapat anda lihat pada kotak Teks ABG. Anda boleh mencubanya di The Simple ABG Text Generator. sengihnampakgigi

Nov 10, 2008

Wanita











Lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul Wanita. Jom kita layan jiwang berlumut. Lagu ini juga didedikasikan kepada wanita² yang mengunjungi, membaca dan memberi komen di blog ini. Hidup wanita. love


Semoga kalian terhibur dengan alunan lunak suara si penyanyi. menari

Nov 9, 2008

Anugerah Dari Queen


Yoohoo! Dapat award dari Cik Queen yang sedang asyik masyuk bercinta dengan kekasih hatinya. Terima kasih kepadanya kerana sudi menghadiahi penulis award yang merujuk pada blog yang bagus. Bagi penulis, blog ini biasa saja, tiada apa yang bagus pun. Jadi, penghormatan yang diberikan sedikit sebanyak meningkatkan prestasi blog ini. peluk


Anugerah ini selayaknya berpindah pula kepada penama² berikut :-

Cheryna
Hawra

Selamat menerima anugerah. kenyit

Nov 6, 2008

Anugerah Dari Aliya Dan Dotblogspotdotkom




Terima kasih kepada Puan AliyaAnnuar yang menghadiahkan menara condong dan juga Dotblogspotdotkom yang memberi anugerah yang comel itu. Maaf sebab penulis agak lewat meletakkannya di blog ini.


Terima kasih daun keladi, lain kali bagilah lagi. cium

Nov 3, 2008

Jenis² Border

Terasa rindu pula dengan blog ini setelah beberapa hari tidak mencoret sebarang topik di sini. Kali ini penulis kembali dengan topik yang penulis kira menarik untuk dikongsi bersama sahabat² yang lain. Selain itu, topik kali ini adalah untuk rujukan penulis sendiri. Topik ini adalah berkaitan dengan border.

Jenis² border yang ada ialah :-

border-style: dotted;
border-style: dashed;
border-style: solid;
border-style: double;
border-style: groove;
border-style: ridge;
border-style: inset;
border-style: outset;


Berikut ialah contoh² setiap border yang dinyatakan di atas.

Border Dotted

Kod
<div style="border-width: 2px; border-style: dotted; border-color: red; ">
Border Dotted
</div>

Hasil
Border Dotted

Border Dashed

Kod
<div style="border-width: 2px; border-style: dashed; border-color: red; ">
Border Dotted
</div>

Hasil
Border Dashed

Border Solid

Kod
<div style="border-width: 2px; border-style: solid; border-color: red; ">
Border Solid
</div>

Hasil
Border Solid

Border Double

Kod
<div style="border-width: 4px; border-style: double; border-color: red; ">
Border Double
</div>

Hasil
Border Double

Border Groove

Kod
<div style="border-width: 4px; border-style: groove; border-color: red; ">
Border Groove
</div>

Hasil
Border Groove

Border Ridge

Kod
<div style="border-width: 4px; border-style: ridge; border-color: red; ">
Border Ridge
</div>

Hasil
Border Ridge

Border Inset

Kod
<div style="border-width: 4px; border-style: inset; border-color: red; ">
Border Groove
</div>

Hasil
Border Inset

Border Outset

Kod
<div style="border-width: 4px; border-style: outset; border-color: red; ">
Border Groove
</div>

Hasil
Border Outset


Border² tersebut boleh diringkaskan kodnya seperti berikut :-
border-width: 4px; border-style: double; border-color: #f00;
boleh disingkatkan menjadi
border 4px; double; #f00;

2px dan 4px pula merujuk kepada ketebalan border.

Jika mahu menambahkan border pada template, pilih Edit HTML dan letakkan kod border diantara kod { dan kod }, contohnya :

.blog-author-comment p{
border:2px solid #336699;}

Sumber : Jovieblog