
Saban tahun Sambutan Hari Kemerdekaan tidak akan lengkap tanpa alunan lagu Tanggal 31 yang dinyanyikan oleh Penghibur No.1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Seakan satu tradisi, stesen televisyen mahu pun radio akan memutarkan lagu berkenaan menjelang 31 Ogos. Akan tetapi, ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Sudirman bukanlah penyanyi asal lagu berkenaan.