Aug 31, 2009

Hantar Twitter Dengan Sms

Buat penggemar Twitter, anda tidak perlu risau lagi untuk meninggalkan mesej kepada rakan² anda sekiranya anda tidak berada di hadapan komputer. Kini, anda boleh menghantar mesej ke Twitter secara terus dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Ianya sangat sesuai digunakan jika anda ingin menyampaikan mesej penting kepada rakan taulan.

Mula² anda perlu masuk ke GladlyCast dengan menggunakan id Twitter. Kemudian, anda perlu menghantar satu sms berdasarkan ayat yang telah diberi ke nombor telefon 012 795 9876. Seketika kemudian, akaun anda akan diaktifkan. Maka, anda bolehlah memulakan aktiviti bertwitter dari telefon bimbit dengan kadar semurah 1 sen sahaja. Semestinya perkhidmatan ini disediakan oleh Maxis. Mudah dan murah.

Iklan : Selamat Hari Kemerdekaan Ke 52 buat negaraku, Malaysia.

Via : Sembang Komputer

Aug 29, 2009

Yahoo Messenger 10 Beta

Yahoo! Messenger 10 versi beta telah mula diluncurkan oleh Yahoo!. Banyak penambahbaikan yang telah diaplikasikan di dalamnya. Antaranya anda dapat melihat sama ada rakan² anda telah mengemaskini laman sosial seperti Flickr, Yahoo! Buzz, Twitter dan lain² melalui tab Updates. Selain itu, ia juga menawarkan perkhidmatan panggilan video berskrin penuh yang berkualiti tinggi.

Menariknya, sebelum anda masuk ke Yahoo! Messenger, anda boleh memilih bahasa yang anda ingini. Setakat ini, 16 pilihan bahasa disediakan untuk anda. Terdapat banyak ikon² comel digantikan di dalam tetingkap sembang Yahoo! Messenger. Sebenarnya banyak lagi benda² menarik yang ditawarkan. Kalau nak tahu, anda kenalah mencubanya sendiri. Silalah muatturun Yahoo! Messenger 10. Harus diingat, ini hanyalah versi beta, versi sebenar belum dilancarkan.

Via : Amanz

Aug 27, 2009

Blogspot Memperkenalkan Label Berawan

Akhirnya Blogspot telah membuat penambahbaikan pada widget label miliknya. Antara menu baru yang diperkenalkan ialah pemilihan Cloud selain List pada paparannya. Ini akan memudahkan bloggers baru untuk meletakkan label berawan di blog milik mereka. Tidak seperti dahulu, penulis harus memasukkan kod lain ke dalam layout untuk menghasilkan label berawan.

Agak menarik juga apabila di tab Show anda diberi pilihan sama ada untuk memaparkan semua label di All Labels atau sebahagian sahaja label di Selected Labels. Di tab Sorting pula, pilihlah Alphabetically untuk label mengikut abjad atau By Frequency untuk label yang paling kerap digunakan. Kalau anda mahu label anda disertai dengan jumlah posting, bolehlah menanda bahagian Show number of posts per label. Syabas Blogspot kerana semakin peka dengan kehendak para bloggers.

Manfaatkanlah menu baru di widget ini dengan sebaiknya. Semoga penerangan ringkas penulis ini boleh membuatkan anda lebih faham.

Via : Blogger Buzz

Aug 26, 2009

Memasang Jumlah Pos Dan Komen

Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Hari ini penulis mahu berkongsi cara untuk memasang jumlah pos dan jumlah komen. Ianya adalah widget yang mudah dan sangat sesuai untuk dicuba oleh bloggers baru.

Cara²nya adalah seperti berikut :-

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Page Elements.

3. Pilih Add a Gadjet - HTML / Javascript.

4. Kemudian, salin kod di bawah ini ke dalamnya.

5. Save.

Tukarkan alamat blog penulis yang berwarna merah dengan alamat blog anda sendiri. Selamat mencuba.

Aug 21, 2009

Cantikkan Gambar Dengan Pic Treat

Adakalanya gambar yang diambil kelihatan kusam, nampak kesan jerawat, ada tanda merah pada mata dan lain² lagi. Justeru, ia tidak menarik untuk dimasukkan ke dalam blog. Kini, anda boleh membuang benda² yang tidak digemari itu dengan mudah.

Anda masuk ke laman sesawang PicTreat. Pilih gambar anda dan muatnaik gambar tersebut. Anda tidak perlu mendaftar, gunakan perkhidmatan percuma dengan gembira.

Tarikh Untuk Diingati : 20/08/2009 - Nokia 5800

Aug 17, 2009

Cari Gambar Dengan Corbis

Gambar kadangkala memainkan peranan penting untuk membantu cerita yang ditulis. Justeru, ramai bloggers suka meletakkan gambar di dalam setiap topik yang mereka karang. Lagi menarik gambar itu, lagi minatlah pembaca untuk meneruskan bacaan.

Penulis ingin memperkenalkan laman sesawang yang bertindak sebagai enjin pencarian untuk mencari gambar. Pastikan anda menggunakan perkataan inggeris untuk mencari gambar. Selamat menyelongkar laman sesawang Corbis.

Aug 15, 2009

Bapak Lelaki Hebat

15 Ogos menjelang lagi, hari ini hari lahir seorang insan yang besar jasanya di dalam kehidupan penulis dan ahli keluarga yang lain. Beruntungnya penulis kerana berpeluang menjadi anak kepada seorang lelaki yang sehebat ayahanda. Di ruangan ini ingin penulis nukilkan tentang perihal lelaki yang menjadi sumber inspirasi penulis.

Beberapa perkara istimewa tentang ayahanda penulis.
• Bapak handal bermain gitar malah pernah mempunyai bandnya sendiri sewaktu muda. Paling mengujakan, bapak pernah mengiringi persembahan P. Ramlee dan Saloma.
• Bapak tahu memasak. Hampir semua pelanggan kami menggemari makanan hasil air tangan bapak. Hidangannya yang paling popular ialah mee goreng lidi dan nasi goreng, sebab itulah layak digelar Chef Wan.
• Bapak pandai mengambil hati isteri. Dia selalu memberi barang buat arwah ummi. Antara barang² yang selalu bapak beli untuk arwah ummi ialah makanan, pakaian, tudung dan juga selipar.
• Bapak suka memakai pakaian yang tertib walaupun tidak mahal. Pakaiannya sering bersesuaian dengan majlis yang akan dihadiri. Bapak selalu memastikan dirinya segak dengan memotong pendek rambutnya dan mencukur misainya.
• Bapak selalu bercucuk tanam. Sekeliling kediaman kami dipenuhi dengan pokok cili, mangga, nangka, durian belanda, kelapa, misai kucing dan pelbagai lagi pokok herba. Apabila buah²an itu masak, dia akan menjualnya separuh dan sebahagian lagi akan diberikan kepada saudara-mara dan jiran tetangga. Anak²nya tidak menggemari buah²an.
• Bapak sering menjadi bilal di surau berhampiran kediaman kami. Kadangkala dia akan mengimamkan solat berjemaah. Setiap kali bulan puasa, bapak akan menjadi bilal untuk solat terawikh di surau itu.
• Bapak bersikap tegas. Dia jarang mengizinkan kami adik-beradik keluar bersosial bersama teman² tanpa sebarang tujuan yang kukuh. Kami juga dilarang ke mana² tanpa muhrim bersama. Biasanya kami sekeluarga akan keluarga bersama².
• Bapak penyayang. Dia akan segera mencari kami jika kelibat kami tidak kelihatan di matanya. Jika penulis pulang lewat dari kelas, dia akan menyuruh adinda penulis menelefon. Pernah suatu ketika, penulis tidak pulang dari sekolah kerana ada kelas tambahan, tidak semena-mena bapak muncul di sekolah kerana bimbangkan penulis. Ohhh, terharunya.
• Bapak kerap menjadi ketua di dalam rombongan meminang atau perkahwinan. Bapak sering menjadi orang penting di dalam majlis sedemikian. Kepetahannya berbicara sambil berpantun dikagumi ramai. Cuma, sehingga ke hari ini belum ada lagi majlis seumpama itu untuk anak²nya sendiri. Sedihkan??
• Bapak mengaji setiap hari untuk dihadiahkan kepada arwah ummi. Jika dia tidak sihat, bacaan akan dihentikan seketika. Selepas itu, bacaannya akan disambung semula. Sesungguhnya arwah ummi begitu bertuah kerana dijodohkan dengan bapak yang setia mengasihinya meskipun mereka sudah terpisah jauh.

Jika hendak disenaraikan semua perkara tentang bapak, tidak akan habis sehari semalam untuk menaipnya. Penulis bukanlah seorang anak yang baik, kadangkala berdebat juga dengan bapak tentang sesuatu perkara. Tetapi penulis juga boleh menjadi pendengar setia terhadap setiap luahan hatinya meskipun penulis bukanlah anak yang paling disayanginya. Walau apa pun, penulis menyayangi bapak sepenuh hati. Semoga Allah melindungi dan memakbulkan semua hajat bapak. Amin.

Aug 13, 2009

Novel : Ratu Hatiku

Novel ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yatim piatu yang tinggal bersama pakciknya. Oleh kerana kemiskinan, pakciknya telah menyuruhnya keluar dari rumah kerana tidak mampu menanggungnya lagi. Gadis malang itu membawa diri ke kota metropolitan yang menemukan dia dengan Amir. Di dalam keenakan membuai rasa, bekas tunangnya iaitu Hairie yang juga merangkap bos Amir mahu berkahwin dengannya kerana rasa cinta yang masih membara.

Si gadis, Norazirawati tersepit antara kekasih dan bekas tunang yang mengharapkan cintanya. Ternyata antara keduanya, dia hanya boleh memilih seorang untuk dijadikan teman hidup. Adakah Norazirawati memilih Amir lalu mengenepikan Hairie?? Anda kena membacanya sendiri untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Bagi penulis novel ini biasa sahaja. Banyak juga benda yang boleh dipersoalkan terutama tentang si gadis yang mengganggur kemudiannya diwasiatkan kedai perabot oleh Tauke Lim kepadanya. Entah kenapa tidak ditawarkan sahaja pekerjaan kepada Norazirawati di dalam babak pertemuan mereka?? Terselit juga kesalahan peribahasa iaitu "Ambil yang keruh dan buang yang jernih". Mungkin pengarangnya tidak menyemak semula bahagian itu.

Sinopsis :
Tidak mudah untuk aku lemparkan kisah silam ini. Kerana di dalamnya ada cerita sedih yang menyentuh perasaan. Rasa kesal yang bukan sedikit... yang tidak pernah surut-surut malah terus membukit. Namun untuk menebusnya, aku rasa berdosa kerana terpaksa merampas dirimu daripada lelaki lain. Lelaki yang selama ini aku sangkakan tidak menyimpan perasaan padamu. Lelaki yang telah aku luahkan seluruh perasaan tentang cinta dan impianku untuk hidup bersamamu. Sedangkan aku tidak sedar sebenarnya... impian dan cintaku telah menghancurlumatkan hatinya. Kekasih... biarlah aku undur diri demi memberi peluang untuk kau mengecap bahagia bersama kekasih yang kau puja... kekasih yang kau sayang, yang terlebih dahulu mencurahkan rasa cintanya padamu. Jangan ada rasa bersalah padaku... kerana aku ikhlas melepaskan apa yang aku sayang demi sebuah pengorbanan.

Judul : Ratu Hatiku
Penulis : Azlini Hassan
Penerbit : Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Milik : Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Penilaian : 2/5

Menukar Tulisan Pada Tajuk Topik

Dua hari lalu, Cikgu Putraaiman telah meninggalkan soalan di shoutmix penulis. Soalannya adalah tentang penukaran jenis tulisan di bahagian topik. Jadi, penulis fikir ada juga pembaca lain yang mungkin mahu bertanyakan soalan yang sama tetapi belum berbuat demikian. Jom, kita belajar sama².

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML
(Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari .post h3 } atau .h3 }, tampal kod berwarna ungu sebelum tanda {.

Contoh kod :-

.post h3 {
margin:.25em 0 0;
padding:0 0 4px;
font-family:Kristen ITC;
font-size:20px;
font-weight:400;
line-height:1.4em;
color:$titlecolor;
background: #333333;
padding: 5px;

font-family:Kristen ITC; = jenis tulisan
font-size:20px; = saiz tulisan
font-weight:400; = ketebalan tulisan

5. Preview dan save template jika berpuashati.

Anda juga boleh menambah kod ungu di atas di dalam sidebar atau komen. Selamat mencuba. Semoga sukses.

Aug 12, 2009

Masukkan Video Dari Youtube

Topik ini merupakan tutorial yang dirujuk dari soalan cikgu_eya, kali ini penulis akan berkongsi cara² untuk memasukkan video dari Youtube ke dalam blog. Baiklah, tanpa melengahkan masa yang sering dianggap emas, mari kita mula belajar.

Cara²nya adalah seperti berikut :-

1. Masuk / login ke Youtube.

2. Mulakan pencarian video dan klik lagu tersebut.

3. Klik pada butang berwarna biru seperti skru. Pilih menu yang anda kehendaki sama ada Include related videos, Show Border, Enable delayed cookies, warna video atau saiz video. Kemudian, salin kod yang berada pada bahagian Embed.

Contoh kod :-

<object width="445" height="364"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Kv95hPYp-XU&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0xe1600f&color2=0xfebd01&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/Kv95hPYp-XU&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0xe1600f&color2=0xfebd01&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="445" height="364"></embed></object>
4. Seterusnya, tampal kod tersebut di dalam tab Edit HTML.

5. Preview dan publish post jika berpuashati.

Mudah sajakan?? Selamat mencuba.

Aug 10, 2009

Masukkan Lagu Dari Imeem

Ada soalan diajukan oleh cikgu_eya di email penulis tentang cara² untuk memasukkan lagu dari Imeem ke dalam blog dan memasukkan video dari Youtube ke dalam blog. Penulis akan mulakan dengan soalan pertama dan soalan kedua akan diajar pada topik lain. Harap bersabar ya.

Cara²nya adalah seperti berikut :-

1. Masuk / login ke Imeem.

2. Mulakan pencarian lagu dan klik lagu tersebut.

3. Salin kod yang berada pada bahagian Embed. Tandakan bahagian Auto play jika mahu lagu tersebut dimainkan secara automatik.

Contoh kod :-

<object width="300" height="110"><param name="movie" value="http://media.imeem.com/m/OrQ8C__pmd/aus=false/"></param><param name="wmode" value="transparent"></param><embed src="http://media.imeem.com/m/OrQ8C__pmd/aus=false/" type="application/x-shockwave-flash" width="300" height="110" wmode="transparent"></embed></object>

Yang Manis Senyumanmu - Straw

Kod tambahan -

Hasilnya :-

Yang Manis Senyumanmu - Straw

Jika anda tidak mahu kotak Search dan nama lagu kelihatan, buang sahaja kod yang berwarna merah dan tambahkan
di penghujung kod. Untuk lebih jelas lagi, hanya salin kod berwarna ungu dan hijau.

4. Seterusnya, tampal kod tersebut di dalam tab Edit HTML.

5. Preview dan publish post jika berpuashati.

Itu sahaja. Semoga berjaya membuatnya.

Aug 8, 2009

Cara Membuat Spoiler

Tutorial ini disediakan oleh :
Eriyza | http://eriyza.via.my/

Kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda cara untuk membuat teks show hide dengan menggunakan arahan buka dan tutup. Cara ini agak mudah kerana anda cuma perlu menampal kodnya ke dalam topik dan boleh digunakan terus. Untuk tutorial ini penulis menggunakan bahasa ringkas agar mudah difahami.

Ianya bertujuan untuk menyembunyikan apa saja yang anda mahu sama ada isi kandungan topik, gambar, video atau audio. Ianya pasti membuatkan anda kelihatan kreatif di mata pelawat anda.

Cara²nya seperti berikut :-

Masukkan kod di bawah ke dalam tab Edit HTML semasa memulakan topik baru.

Tutorial ini disediakan oleh :

Eriyza | http://eriyza.via.my

Cara untuk mengisi maklumat di dalam kod ialah :-

Tutorial ini disediakan oleh : = Tajuk spoiler
Eriyza | http://eriyza.via.my = Isi spoiler

Anda boleh menukar tulisan berwarna merah dengan ayat yang bersesuaian manakala tulisan berwarna hijau pula adalah kotak yang terdapat di luar tulisan. Untuk pilihan border lain, anda boleh rujuk di sini. Jika tidak mahu penggunaan border, tukarkan sahaja nilai 2px kepada 0px.

Contoh spoiler tanpa penggunaan border.

Tutorial ini disediakan oleh :

Okey, selamat membuat spoiler anda sendiri. Semoga berjaya.

Via : Ezany

Aug 4, 2009

Novel : Tiada Lagi Cinta

Kegilaan penulis membaca novel kembali semula. Minat ini berputik semula selepas sepupu meminjam beberapa buah novel dari Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Penulis dengan rakusnya 'mencuri' novel tersebut untuk dibaca sebelum tarikh pinjamannya tamat. Maka, berpupuklah semula kasih sayang penulis terhadap novel sehingga bisa melupakan makan wal minum.

Baiklah, penulis mulakan kategori baru ini dengan novel berjudul Tiada Lagi Cinta. Jalan ceritanya agak menarik apabila bab²nya dimulakan dengan nama watak yang tidak bersangkutan langsung pada awalnya. Kedua²nya Masyitah dan Amir Asyraf punya sejarah cinta yang perit sehingga memaksa mereka mencari kedamaian di bumi Dungun.

Penceritaan watak² seterusnya banyak berlaku hasil monolog dalaman dan imbas kembali yang berlaku kepada dua watak utama. Disitulah pembaca akan mula mengenali bekas² kekasih mereka dan juga watak lain yang terselit.

Seperkara yang agak unik, kedua²nya menghadiri majlis perkahwinan yang sama tetapi pengantin yang berbeza sehingga mereka sendiri terperanjat apabila bertemu di kenduri tersebut. Sungguh suspens!

Gaya bahasanya santai tetapi tidak membosankan. Penulis menghabiskan novel ini dengan sedikit rasa ingin tahu kerana perkembangan wataknya tergantung. Mungkin pengarangnya ada rancangan lain. Mungkin juga menerbitkan sekuel seterusnya. Apa pun, method penceritaannya agak biasa tetapi pembaca boleh berpuashati.

Sinopsis :-
Andai cinta tiada lagi, bebaskanlah diri daripada dipenjarai kekecewaan. Kembangkanlah sayap mencari hati yang baru. Andai cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya, melainkan bersujud kepada-Nya. Memang terluka jika berpisah bukan dengan kerelaan hati.

"Andai kau untukku walau terlindung dibalik awan kita tetapkan bersatu. Jika bukan kepunyaanku, walau dekat selalu kau bukan milikku"

Kerana cinta, Masyitah dan Amir sama-sama terluka. Benarlah, hanya yang mengalaminya sahaja dapat merasai keperitan perpisahan itu. Mereka jatuh dalam luka yang sama dan bangun kembali demi rasa kecintaan itu. Tiada lagi cinta bukan bermakna mereka harus menutup pintu hati melainkan percaya; kebahgiaan itu tetap ada.

Judul : Tiada Lagi Cinta
Penulis : Nor Rafishah Md. Hassan
Penerbit : Rhythm Publishing Sdn. Bhd.
Milik : Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Penilaian : 3/5

Aug 3, 2009

Selamat Hari Lahir Kelima Blog

Hari ini tepat jam 11.46 pagi pada 3 Ogos 2004, seorang gadis bernama Eriyza telah 'melahirkan' blog yang pertama ke dunia maya. Blog tersebut dibelai dengan penuh kasih sayang. Malah, diperkenalkan kepada semua rakan²nya. Ketika itu, ramai yang masih bingung apabila disebut tentang blog. Bilangan bloggers masa itu boleh dibilang dengan jari. Dengan pengaruh Eriyza, kekasihnya dan beberapa handai taulan telah turut sama membina blog masing².

Kini, blog ini sudah berusia 5 tahun. Jika ia adalah seorang anak, maka ia sudah bersekolah tadika. Blog ini juga sudah gah di persada maya biarpun ia tidak dikunjungi oleh ribuan manusia sehari tetapi ia mempunyai peminat setianya sendiri. Terima kasih kepada semua pelawat setia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada blog ini.

Eriyza bukan seorang 'ummi' yang baik, acapkali sebenarnya dia mahu melupuskan blog ini dari pandangan mata umum. Namun, atas sokongan moral semua pihak, hasrat itu dibatalkan. Mungkin pada masa akan datang, blog ini tamat tempohnya dan keputusan nekad itu tidak berubah lagi.

Blog ini pada mulanya cuma diberi nama Eriyza's Blog. Tidak lama kemudian, ia ditukar kepada Dari Hati. Selepas itu, diletakkan nama Lepak, Borak, Gelak. Namanya sekali lagi diubah kepada Tanggapan Tentang Topik Tertentu. Nama ini mungkin akan berubah lagi mengikut mood tuan punya blog.

Di sini banyak tersimpan kisah suka duka Eriyza sama ada secara langsung atau secara kiasan. Luahan perasaan dari sekeping hati banyak tercoret di dalam topik yang diterbitkan. Pernah penulisan di blog ini ditulis dengan titisan airmata menghujani pipi. Malah, ada juga tulisan yang tertera dengan perasaan riang.

Pada asalnya, blog ini tidak Eriyza khususkan genrenya, ianya ditulis mengikut gerak hati dan situasi yang berlaku di sekeliling. Ketika blogspot memperkenalkan fungsi beta, Eriyza mula menulis tentang tutorial yang berkaitan. Tujuannya cuma untuk rujukan diri sendiri. Tanpa disedari, ia mula menjadi rujukan para bloggers lain. Sejak itu, Eriyza mula seronok berkongsi ilmu dengan orang lain. Bak kata bloggers lain sharing is caring.

Oktober tahun lepas, Eriyza telah diberi penajaan blog Wordpress oleh Encik Aeropama. Maka bermulalah episod baru dunia blog di platform yang berbeza di blog yang penulis ukirkan nama Inspirasi Dari Kisah Benar. Dalam keenakan mempunyai 'anak' baru, blog ini sudah tidak menjadi anak emas. Perlahan² penulis mula mengabaikan blog ini sehingga pembaca setianya mula menyedari bahawa kasih sayang Eriyza bagaikan sudah beralih arah.

Jauh di sudut hati, Eriyza masih mencintai blog ini, sama seperti ketika ia mula² dibawa ke dunia maya. Apatah lagi, ada coretan di blog ini pernah ditulis oleh si dia. Ianya adalah memori manis yang takkan Eriyza lupakan sepanjang hayat.

Justeru, di kesempatan ini ingin Eriyza ucapkan infiniti terima kasih kepada semua pembaca sama ada bising atau senyap yang sering menaikkan trafik blog ini. Tanpa kalian, blog ini hanya ilmu tanpa amal. Setulus penghargaan juga Eriyza kalungkan kepada Pelita Lilin yang sentiasa 'berada di sisi' di saat Eriyza memerlukan semangat. Blog ini tidak ditutup kerana ayat² kamu. Sekali lagi, terima kasih kepada semua orang yang sudi membaca nukilan si gadis bernama Eriyza.

Iklan - Selamat Hari Lahir ke 21, Khai.

Aug 2, 2009

Kempen Twitter Merdeka 2009

Anda ada Twitter tak?? Sekarang sudah masuk bulan kemerdekaan, justeru marilah kita semua menyokong bulan merdeka dengan meletakkan ikon bendera Malaysia pada avatar Twitter masing². Setakat topik ini ditulis, sudah 55 orang menyertai kempen ini. Anda bila lagi??

Ayuh, kita beramai² menyokong aktiviti yang sihat ini dengan menyertai kempen I Love Malaysia. Seperkara lagi, setiap kali anda tweet sesuatu di Twitter, tambahkan perkataan #merdeka di belakang ayat tersebut. Contohnya :-

1. Wahai makhluk Tuhan, aku takkan bising #merdeka
2. @eriyza Kenapa nak wat bising plak #merdeka

Paling penting, add laa Eriyza di Twitter anda. Kalau anda tiada Twitter, bolehlah mendaftar dan belajar cara²nya dengan Khai di sini dan sini.

Aug 1, 2009

Template Blog Dari Bietemplates

Satu lagi blog yang menghimpunkan pelbagai jenis template yang menarik. Bagi sesiapa yang berminat untuk menukar template, bolehlah cuba melihat template yang disediakan, manalah tahu kalau-kalau ianya memenuhi citarasa anda.

Anda boleh melihat template tersebut di Bietemplates.