May 30, 2007

Yahoo Messenger For Web


Yahoo Messenger For Web


Penulis sering mendengar rungutan teman² tentang Yahoo Messenger (YM) mereka dihalang untuk digunakan di tempat kerja mahu pun di tempat mereka belajar. Jangan risau rakan² sekalian kerana kini anda boleh berchatting dengan menggunakan Yahoo Messenger for Web (YMW). Perkhidmatan ini baru sahaja diperkenalkan oleh Yahoo! dan mungkin ramai lagi yang belum tau tentang YMW terbaru ini.

Nah, sekarang anda boleh tersenyum lebar untuk berchatting dengan rakan² anda sambil mengeratkan ukhwah yang sudah terjalin. YMW ini tidak perlu dimuatturun atau disimpan di panel C:/ komputer anda. Anda cuma perlu ada Flash Player untuk menggunakan perkhidmatan ini.


YMW masih dalam versi Beta. Tetapi penulis telah mencubanya dan ternyata ianya satu alternatif yang bagus. Selain itu, ia juga mesra pengguna kerana boleh digunakan dengan pelbagai browser. Cuma YMW tidak sebagus YM biasa kerana ia tiada audible, environment dan tidak boleh main BUZZ. Tak mengapa, benda² tuh semua bukan penting sangat, yang bestnya anda boleh online menggunakan website walaupun kat komputer tuh tiada YM. Selamat berchatting ye.

Klik di sini untuk mencuba Yahoo Messenger For Web


Screenshot Chat Penulis


Sumber : Khai Digital Roaming

May 29, 2007

Free Button Maker


Sebelum nih penulis dah kongsi link tentang Warning Label Generator dengan pembaca blog. Kali nih plak penulis nak kongsi satu lagi website best yang menawarkan khidmat membuat button secara percuma. Hanya dengan mengikuti empat langkah mudah, anda boleh mencipta button untuk blog atau website anda dalam masa seminit sahaja.


Dapatkan button percuma di website Free Buttons Maker. Selamat membuat button yang comel untuk blog dan website anda.

May 28, 2007

Warning Label Generator



Penulis terjumpa satu website menarik sewaktu penulis mencari gambar untuk diletakkan di dalam blog ini. Website tersebut menawarkan beberapa icon generator yang korang boleh create sendiri dan seterusnya diletakkan ke dalam blog korang. Korang bleh lihat contoh yang telah penulis wat. Menarikkan??


Kalo korang pun nak wat icon generator korang sendiri, korang klik aje pada website nih Warning Label Generator.

May 26, 2007

Andai Ku Tahu


Sejak penulis meletakkan lagu ini di blog, ramai pula orang bertanya kepada penulis tentang tajuk lagu dan kumpulan yang menyanyikannya. Penulis pun tahu tentang lagu ini dari blog Kamil. Melodinya bagus manakala liriknya pula bisa menginsafkan penulis. Hati penulis tersentuh sungguh dengan puitisnya lirik lagu ini, akhirnya gugur jua airmata penulis. Ampuni aku ya Allah.


Andai ku tahu....
Kapan tiba ajalku...
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku...

Andai ku tahu...
Kapan tiba masaku...
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...

Andai ku tahu...
Malaikatmu kan menjemputku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...

Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...
Aku manusia yang takut neraka...
Namun aku juga tak pantas disurga...

Andai ku tahu....
Kapan tiba ajalku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...
Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...

Terima kasih Kamil.

May 23, 2007

Kembar Seiras vs Kembar Tak Seiras



Penulis nak bercerita tentang pelajar penulis pada posting kali nih. Dalam kelas penulis, ada dua pasang kembar. Kedua²nya ialah kembar lelaki. Sepasang tuh kembar seiras dan sepasang lagi kembar tak seiras. Penulis suka sangat menyakat si kembar nih sebab reaksi mereka sikit berbanding pelajar lain.


Gambar sebelah kiri tuh kembar tak seiras manakala gambar kanan plak, kembar seiras. Lazimnya, mereka tidak akan duduk sebelah menyebelah di dalam kelas. Mereka lebih suka duduk dengan rakan² yang lain. Kembar seiras sukar untuk dikenali yang mana abang dan yang mana adik walaupun tahi lalat di muka yang membezakan mereka. Kalau penulis tersilap panggil pun, mereka iyakan saja. Seronok sebenarnya mempunyai pelajar kembar sebab penulis boleh melihat karektor mereka. Nakal juga laa budak kembar nih. Mesti ada je benda yang dia tak puas hati ngan kembarnya. Maaflah sebab gambar kurang jelas.

May 21, 2007

Bingkisan Dari Pelajar



Saje je nak tayang hadiah yang penulis terima daripada seorang anak didik yang menghargai tunjuk ajar penulis. Sebenarnya penulis dah lama dapat hadiah nih, sebelum tibanya Hari Guru lagi tapi masa tuh penulis malas nak upload dari henpon ke blog nih.


Walaupun cikgu tuisyen tidak seglamour cikgu sekolah, jasa kami pun tidak banyak mana jika nak dibandingkan dengan cikgu sekolah tetapi ingatan ikhlas dari anak² didik kadangkala meruntun hati juga. Sepanjang penulis menjadi guru tuisyen, penulis tidak pernah mengharapkan apa² hadiah berupa barangan daripada pelajar kerana bagi penulis ilmu yang dimanfaatkan sebaik mungkin itulah yang merupakan hadiah terbaik.

Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik termasuklah cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah, tutor serta sesiapa saja yang pernah memberi tunjuk ajar kepada insan lain. Semoga anda semua dirahmati Allah.

May 18, 2007

Sebuah Epilog Luka


Kau berjanji akan masih seperti dahulu
Menyintai, menyayangiku dengan sepenuh hati
Dalam hujan dan kemarau
Kau lindungi aku
Belum puas ku kecapi
Hangatnya kasihmu

Tapi itu kisah semusim nan lalu, kini yang tertinggal hanyalah cebisan memori. Pasti tidak mampu penulis lupakan sepanjang jalan kenangan.

Tiada guna menangis
Ku pujuk hati ini
Ku cuba melupakan dirimu
Dan menolak engkau dari mimpiku.

Sabarlah diri, tenanglah wahai hati. Kesedihan pasti akan berlalu pergi. Anggap saja ini sebuah mimpi yang pastinya hilang apabila terjaga. Meski pun jiwa luluh, namun yakinlah di suatu masa nanti pasti akan ada sinar bahagia. Pergilah sepi.

May 14, 2007

Alkisah Kereta Sewa



Tengahari tadi sewaktu penulis dan adik-beradik penulis yang lain mahu ke Kuantan, kami melihat bekas kemalangan yang berlaku di Chendor. Penulis memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengambil gambar kemalangan tersebut. Menurut saksi kejadian, nahas itu berlaku apabila Proton Wira yang cuba masuk ke laluan jalanraya dari kaki lima jalan tidak memberi lampu isyarat. Naza Suria yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Pahang tidak sempat membrek dan berlakulah kemalangan yang dahsyat. Penulis difahamkan bahawa kereta Naza Suria berpusing beberapa kali sebelum terbalik. Namun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Tidak berapa lama kemudian, penulis meneruskan perjalanan ke destinasi. Penulis mengarahkan adik penulis yang memandu Kancil untuk berada di hadapan. Sewaktu kami tiba di Gebeng, berlaku pula kesesakan lalulintas yang teruk. Penulis andaikan ada kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Gebeng.

Lantas penulis menelefon adik penulis dan mengarahkan dia berpatah balik sebelum kami menggunakan laluan alternatif di Pelabuhan Kuantan. Penulis menghantar kereta ke pusat servis dan kereta penulis terpaksa ditinggalkan di Semambu kerana tidak sempat disiapkan. Penulis memandu pulang kereta Kancil yang kami sewa. Cuak juga sebab sudah lama penulis tidak memandu kereta gear manual sejak memandu kereta sendiri. Alhamdulillah, penulis selamat tiba di rumah walaupun Kancil tersebut sedikit uzur dengan keadaannya yang tidak diselenggara dengan baik.

Sterengnya berat, malahan lampu isyaratnya tidak dapat dimatikan, viper pula rosak. Nasib baik laa hujan tidak turun lebat sangat tadi. Kalau tidak, terpaksa laa penulis tunggu hujan reda sebelum pulang. Kalau menyewa kereta, kena pastikan keadaannya bagus sebelum bersetuju. Serik penulis kalau memandu kereta seperti Kancil tadi. Melayang tiga keping not sepuluh walaupun disewa cuma enam jam.

May 13, 2007

Selamat Hari Ibu




Selamat Hari Ibu Buat Umi Kesayangan. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, dilindungi Allah dan bahagia selalu. Mudah²an segala apa yang dicita²kan dapat digapai jua. Meskipun diberi segunung emas permata, belum tentu dapat membalas pengorbanan dan jasa umi membesarkan kami adik-beradik. Maafkan kami seandainya ada kekhilafan yang kami lakukan sepanjang menjalani kehidupan ini.


Umi ibu terbaik di dunia. Takkan ada ibu lain sebaik umi. Seandainya penulis berupaya untuk mengadakan apa saja yang dikehendaki umi, nescaya tiada satu pun permintaannya ditolak. Penulis tahu apa yang umi paling mahukan di saat ini. Tunggulah masa dan ketikanya, dengan izin Tuhan, penulis akan "hadiah"kan juga buat umi. Insya allah.

Sayang Umi infiniti, seumur hidup penulis dan selama-lamanya.


A Song For Mama by Boyz II Men

You taught me everything
And everything you've given me
I always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah

There isn't anything
Or anyone that I could be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side, oh

You were there for me
To love and care for me
When skies were gray

Whenever I was down
You were always there
To comfort me

And no one else can be
What you have been to me
You will always be

You will always be the girl
In my life, for all times

Mama, mama you know I love you (I love you)
You know I love you
Mama, mama, you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars (Yes it is)
Mama I just want you to know
Lovin' you is like food to my soul
(Yes it is, yes it is, oh yes it is,
yes it is, yes it is, oh)

You're always down for me
Have always been around for me
Even when I was bad
You've shown me right from my wrongs
Yes you did

And you took up for me
When everyone was down on me
You always did understand
You gave me strength to go on

There were so many times
Looking back when I
Was so afraid

And then you'd come to me
And say to me
I could face anything

And no one else can do
What you have done for me
You'll always be, you will always be
The girl in my life

Mama, mama you know I love you
(You know I love you)
You know I love you
Mama, mama, you're the queen of my heart (You are)
Your love is like tears from the stars
(Your love is like tears from the stars)
Mama I just want you to know (Mama I just want you to know)
Lovin' you is like food to my soul

Never gonna go a day without you
Fills me up just thinkin' about you
I'll never go a day without my

Mama, mama you know I love you
(You know, mama, you know I love you)
You know I love you
Mama, mama, you're the queen of my heart
(The queen of my heart)
Your love is like tears from the stars
(See your love, your love is like tears from the stars)
Mama I just want you to know (Mama whoa, my mama, mama)
Lovin' you is like food to my soul
(Loving you is like food to my soul)

Oh yeah, yeah
You are the food to my soul
Yes you are

May 9, 2007

Patah Hati

Penulis cuma mahu kepastian. Mengapa tiada sebarang jawapan yang diberikan pada soalan yang penulis ajukan?? Susah sangatkah untuk menulis perkataan YA atau TIDAK?? Penulis bingung, tidak berani untuk membuat telahan sendiri tentang rasa hatinya. Mengapa penulis dibiarkan dalam persoalan tiada berpenghujung??

Penulis penat. Cukup penat sebenarnya. Berteka-teki sendirian dalam persoalan yang penulis sendiri tidak tahu samada masih relevan atau sudah berkubur. Hanya satu yang penulis pinta, berilah jawapan yang jujur. Usah difikirkan akan hati penulis, meskipun jawapannya nanti bisa menghampakan penulis tetapi penulis sudah bersedia untuk menghadapi kenyataan. Jangan biarkan penulis berada dalam misteri.

May 8, 2007

Kisah Penguin


Penulis melihat video kiriman seorang forumer bernama Idayu ini di TKO. Tertarik dengan kehidupan si penguin, penulis letakkan pula di blog ini tuk tatapan teman² pula.


Penulis kagum dengan kebesaran yang Allah tunjukkan melalui penguin ini.

May 7, 2007

Zara Pilihan Raja Nazrin Shah

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah akan melangsungkan perkahwinan pada 17 Mei ini di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Iskandariah, Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman berkata, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah berkenan menyempurnakan istiadat perisytiharan lantikan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan dan penganugerahan Darjah Kerabat kepada isteri Raja Nazrin di Istana Iskandariah pada 18 Mei.

Istiadat persandingan diraja akan dilangsungkan pada 19 Mei ini di balairung seri istana itu pada sebelah malam, diikuti dengan majlis santapan diraja, katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, pejabat Sultan Perak akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa untuk keperluan media bagi mengelak liputan berbentuk sensasi.

Beliau memohon kerjasama dan persefahaman pihak media bagi melakukan liputan secara fakta berdasarkan kenyataan rasmi dari istana dan bukannya membuat liputan berbentuk sensasi.

Laporan Bernama mengenai perkahwinan Raja Nazrin tidak menamakan wanita yang menjadi pilihannya.

Bagaimanapun, sumber Utusan Malaysia memberitahu, gadis bertuah yang menjadi pilihan putera raja itu ialah anak kepada seorang peguam terkenal yang memiliki firma guaman di Kuala Lumpur.

Menurut sumber itu, wanita yang berjaya mencuri hati Raja Nazrin, 50, dikenali sebagai Zara Davidson.

Difahamkan, Zara, berusia 30-an, berasal daripada keluarga bangsawan Kedah dan salah seorang datuknya merupakan tokoh politik terkenal di negeri itu pada zaman awal kemerdekaan.

Raja Nazrin dan Zara mula berkenalan beberapa tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan rapat mereka.

Raja Nazrin adalah putera sulung kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Baginda diputerakan pada 27 November 1956 di Pulau Pinang dan pernah ditabalkan sebagai Pemangku Sultan Perak ketika ayahandanya dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Kesembilan dari 1989 hingga 1994.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

May 5, 2007

Walimah Geng TKO


Gambar : Ehsan Ambo Jr TKO


Seawal jam 8 pagi, penulis dan ahli keluarga yang lain bertolak ke Dungun. Kami sampai di sana lebih kurang jam 9 pagi. Penulis singgah di UITM Dungun tuk mengambil adik lelaki, selepas itu mengambil Angah pula di bandar Dungun. RM Skepo dan Apache menunggu kami berhampiran jambatan Dungun. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Setiu. Penulis berhenti sarapan di Kelulut pada jam 10 pagi manakala RM Skepo dan Apache meneruskan perjalanannya. Kami berjumpa kembali di Jambatan Sultan Mahmud pada jam 11 pagi. Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi.


Lebih kurang jam 12 tengahari, kami tiba di Tok Jiring. Sempat jugak laa penulis melihat rumah Ustaz Insani tetapi Ustaz tiada di rumah ketika itu kerana beliau ke Pasar Batu Enam. Setelah hampir 5 minit menunggu, Ustaz pulang ke rumahnya. Setelah itu, beliau sekeluarga menaiki kereta Apache dan kami meneruskan perjalanan ke Setiu. Ini kali pertama penulis memandu ke Setiu. Jalannya bengkang-bengkok seumpama litar Formula One tetapi seronok juga.

Kira² jam 12.45 tengahari, kami semua selamat tiba di Setiu. Penulis bersalaman dengan isteri RM Skepo dan isteri Ustaz Insani. Ketika itu, tetamu sudah ramai menghadiri majlis walimah rakan TKO iaitu Encik Rahsia dan Puan Rahsia. Kami masuk ke dalam rumah pengantin tetapi dimaklumkan pengantin belum tiba. Isteri Ustaz mencadangkan agar kami makan dahulu. Sedang kami enak menjamu selera, pengantin lelaki menghampiri kami dan cuba meneka antara kami berdua siapa Eriyza dan siapa are_ngah. Sedap tul nasik minyak di sini. Kemudian, kami menyaksikan acara bergambar. Di sana, penulis temui pula Ambo Jr yang sedang sibuk mengambil gambar. Penulis sempat beramah mesra dengan beliau seketika.

Penulis melihat kegembiraan jelas terpancar di wajah mempelai. Mempelai mengenakan busana hijau sedondon. Nampak sama cantik, sama padan. Ikatan suci yang dibina atas dasar kasih sayang diharapkan berkekalan hingga hujung nyawa. Alhamdulillah, dengan izin Allah, sudah ramai juga warga TKO yang penulis temui. Bermula dengan kengkawan yang pulang dari mencandat sotong sehinggalah pejumpaan secara empat mata di bandar Dungun dan di majlis walimah ini pula. Penulis berpeluang mengenali Apache, ahli keluarga RM Skepo, Ustaz Insani dan keluarganya. Penulis tidak melepaskan peluang untuk berbual dengan ustazah (isteri Ustaz). Tambahan pula, ustazah peramah orangnya. Sedikit sebanyak rasa segan bekurangan juga. Cuma penulis tidak bekesempatan untuk berbual dengan Apache dan Ustaz Insani, maklum laa malu wal segan melanda jiwa. Sekadar mengenali sudah mencukupi.

Penulis mahu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat RM Skepo kerana menjadi penunjuk arah bagi penulis. Tanpa beliau, penulis mungkin tidak berpeluang menghadiri majlis walimah di Setiu. Buat pengantin baru, doa dan harapan semoga kalian dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Insya allah.

May 4, 2007

Camera Digital Menjadi Handphone


Rancangan awal nak beli camera digital tapi bila dah sampai ke tempat yang dituju benda yang dibeli ialah handphone. Camno bleh betuko dari camera digital ke handphone nih?? Oleh kerana plan betuko saat akhir, penulis lupa nak suruh minah cina tuh pindahkan nombo tepon yang ada dalam henpon ke sim card. Abeh laa ilang nombo yang ada lam henpon tuh. Huhuhu! Camna penulis nak cari balik kalo minah cina tuh dah delete seme benda lam henpon tuh.

Sahabat² sekalian, tulung sms semula nombo kalian ke nombo 012 9625007. Penulis minta mahap laa sebab cuai sehingga menyebabkan nombo henpon korang ilang. Pasnih penulis kena simpan nombo tepon korang lam buku, takleh harapkan henpon semata². Hehehe!!!

May 1, 2007

Anti Spyware Terbaik

Penulis nak share satu software yang best tuk korang seme. Seblum penulis kongsi software nih, meh kita bekenalan dolu dengan apa itu Spyware.

Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui sambungan internet tanpa pengetahuan mangsa, lazimnya dalam bentuk iklan popup. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muatturun melalui internet. Spyware dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Ia mirip Trojan Horse. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash) atau sistem menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh kebanyakan perisian anti-virus biasa.

Penulis telah menginstall software ini yang dinamakan Advance Windows Care dan ternyata ianya sangat mesra pengguna. Selain itu, ia juga mengimbas dengan laju dan tidak membebankan komputer. Jadi, penulis sarankan kawan² menggunakannya juga untuk menyingkirkan spyware di komputer masing².

Muat turun software ini di Advance Windows Care

Source : Laman PHP Zulkiply Harun